HomeGen AlphaPersediaan mental dan fizikal untuk murid tahun 6 memasuki SBP
165,220FansLike
4,972FollowersFollow
619FollowersFollow
17,100SubscribersSubscribe

Persediaan mental dan fizikal untuk murid tahun 6 memasuki SBP

Sekolah Berasrama Penuh (SBP) adalah salah satu sekolah pilihan bagi segelintir murid yang ingin memasuki alam sekolah menengah.

Namun, persiapan diri dari segi mental dan fizikal perlulah seimbang sebagai persediaan murid-murid berada jauh daripada keluarga.

Ini kerana pengalaman kali pertama belajar jauh daripada keluarga tidak mudah di mana murid-murid memerlukan kekuatan fizikal dan mental yang cukup bagi menjamin kelangsungan proses pembelajaran mereka di sekolah menengah.

Susulan itu, Penolong Setiausaha, Bahagian Psikologi dan Kaunseling, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), Cikgu Azizi Lamat, berbesar hati berkongsikan tip yang perlu dimiliki oleh murid-murid tahun enam yang memasang cita-cita untuk masuk ke SBP.

IKLAN

Berikut adalah tip yang dikongsikan:
1) Menumpukan perhatian dalam pelajaran
Murid-murid perlu memastikan diri kekal konsisten menjadi yang terbaik dalam Pentaksiran Bilik Darjah (PBD). Ini kerana, tumpuan yang secukupnya sangat membantu murid-murid memahami dan menguasai ilmu yang disampaikan dengan baik.

2) Keterlibatan diri dalam aktiviti kokurikulum
Murid-murid mestilah melibatkan diri dan aktif dalam bidang kokurikulum untuk menyerlahkan bakat dan keupayaan diri yang terpendam seperti bidang sukan, pertandingan-pertandingan yang diadakan oleh pihak sekolah atau penglibatan dalam bidang ko-akademik. Melalui penglibatan ini, murid-murid berupaya meningkatkan keyakinan diri dengan jumlah merit yang dikumpul untuk kelayakan memasuki sekolah yang diimpikan.

IKLAN

3) Serlahkan bakat kepimpinan
Setiap murid perlu menyerlahkan kebolehan memimpin murid-murid yang lain. Ini kerana, ciri-ciri kepimpinan sangat penting bagi setiap murid yang ingin memasuki sekolah-sekolah terpilih yang disediakan. Melalui ciri-ciri ini, murid-murid dapat membuktikan keupayaan mereka semasa berhadapan dan berinteraksi dengan guru dan rakan-rakan.

4) Memastikan diri mempunyai minat dan kecenderungan untuk berada di sekolah yang dimohon
Minat sangat penting bagi membolehkan setiap murid melepasi ujian-ujian yang ditetapkan untuk memenuhi kelayakan kemasukkan ke SBP. Tanpa minat yang mendalam atau sekadar mengikut kawan, seseorang murid tidak akan mampu memasuki atau meneruskan proses pembelajaran di SBP.

IKLAN

Bagaimanapun, jenis sekolah bukanlah penentu kejayaan seseorang individu. Ini kerana, penumpuan dan usaha yang jitu sangat penting bagi membantu murid-murid menjadi individu yang dikagumi ramai dengan prestasi yang membanggakan tidak kira di mana mereka berada.

Paling penting, setiap murid perlulah mengenali diri sendiri dan tahu matlamat diri masing-masing demi menjadi individu yang berjaya untuk masa depan yang diimpikan.

Sumber: DidikTV

Artikel Berkaitan

MESTI BACA