HomeGen AlphaAktivitiRisau anak murid tidak fokus PdPR, lihat apa yang dilakukan oleh guru...
165,219FansLike
4,972FollowersFollow
619FollowersFollow
17,100SubscribersSubscribe

Risau anak murid tidak fokus PdPR, lihat apa yang dilakukan oleh guru ini

Proses Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) yang kembali diteruskan selama 25 hari sudah tentunya mencabar kreativiti guru-guru dalam menarik minat murid-murid untuk kekal fokus di dalam kelas secara maya itu.

Sehubungan itu juga, Ahli Parlimen Simpang Renggam yang juga bekas Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik menerusi Twitter pada 12 Jun lalu membuat ciapan supaya guru-guru berkongsi inovasi yang dilakukan sepanjang PdPR sekali gus boleh dicontohi oleh guru-guru lain dan juga ibu bapa.

Perkongsian guru dari Sekolah Rendah Islam Al-Qarni (Integrasi & Kafa), Bandar Saujana Putra, Selangor, Cikgu Siti Khairunisha Mohd Yusof yang membawa murid-murid berjalan-jalan di kebun sambil mempelajari mengenai tumbuh-tumbuhan ketika proses PdPR berlangsung, menarik perhatian warga maya.

Cikgu Siti Khairunisha bersama anak muridnya.

Mengulas mengenai pendekatan yang digunakan itu, Cikgu Siti Khairunisha berkata, beliau mengambil insiatif itu kerana risau mengenai murid-muridnya yang tidak fokus jika belajar mengikut buku semata-mata.

IKLAN

“Oleh itu, saya cuba mencuri perhatian mereka dengan menunjukkan contoh pokok-pokok yang ada di sekeliling saya memandangkan topik mengenai tumbuhan ini sedikit berat bagi murid-murid Tahun 1.

“Saya memang elakkan daripada mengajar menggunakan buku semata-mata malah ketika kelas secara fizikal juga, saya banyak membawa bahan luar untuk mengajar supaya murid-murid lebih faham dan nampak objek sebenar,” ujarnya kepada GPSBestari, di sini, semalam.

Konsep pembelajaran secara santai oleh Cikgu Siti Khairunisha yang mula mengajar di sekolah berkenaan pada awal tahun ini juga ternyata menerima reaksi memberangsangkan daripada murid-muridnya.

IKLAN

Kreativiti beliau dalam menjadikan proses PdPR itu lebih menyeronokkan juga mendapat komen positif daripada warga maya termasuklah Dr Maszlee yang berpendapat pendekatan itu adalah sesuatu yang kreatif.

Rata-rata warga maya turut berkongsi pandangan yang sama dan mahu Cikgu Siti Khairunisha meneruskan usaha berkenaan malah ada yang berharap guru muda itu dapat mengajar anak mereka pula.

IKLAN

Ditanya mengenai penerimaan beliau apabila perkongsian berkenaan tular di Twitter, graduan Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) itu tidak menjangkakan perkara sedemikian akan mendapat perhatian warga maya.

“Saya tahu lebih ramai guru-guru lain di luar sana yang lagi kreatif dan hebat dalam mengajar anak-anak murid mereka.

“Saya sekadar berkongsi usaha kecil saya yang tidaklah sehebat mana berbanding guru-guru lain yang jauh lebih terkedepan dengan menggunakan pelbagai aplikasi dan perisian canggih yang saya sendiri pun tak pernah dengar,” ujarnya lagi.

Artikel Berkaitan

MESTI BACA