HomeGen AlphaAktivitiSekolah di Selangor ditutup bermula esok dan 7 Mei! Guru-guru diarah laksana...
164,827FansLike
4,964FollowersFollow
603FollowersFollow
17,100SubscribersSubscribe

Sekolah di Selangor ditutup bermula esok dan 7 Mei! Guru-guru diarah laksana PdPR

SHAH ALAM – Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) memutuskan semua sekolah di bawah KPM di Selangor ditutup esok dan 7 Mei ini.

Pengarah Pendidikan, Izmi Ismail berkata, penutupan sekolah berkenaan akan berterusan sehingga cuti Hari Raya Aidilfitri sepertimana yang diumumkan oleh KPM pada 26 April.

“Sepanjang penutupan tersebut, guru-guru perlu melaksanakan Pengajaran dan Pembelajaran Di Rumah (PdPR) berdasarkan kesesuaian dan keupayaan akses kepada komunikasi murid sepanjang tempoh penutupan sekolah,” katanya menerusi satu salinan surat kepada semua Pegawai Pendidikan Daerah di Selangor yang diterima GPS Bestari, hari ini. 

Terdahulu, KPM mengambil maklum keputusan Mesyuarat Jawatankuasa Khas Keselamatan Negeri Selangor (JKKNS) pada 5 Mei yang mengesyorkan supaya sekolah ditutup pada 6 Mei hingga 12 Mei.

IKLAN

Syor JKKNS ini adalah satu usaha untuk mengurangkan pergerakan dalam komuniti berikutan peningkatan kes Covid-19 di negeri Selangor.

Sementara itu, pergerakan pulang murid asrama sempena sambutan Aidilfitri pada tahun ini, perlu mengikut jadual yang ditentukan oleh pihak sekolah.

IKLAN

“Bagi mengelakkan kekeliruan dalam kalangan murid dan ibu bapa serta penjaga, pihak sekolah perlu mengekalkan jadual pergerakan pulang yang telah ditetapkan,” katanya.

Artikel menarik

Pentaksiran Bilik Darjah yang perlu difahami! Ini keterangan lanjut dari KPM

IKLAN

Kerancuan bahasa gugat bahasa Melayu

 

 

 

Artikel Berkaitan

MESTI BACA