Gerbang Aspirasi Generasi Mahir

HomeGen AlphaPemantauan dan libat urus di negeri Sarawak, ini catatan peribadi Dr Mohd...
165,358FansLike
4,980FollowersFollow
627FollowersFollow
17,100SubscribersSubscribe

Pemantauan dan libat urus di negeri Sarawak, ini catatan peribadi Dr Mohd Radzi

Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Dr Mohd Radzi Md Jidin bersama pasukannya, memulakan pemantauan dan libat urus di negeri Sarawak pada 23 Oktober lalu.

Sepanjang berlangsungnya sesi tersebut, beliau telah memuat naik beberapa catatan menarik menerusi akaun peribadinya di Facebook.

Antara yang ditulis ialah berkaitan infrastruktur sekolah dan juga persiapan pengoperasian sekolah di kawasan berkenaan.

GPSBestari kongsikan catatan Dr Mohd Radzi ke Sarawak, baru-baru ini dan berharap usaha yang dilakukan Menteri Kanan Pendidikan bersama rombongan Kementerian Pendidikan Malaysia dipermudahkan ALLAH.

Insya-ALLAH.

*****

SABTU – 23 Oktober 2021

Awal pagi, kami ke Lundu, Sarawak, bagi meninjau keadaan infrastruktur sekolah dan juga persiapan pengoperasian sekolah di kawasan tersebut. Berdasarkan SOP sedia ada, pengoperasian sekolah di negeri Sarawak adalah mengikut Fasa 3 Pelan Pemulihan Negara.

Tinjauan kami bermula di Sekolah Kebangsaan (SK) Raso. Sekolah ini merupakan sekolah rendah berasrama dengan murid seramai 83 orang.

Terdapat beberapa blok bangunan di sekolah ini telah dikategorikan tidak selamat, termasuk asrama murid dan buat masa ini, sebahagian murid asrama ditempatkan di kuarters guru yang telah diubahsuai menjadi asrama.

Kami kemudiannya ke Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Senibong yang merupakan sekolah asrama harian.

Seramai 92 pelajar Tingkatan Lima telah kembali ke asrama sekolah.

Semasa di sekolah ini, saya sempat berbual dengan mereka yang pada ketika itu sedang bergotong-royong membersihkan kawasan asrama. Semua anak-anak ini sangat gembira dan teruja dapat kembali bersekolah secara bersemuka.

Namun terdapat sedikit kesukaran yang dihadapi oleh warga sekolah, iaitu tekanan air yang rendah dan perkara ini akan diberi perhatian segera.

Seterusnya kami ke SK Biawak yang terletak berdekatan sempadan Malaysia-Indonesia dan mempunyai 157 murid serta 23 murid prasekolah. Antara perkara yang diberi perhatian adalah berhubung penambahan fasiliti di sekolah, khususnya untuk prasekolah.

Tinjauan diteruskan ke SMK Sematan. Infrastruktur dan kemudahan di sekolah ini secara umumnya adalah dalam keadaan baik. Namun, keadaan kuarters guru perlu diperbaiki segera bagi mengelakkan kerosakan yang lebih teruk.

Sekolah terakhir kami lawati adalah SK Telok Melano. SK Telok Melano merupakan sekolah kurang murid dengan 62 murid dan 16 murid prasekolah.

Kerja penambahbaikan infrastruktur dan penyambungan bekalan elektrik ke grid awam di sekolah ini baharu sahaja diselesaikan. Dalam masa yang sama, projek pembaikan sistem tadahan air hujan perlu disiapkan segera bagi menyediakan bekalan air bersih kepada murid dan guru di asrama sekolah.

Baca juga Pisahkan anak daripada gajet, Ustazah Aminah kongsi 6 tip mudah untuk mak ayah lakukan

Baca juga UTeM masyhurkan keunggulan bahasa Melayu merentas benua menerusi KBBK 2021

Insya-ALLAH kami akan usahakan yang terbaik dalam menyediakan persekitaran yang selamat dan selesa untuk anak-anak di sekolah ini.

