HomeGen AlphaAktivitiPengubahsuaian modul pembelajaran bagi memantapkan PdPR
165,219FansLike
4,972FollowersFollow
619FollowersFollow
17,100SubscribersSubscribe

Pengubahsuaian modul pembelajaran bagi memantapkan PdPR

Sistem pendidikan yang kurang memuaskan akibat pandemik Covid-19 hari ini telah menimbulkan kerungsingan para tenaga pengajar dalam memastikan proses Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) berjalan dengan lancar.

Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang tidak berpenghujung ini, menjadi titik tolak kepada rakan-rakan guru untuk bersatu padu dalam menjayakan PdPR.

Pelbagai usaha pemulihan telah dipergiatkan apabila penularan virus Covid-19 telah mengekang aktiviti-aktiviti pendidikan di negara ini.

Susulan masalah ini, bagi melestarikan lagi proses pendidikan yang terkesan semasa musim pandemik, Pejabat Pendidikan Daerah (PPD), Tuaran, Sabah telah melaksanakan program pemerkasaan Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) melalui modul berfokus bagi menjayakan proses pembelajaran secara dalam talian.

Menurut Pegawai Pendidikan Daerah, PPD, Tuaran, Sabah, Wanihim Othman, akibat pemansuhan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR), maka sistem pendidikan sekolah rendah perlu dilihat dan dirangka semula daripada pelbagai aspek.

Gambar hiasan daripada Pexels.

IKLAN

Berhubung dengan usaha kerajaan bagi memastikan tidak ada murid yang tercicir dalam pendidikan, para guru perlu melaksanakan pelbagai kaedah bagi menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh PPD dalam melaksanakan PdPR.

“Perubahan secara evolusi perlu dilakukan selaras dengan tuntutan keperluan dan keadaan semasa di mana semua pelajar harus ditaksir melalui tiga aspek iaitu mengenalpasti perkembangan pengetahuan, kemahiran dan amalan nilai murni mereka melalui PBD,” ujar Pegawai Cemerlang PPD, Keningau, Sabah, Laimah Sungap.

Beliau berkata, pemerkasaan PBD menerusi kaedah modul adalah alternatif terbaik bagi kaedah Pengajaran dan Pembelajaran (PdP).

IKLAN

“Biarpun, kaedah PdP berteraskan modul bukan satu kaedah baharu dalam dunia pendidikan di mana kaedah ini telah lama digunakan, namun penambahbaikan perlu dilaksanakan segera apabila penularan virus Covid-19 telah berjaya mengubah landskap pendidikan negara daripada pembelajaran secara bersemuka kepada PdPR,” ujar beliau.

Gambar hiasan daripada Pexels.

Sementara itu, disebabkan tahap kemampuan dan masalah murid berbeza-beza semasa PdPR berlangsung, penyediaan modul perlu diambil kira mengikut capaian internet dan lokasi keberadaan murid.

IKLAN

Ini kerana, modul pembelajaran ini akan diedarkan kepada murid-murid berdasarkan Rancangan Pengajaran Harian (RPH) yang ditetapkan.

Oleh itu, para guru perlu melaksanakan modul pembelajaran dengan lebih tersusun dan sistematik bagi menyokong usaha dan hasrat kerajaan dalam melahirkan murid-murid yang mantap daripada segi pemikiran dan kemahiran.

Penelitian semula terhadap kriteria dalam penyediaan modul perlu dilakukan bagi memastikan kesesuaian dengan pendekatan yang digunakan di setiap lokasi.

Diharapkan alternatif ini dapat dijadikan panduan buat semua warga pendidik di seluruh Malaysia dalam usaha melakukan anjakan dan perubahan daripada pelbagai segi demi memastikan PdPR dapat dilaksanakan dengan baik.

Artikel Berkaitan

MESTI BACA