HomeGen AlphaAktivitiRaih Silver Medalist Award pada pertandingan WICO. Murid SK Dato' Wan Kemara...
168,577FansLike
4,980FollowersFollow
637FollowersFollow
17,100SubscribersSubscribe

Raih Silver Medalist Award pada pertandingan WICO. Murid SK Dato’ Wan Kemara memang hebat!

Anak-anak didik Sekolah Kebangsaan (SK) Dato’ Wan Kemara meraih Silver Medalist Award dalam satu pertandingan World Invention Creativiti Olympic (WICO) peringkat antarabangsa menerusi inovasi ‘NIKU Foot Measuring Device’.

Dianjurkan oleh Korea Universiti Invention Association (KUIA), pertandingan yang disertai 14 buah negara, dengan penyertaan melebihi 570 inovasi itu telah berlangsung pada 21-23 Ogos 2020 lalu di Seoul, Korea Selatan.

Inovasi ‘NIKU Foot Measuring Device’ merupakan alat pengukur saiz kaki secara automatik ini yang direka untuk membolehkan pengguna mengukur saiz kasut mengikut saiz UK, Japan dan Euro.

Apabila pengguna meletakkan kaki di atas alat ini, secara automatik saiz sebenar kasut pengguna akan keluar di paparan skrin alat tersebut. Ini akan memudahkan pengguna sama ada lelaki ataupun perempuan memilih kasut yang diidamkan oleh mereka serta selesa dipakai dalam masa kurang daripada tiga saat.

Alatan inovasi ini, direka dengan kerjasama pensyarah Universiti Malaysia Perlis (UniMAP), Erdy Sulino Mohd Muslim Tan.

Beliau telah memartabatkan SK Dato’ Wan Kemara di persada antarabangsa, kerana sekolah ini merupakan satu-satunya sekolah dalam negeri Kedah yang menghantar penyertaan di peringkat antarabangsa dalam pertandingan inovasi paling berprestij ini.

IKLAN

Sementara itu, Cikgu Norazalina Bakar, selaku guru inovasi sekolah mengucapkan berterima kasih kepada Pemangku Timbalan Naib Canselor UniMAP, Prof Dr Mohd Mustafa AlBakri Abdullah.

“Beliau telah memberikan ruang dan peluang untuk kami menyertai pertandingan tersebut.

“Terima kasih banyak-banyak,” katanya.

IKLAN

Peserta, Muhammad Adam Iskandar Roslan, 12 pula melahirkan perasaan bangga kerana berjaya mengharumkan nama Malaysia dan Kedah di peringkat antarabangsa.

“Kejayaan meraih Silver Medalist Award dalam pertandingan peringkat antarabangsa ini umpama mimpi yang menjadi kenyataan. Lebih-lebih lagi persaingan ciptaan inovasi di peringkat antarabangsa ini sangat mencabar,” ujarnya.

IKLAN

Dalam pada itu, Guru Besar, Mohd Nizam Saidin berkata, walaupun pertandingan dianjurkan secara atas talian, namun prosedur dan syarat pertandingan sangat ketat untuk melayakkan sesuatu alat inovasi itu dipertandingkan.

“Beberapa proses penjurian oleh panel juri antarabangsa dijalankan sebelum keputusan dibuat.

“Pihak sekolah merakamkan ucapan ribuan terima kasih kepada pihak PPD Kubang Pasu, Jabatan Pendidikan Negeri Kedah dan Kementerian Pendidikan Malaysia atas kerjasama dan sokongan sepanjang menyertai pertandingan ini,” katanya.

 

 

Artikel Berkaitan

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

MESTI BACA