Sementara itu, semasa berada di Lundu, saya singgah di Kampung Serayan Hulu bagi mengunjungi seorang murid iaitu Melanie Alennsha Mike yang kehilangan bapa tercinta.

Sempat berbual seketika dengan Melanie dan menyerahkan sumbangan wang tunai dan komputer riba.

Sumbangan yang sama turut diberikan kepada Mendy Shenna Mike, iaitu kakak kepada Melanie yang kini belajar di Kolej Vokasional Matang. Pak cik doakan semoga anak-anak ini terus tabah menghadapi dugaan dan berjaya dalam pelajaran.

IKLAN

Selain itu, dalam perjalanan dari Lundu ke Kuching, saya singgah di Bau bagi menziarahi Cikgu Ribeb Anak Bisen, guru di SMK Sematan. Isteri Cikgu Ribeb mengajar di SK Sematan.

Seterusnya, saya ke Matang bagi menziarahi Cikgu Nur Liyana Lian Abdullah, guru di SMK Tun Abd Rahman. Saya juga sempat bertemu beberapa orang guru yang tinggal berjiran dengan Cikgu Liyana.

Saya doakan agar Cikgu Ribeb dan Cikgu Liyana tabah menghadapi ujian dan diberikan kesembuhan untuk kembali mencurahkan ilmu kepada anak-anak pewaris negara.

AHAD – 24 Oktober 2021

Hari ini kami meneruskan perjalanan ke Sri Aman dan Lubok Antu bagi meninjau keadaan infrastruktur serta pengoperasian sekolah-sekolah di kawasan berkenaan.

Dari Kuching kami terus ke SK Jaong di Sri Aman. Sekolah ini adalah sekolah asrama harian yang mempunyai 70 murid dan 21 daripada mereka menginap di asrama. Sekolah ini baru menerima kemudahan di asrama seperti katil, tilam dan almari untuk murid. Bagi menambah baik kemudahan di sekolah, beberapa unit kuarters guru yang telah uzur akan dibaiki segera.

Kami kemudiannya ke SK Aping yang juga terletak di Sri Aman. Saya dimaklumkan sekolah yang mempunyai 82 murid dan 11 murid prasekolah ini dalam perancangan untuk dipindahkan ke lokasi baharu. Antara perkara yang perlu diberi perhatian untuk sekolah ini adalah penambahbaikan bilik pemulihan. Selain itu, kerja-kerja pendawaian serta penyambungan bekalan elektrik awam akan diselesaikan segera.

Selesai tinjauan di SK Aping, kami ke SMK Engkilili di Lubok Antu yang mempunyai 1,121 pelajar dengan 163 pelajar Tingkatan Lima dan 83 pelajar Tingkatan Enam.

Semasa di SMK Engkilili, saya sempat bertanya khabar dengan beberapa pelajar Tingkatan Enam, Semester 2 yang sedang mengulangkaji sebagai persiapan bagi menduduki peperiksaan tidak lama lagi. Pak Cik doakan agar anak-anak semua dapat belajar dalam keadaan selamat dan berjaya dalam peperiksaan.

Seterusnya saya ke SK San Semanju dan SK Ridan di Lubok Antu.

Kedua-dua sekolah ini merupakan sekolah asrama harian.

Jumlah murid termasuk prasekolah adalah masing-masing seramai 131 dan 127 murid. Keperluan menyediakan bekalan air bersih di sekolah dan asrama sentiasa menjadi perhatian kami. Begitu juga dengan kemudahan di asrama seperti katil dan tilam untuk kegunaan mereka

Insya-ALLAH, kami akan usahakan yang terbaik demi pendidikan anak-anak generasi pewaris negara.

Dalam pada itu, kesempatan berada di Sri Aman pada hari ini saya penuhi dengan perjumpaan santai bersama cikgu dalam majlis minum petang.

