HomeGen AlphaSangat cute! Murid Pemulihan Khas teruja tengok mimik muka Cikgu Roslee ketika...
168,577FansLike
4,980FollowersFollow
634FollowersFollow
17,100SubscribersSubscribe

Sangat cute! Murid Pemulihan Khas teruja tengok mimik muka Cikgu Roslee ketika mengajar

Guru Pemulihan Khas, Sekolah Kebangsaan (SK) Kg Soeharto, Kuala Kubu Bharu, Selangor, Cikgu Roslee Abdul telah menggunakan bermacam-macam cara dalam menarik perhatian murid-muridnya untuk memahami apa yang diajar.

Yang terbaharu, beliau telah mempamerkan pelbagai aksi comel ketika mengajar murid Pemulihan Khas membina ayat majmuk.

Aksi kreatif dan menarik itu telah menarik perhatian warga maya hingga ramai memberi komen positif.

Noraziah Bt Zaid Azie: Semangat tu…

Mhmad Amyrulkhairy: Macam cute.

An Map: Hebat sifu.

Mas Too Raa: Terbaik cikgu.

Sakinah Khohar: Wowww hebat Cikgu Lee.

Nurhidayah Jamil: Mesti murid terhibur.

IKLAN

Valerie Hoe: Sifu Lee pelakon yang hebat. Murid-murid mesti bersemangat dan seronok!

Hamishah Hussin Zah Dollah: Dulu cikgu yang paling garang, sekarang cikgu yang paling penyayang dan disegani serta disayangi murid-murid. Terbaik Cikgu Roslee.

Di sini, GPSBestari kongsikan beberapa keping gambar menarik Cikgu Roslee ketika mengajar.

Diharapkan murid-murid Pemulihan Khas mendapat ‘sesuatu’ menerusi kesungguhan yang dipamerkan cikgu ini kepada mereka.

Baca juga Cikgu Azmi tidak betah duduk diam, sanggup lukis mural di dinding STEMZA hingga cecah puluhan karya

IKLAN

Baca juga 15 orang guru terkejut! Tak sangka dinobatkan Hero PdPR Terbaik dan Hero PdPR Pilihan Khas Juri

*****

Catatan bertarikh 29 November 2021

Sebelum ini saya kongsi murid saya sedang lakukan aktviti pembelajaran dan pemudahcaraan (PdPC).

Hari ini saya kongsikan pula aksi dan ragam cikgunya pula. Ramai yang komen sebelum ini selalu kongsikan aktiviti anak muridnya saja. Mana cikgunya tidak nampak.

IKLAN

Haaaa…jadi untuk istilah perkongsian agar yang baik boleh dicontohi dan yang tidak elok boleh ‘direject’.

Ikuti juga kami di:
Instagram: https://www.instagram.com/gpsbestari/
Twitter: https://twitter.com/GPSBestari
Youtube: https://www.youtube.com/c/GPSBestariOfficial/ 

Terlebih dahulu saya jelaskan, dalam sesi ini jarak antara saya dan murid jauhnya dalam lapan meter. Sebabnya saya kena buka topeng mulut agar saya tidak dilanda sesak nafas dalam aksi tunjuk cara dan lakonan. Apabila dalam jarak tiga meter semasa murid menulis ayat baharu saya pakai ‘face mask’.

Bukan senang hendak ajar murid Pemulihan Khas membina ayat majmuk. Kena ada aksi dan simulasi agar dapat ditunjukkan cara bagaimana untuk membina ayat yang betul dan lengkap serta menyelitkan unsur-unsur kecindan dalam PdPC saya. Inilah realiti Guru Pemulihan Khas dan anak muridnya. Bukan sekadar ‘membebel’ tetapi ada persembahan dengan mimik muka dan gaya sekali. Ini cara saya. Murid saya gembira dan dapat belajar dengan cara ini.

Oh ya…lupa hendak beritahu, hari ini murid saya jadi jurugambar. Ok jugalah gambarnya. Bab aksi mimik muka tu, memang cekap betul mereka ‘mengerjakan’ saya. Saya gembira anak murid saya riang ria sambil belajar. Alhamdulillah, objektif tercapai. Berkat rajin ‘jogging’ dapatlah buat aksi sama aktif dengan murid.

Sumber: Facebook BBM Lee

Artikel Berkaitan

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

MESTI BACA