HomeGen Alpha'Saya lorek dalam buku sebab takdak tasbih, ustaz' - Hati warganet tersentuh...
164,827FansLike
4,964FollowersFollow
603FollowersFollow
17,100SubscribersSubscribe

‘Saya lorek dalam buku sebab takdak tasbih, ustaz’ – Hati warganet tersentuh sekali lagi

“Ustaz, setiap kali saya selawat saya lorekkan sekali dalam buku ni sebab saya takdak tasbih. Saya target nak selawat 1000 kali macam ustaz selalu pesan. Kan ustaz kata nabi kenal kita sangat-sangat kalau rajin selawat…”

Allah.

Sebak dada Ustaz Mohd Khalil Munawwar Ahmad Masduki bila mendengarkan jawapan daripada murid Tahun Lima, Muhammad Saiful Ambiyak Abdullah ini.

Ustaz Mohd Khalil Munawwar yang merupakan guru JQAF SK Bukit Payong, Pokok Sena, Kedah itu berkata, memang dia sentiasa menggalakkan anak-anak muridnya berselawat 1000 kali sehari.

“Tapi saya tak sangka yang Muhammad Saiful Ambiyak sanggup melorek buku disebabkan tidak mempunyai tasbih. Hati saya sangat sebak,” katanya kepada GPS Bestari.

Menurut cerita Ustaz Mohd Khalil Munawwar, murid Tahun Lima itu adalah seorang yang pendiam, pemalu dan sangat sopan orangnya.

IKLAN

“Butir bicara hanya yang berguna sahaja malah dia murah dengan senyuman dan sangat kasihkan saya sebagai gurunya,” kata ustaz ini lagi.

Mari ikuti kisah Muhammad Saiful Ambiyak dan lorekkan di bukunya menerusi perkongsian Ustaz Mohd Khalil Munawwar, baru-baru ini.

*****

IKLAN

Nama anak ini Saiful Ambiyak. Ayahnya sudah meninggal ketika beliau Darjah Tiga. Ibunya mencari nafkah bekerja di ladang ternakan puyuh.

Ketika saya masuk kelas Tasmik al-Quran kelihatan beliau mencorek-corek buku latihannya.

Saya bertanya “kamu buat apa lorek-lorek buku macam ni?”

IKLAN

Dia menjawab…

“Ustaz, setiap kali saya selawat saya lorekkan sekali dalam buku ni sebab saya takdak tasbih. Saya target nak selawat 1000 kali macam ustaz selalu pesan. Kan ustaz kata nabi kenal kita sangat-sangat kalau rajin selawat…”

Allahu…

Saya tersentuh lagi pagi ni. Anak-anak didik saya ini di mata manusia mereka tidak ada apa-apa…mudah-mudahan di sisi ALLAH, mereka kelak menjadi seperti Uwais Al Qarni, hamba Allah yang tak dikenali makhluk di bumi namun dicintai makhluk di langit.

 

Artikel Berkaitan

MESTI BACA