Majlis ringkas pada petang tadi dihadiri hampir 120 guru yang secara sukarela menyambut pelawaan saya melalui hantaran di Facebook.

Baca juga Signalton 1M dan PeNyaMAN tarik perhatian juri hingga diangkat sebagai johan, hebat inovasi SMAPUTRA!

IKLAN

Baca juga Amalan pemakanan semasa menghadapi peperiksaan, guru dan pelajar diminta lebih peka

Dalam majlis ini, saya ada menjelaskan beberapa pendekatan KPM dalam usaha membantu guru-guru. Antaranya garis panduan baharu bagi permohonan pertukaran guru dan usaha untuk terus meningkatkan profesionalisme guru.

Saya juga memberikan penjelasan tentang beberapa perkara yang dibangkitkan oleh mereka.

Selain itu, cikgu yang hadir turut berkongsi pandangan dan saranan untuk menambah baik pendidikan untuk anak-anak pewaris negara. Itulah yang dikatakan jiwa seorang guru yang mahukan terbaik untuk anak didik mereka.

Terima kasih buat cikgu-cikgu yang meluangkan masa pada hari minggu untuk sembang santai bersama saya.

Pandangan dan perkongsian pendapat cikgu semua akan saya teliti dan susuli sebaiknya.

Alhamdulillah, selepas seharian melawat sekolah di sekitar Sri Aman, malam ini saya berkesempatan untuk berjumpa dan memberi kata-kata semangat dan berkongsi pengalaman hidup dengan anak-anak Tingkatan Lima SMK Lingga, Sri Aman.

Pak cik faham anak-anak SPM tahun 2021 berdepan dengan cabaran yang cukup hebat.

Inilah kumpulan pelajar pertama menduduki SPM mengikut silibus KSSM dan ditambah pula dalam situasi pandemik Covid-19 sejak awal tahun 2020.

Namun, pak cik yakin dan percaya anak-anak mempunyai semangat jati diri yang tinggi untuk harungi cabaran ini.

Ingat pesanan pak cik, percaya pada kemampuan diri sendiri dan #NothingBeatsHardWork.
Insya-ALLAH anak-anak semua akan berjaya!

ISNIN – 25 Oktober 2021

Pagi ini kami teruskan tinjauan di dua sekolah menengah sekitar Sri Aman, iaitu SMK Simanggang dan SMK Balai Ringin.

Memandangkan hari ini merupakan hari persekolahan, dapatlah kami melihat pelaksanaan PdP secara bersemuka, khususnya bagi pelajar Tingkatan Lima dan Tingkatan Enam.

SMK Simanggang merupakan sekolah asrama harian yang mempunyai 1,047 pelajar di mana 98 adalah Tingkatan Enam, Semester Dua dan Tingkatan Lima seramai 161 orang.

Selain itu, terdapat tujuh pelajar Program Pendidikan Khas Integrasi turut hadir ke sekolah bagi mengikuti PdP secara bersemuka. Guru dan pelajar kelihatan begitu gembira serta teruja dapat kembali melaksanakan PdP secara bersemuka.

IKLAN

Dalam aspek penambahbaikan fasiliti sekolah ini, penyerahan satu blok pejabat yang baharu akan dibuat dalam masa terdekat.

Selain itu, dewan sekolah yang telah berusia hampir 50 tahun akan diusahakan untuk pengantian bumbung dan pendawaian semula.

SMK ke dua adalah SMK Balai Ringin, sekolah dengan kapasiti seramai 1,494 orang.

Selain meninjau infrastruktur sekolah, saya juga bertemu dan bertanya khabar dengan 36 pelajar Tingkatan Enam, Semester Dua dan 267 pelajar Tingkatan Lima yang telah memulakan sesi PdP secara bersemuka sejak awal Oktober lalu. Pembukaan semula sekolah secara bersemuka telah memberi ruang untuk anak-anak yang bakal menduduki peperiksaan STPM dan SPM ini membuat persiapan rapi sebaiknya.

