Gerbang Aspirasi Generasi Mahir

HomeGen AlphaAktivitiRentak Budaya gabung muzik tradisional dan moden
165,358FansLike
4,980FollowersFollow
627FollowersFollow
17,100SubscribersSubscribe

Rentak Budaya gabung muzik tradisional dan moden

Pasukan Rentak Budaya dari Sekolah Kebangsaan Jalan 3, Bandar Baru Bangi, Selangor, merupakan pasukan yang memperjuangkan gabungan alat muzik tradisional dan moden.

Menurut Ketua Panitia Muzik, Cikgu Mohd Najmi Zamani, 38, gabungan tersebut dilakukan kerana genre seperti itu agak kurang pada masa sekarang khususnya di peringkat sekolah rendah.

“Genre gabungan ini sangat penting untuk murid memahami tentang dunia muzik malah ia dapat membantu kita memelihara seni alat muzik tradisional dan seterusnya mengangkat martabat warisan alat muzik tersebut,” katanya kepada GPSBestari.

Pasukan Rentak Budaya yang ditubuhkan pada 2006 mempunyai seramai 30 ahli yang terdiri daripada murid-murid Tahun Tiga hingga Enam.

Sejak penubuhannya pasukan ini telah banyak menempa kejayaan di peringkat daerah, negeri, kebangsaan dan antarabangsa.

Antara pencapainnya, memenangi pingat emas pada Asean Cultural Music Festival lima tahun berturut-turut bagi kategori Alat Muzik Kontemporari 2015-2019.

Selain itu, mereka juga pernah merangkul pingat emas di International Youth Cultural And Arts Festival di Encore Melaka 2019 dan seterusnya terpilih mewakili Malaysia ke China pada 2020.

IKLAN

Bagaimanapun, penyertaan terpaksa dibatalkan ekoran pandemik Covid-19 di China pada awal 2020.

Yang pasti Rentak Budaya mendapat sokongan kuat daripada ramai pihak antaranya Guru Besar SK Jalan 3 iaitu, Puan Rozita Ahmad, Kumpulan Sokongan Ibu Bapa (KSIB) dan guru Muzik berpengalaman, Cikgu Mohammad Ramlan Amir Khalid.

Sementara itu, Cikgu Mohd Najmi yang berasal dari Batu Pahat, Johor, berkata, dia menyokong sepenuhnya penglibatan Rentak Budaya dan berharap dapat bersaing peringkat global kelak.

“Teruskan berlatih walau dalam apa jua cabaran dan situasi yang di luar jangkaan. Semoga terus maju jaya,” ujarnya.

IKLAN

INFO

Antara kejayaan Pasukan Rentak Budaya

1)         Juara Kids Parade TV3 2011-2012.

2)         Mengadakan persembahan khas di Karnival Jelajah Pendidikan Negara 2017 dan                2018.

IKLAN

3)         Persembahan jemputan di Hotel Shangrila, Jakarta Indonesia, sempena Hari                      Malaysia (jemputan Kedutaan Malaysia di Jakarta).

4)         Persembahan jemputan di Mcpherson School Singapura.

5)         Membuat persembahan khas di Sekolah Seni Bandung pada program Eksplorasi                  Seni Nusantara SMKN 10 Bandung Indonesia.

6)         Persembahan khas di beberapa buah tempat seperti Hotel Glory Beach Resort,                    Pesta Belon Panas Antarabangsa Putrajaya, Internatioinal Fashion Show,                            persembahan terbuka di Dataran Teluk Kemang Port Dickson, persembahan pada                Festival Kraf, persembahan khas secara langsung untuk slot Malaysia Hari Ini                      Tahun 2010-2013.

7)         Pernah menyandang Kelab dan Persatuan Cemerlang peringkat Selangor 2012 dan              Naib Johan Kelab dan Persatuan Cemerlang peringkat Kebangsaan.

8)         Menyertai saringan World Championship Of Performance Art di KL Sentral dan                    banyak lagi.

Artikel Berkaitan

MESTI BACA