Gerbang Aspirasi Generasi Mahir

HomeGen AlphaInilah KisahkuSanggup dukung anak murid tanpa lelah, pengorbanan Cikgu Pe Chey buat ramai...
165,358FansLike
4,980FollowersFollow
629FollowersFollow
17,100SubscribersSubscribe

Sanggup dukung anak murid tanpa lelah, pengorbanan Cikgu Pe Chey buat ramai warganet sebak

“Biar cikgu basah, asalkan bukan kamu yang basah.

Demikian kata seorang guru Bahasa Melayu Sekolah Kebangsaan (SK) Batu Unjur Klang kepada salah seorang muridnya.

Guru yang dikenali sebagai Cikgu Nor Faisal Ishak atau Cikgu Pe Chey sanggup berbuat apa sahaja pada anak muridnya.

“Tengahari tadi, hujan sangat lebat beserta angin yang kencang.

“Saya bimbang murid-murid saya basah dan tidak dapat belajar nanti. Jadi saya tak kisah jika saya basah kuyup,” katanya kepada GPSBestari.

Kerana kasih sayang yang sangat menebal pada anak didiknya, Cikgu Pe Chey sanggup mendukung beberapa anak muridnya semata-mata mahu mengelakkan kasut mereka basah dek takungan air.

Mari ikuti pengorbanan guru hebat ini, yang meletakkan keselamatan anak-anak didik sebagai keutamaan dalam hidupnya.

*****

Hujan lebat turun tiba-tiba bila sampai sekolah.

IKLAN

Aku yang tunggu kat pagar, mula-mula berpayung, bila keadaan dah genting, terpaksa lepaskan payung sebab nak angkut anak murid.

“Meh kakak, abang, pegang tangan cikgu. ”

Mana yang ringan aku dukung, mana yang saiz dah besar, aku pimpin tangan elakkan pijak takungan air yang boleh tenggelamkan kasut.

“Langkah besar. Jangan pijak habis kasut dalam air. Nanti basah kasut.”

Padahal kasut aku dah tenggelam dalam air. Nak buat macam manakan? Takkan nak dibiarkan anak murid lencun dalam hujan.

IKLAN

Bila keadaan memaksa, terpaksa bersentuhan dan penjarakan dekat. Demi anak murid, demi keselamatan mereka, cikgu buat sahaja.

IKLAN

Jika dibiar, mungkin anak murid basah baju dan beg mereka. Masuk pula ke kelas. Belajar sesi petang ni, memang banyak dugaannya.

Aku tolong anak murid masuk sekolah dalam keadaan selamat sahaja. Semoga Allah berkati.

Selasa yang dalam kehujanan di sesi petang.

Terdahulu, Cikgu Pe Chey hampir 23 tahun bergelar pendidik. Sebelum menjadi Guru Bahasa Melayu, beliau pernah menjawat sebagai Guru Bimbingan Kaunseling Daerah dan dilantik sebagai jurulatih Hoki Selangor team wanita U15 projek Tunas Cemerlang.

Guru hebat ini juga aktif mengarang di Facebook berkenaan diri sendiri, kisah silam dan kisah semasa beliau bergelar seorang guru.

Sumber: Facebook Pe Chey

 

Artikel Berkaitan

MESTI BACA