Pembinaan blok asrama baharu SMK Balai Ringin sedang giat dilaksanakan dan kemudahan ini pastinya akan memberi lebih keselesaan kepada pelajar asrama.

Terima kasih pengetua dan guru SMK Simanggang dan SMK Balai Ringin. Kami akan usahakan yang terbaik untuk menyediakan fasiliti dan kemudahan di sekolah, terutamanya di kawasan luar bandar agar anak-anak kita dapat belajar dalam keadaan yang selamat dan selesa.

Tinjauan di Sri Aman pada hari ini juga melibatkan sebuah sekolah rendah, iaitu SK Bakong yang merupakan sekolah asrama harian dengan jumlah murid seramai 146 orang, termasuk 13 murid prasekolah.

SK Bakong telah beroperasi lebih 60 tahun dan sebahagian besar bangunan sekolah telah usang.

Beberapa kemudahan di sekolah seperti kipas yang rosak akan digantikan dengan segera. Ini akan membolehkan anak-anak di sekolah ini dan juga yang tinggal di asrama dapat belajar dengan lebih selesa.

Dalam masa yang sama, projek pembinaan gantian penuh melibatkan bilik darjah, asrama dan rumah guru bagi SK Bakong telah pun diluluskan. Lokasi baharu sekolah ini terletak kira-kira 2 KM dari tapak asal.

Kami akan usahakan pelaksanaan projek ini disegerakan agar warga SK Bakong dapat menggunakan sekolah baharu yang lebih selesa secepat mungkin.

SELASA – 26 Oktober 2021

Selepas menaiki bot menyelusuri Sungai Telaga Air, kami tiba di jeti Kampung Santin dan berjalan kaki menuju ke SK Sibu Laut, Padawan.

SK Sibu Laut ini merupakan Sekolah Kurang Murid (SKM) dengan jumlah murid seramai 22 orang. Sebahagian besar murid adalah penduduk dari Telaga Air yang berulang-alik ke sekolah ini dengan menaiki bot.

Komitmen dan semangat cikgu SK Sibu Laut mendidik anak-anak di kawasan ini amat saya hargai. Teruskan usaha murni cikgu untuk mendidik generasi pewaris negara. Terima kasih cikgu!

Selesai lawatan di SK Sibu Laut, kami singgah di SK Telaga Air.
Ketika di sana, sempat berjumpa dengan anak-anak prasekolah yang sedang menikmati juadah minum pagi. Walaupun asyik menjamu selera, mereka layankan juga pertanyaan pak cik.

Ikuti juga kami di:
Instagram: https://www.instagram.com/gpsbestari/
Twitter: https://twitter.com/GPSBestari
Youtube: https://www.youtube.com/c/GPSBestariOfficial/

Sekolah terakhir yang kami tinjau untuk lawatan kerja di Sarawak pada kali ini ialah SMK Bandar Samariang yang terletak di Petra Jaya.

Sebelum meninjau kawasan sekitar sekolah, saya menyerahkan peranti digital di bawah inisiatif Tabung CERDIK kepada murid yang layak daripada keluarga dalam golongan B40. Semoga pemberian komputer riba tersebut dapat digunakan sebaiknya untuk pembelajaran anak-anak.

Malamnya kami mengunjungi pelajar SPM tahun 2021 di asrama Sekolah Seni Malaysia Sarawak. Saya sempat memberikan kata-kata semangat sebagai motivasi untuk anak-anak ini meneruskan perjuangan mereka mendapatkan ilmu.

Ingat pesan pak cik, dalam hidup ini kita perlu pengorbanan untuk berjaya, selain percaya pada diri sendiri dan yang paling penting.

Sumber: Facebook Dr Radzi Jidin

Artikel Berkaitan

MESTI BACA