HomeGen AlphaPelajar hadiahkan sebatang pen sempena hari jadi cikgu, tak sangka itulah pemberian...
165,220FansLike
4,972FollowersFollow
619FollowersFollow
17,100SubscribersSubscribe

Pelajar hadiahkan sebatang pen sempena hari jadi cikgu, tak sangka itulah pemberian yang terakhir darinya

Sebak. Itulah ayat pertama yang keluar daripada mulut penulis apabila membaca kisah ini.

Kisah seorang guru bersama pelajarnya yang kini sudah meninggal dunia, cukup memberi kesan di hati.

Bukan hanya penulis, tetapi warga maya turut merasai kesedihan yang sama.
Buat arwah Rozanna, semoga ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman. Amin.

Ikuti perkongsian seorang guru yang dikenali sebagai Lee di akaun peribadi media sosial Facebooknya, baru-baru ini.

*****

“Cikgu…Selamat hari lahir cikgu. Ini hadiah daripada saya. Cuma ini saja cikgu!”

“Wah, apa ni? Susah-susah saja awak ni! Terima kasih banyak-banyak ya.

“Sama-sama cikgu”

IKLAN

Panjang lagi dialog tu. Cukuplah. Rozanna, seorang budak yang cukup manis. Pandai mengambil hati dan mudah tersenyum. Siapa pun pasti terpikat dengan perwatakannya.

Peristiwa itu sudah beberapa tahun berlalu. Kala itu dia di Tingkatan Lima. Dia berikan aku hadiah sebatang ball pen pilot 1.0 warna merah. Harga cuma RM5 – RM5.90 aku rasa begitu.

Aku cuma mengajar dia semasa di Tingkatan Tiga.

Tingkatan Empat dan Lima bukan lagi dengan aku. Tapi dia masih mahu menegur aku, menyapa aku atau kadang-kadang mencari aku untuk bercakap sesuatu padàhal banyak lagi cikgu lain.

Cara dia itu memberikan aku satu rasa penghargaan yang jarang aku jumpa.
Biasanya budak-budak ini bila kita mengajar dia saja…dia baik dengan kita. Bila kita dah jarang hadap mereka, mereka hilang.

Mereka pun seakan lupa dan jarang lagi mesrakan?

IKLAN

Sewaktu dia di Tingkatan Tiga, Empat dan Lima, aku masih terima hadiah daripadanya.

Alahhh…biasa-biasa saja. Macam pen merah tu. Pen merah pen biru, You marah i love you!!!

Kemudian, Rozanna berjaya melanjutkan pelajaran ke sebuah universiti. Universiti pendidikan untuk bakal guru.

Dia sengaja memilih untuk jadi guru. Banyak tawaran yang dia dapat untuk sambung belajar tetapi Rozanna tetap memilih yang itu.

Aku pernah tanya, mengapa pilih jadi guru.

Katanya jadi cikgu best, nak jadi macam cikgu. Macam akulah tu. Mana yang best tentang aku, aku pun tak pasti.

IKLAN

Aku juga pernah hadiahkan dia sebatang pen. Lamy. Tanda penghargaan dan terima kasih buat dia.

Itu antara pen paling ideal dan yang termahal dalam kelasnya. Buat seorang anak murid yang sangat cantik tulisannya dan tentu sekali orangnya. Tertera namanya Rozanna…20xx.

Apa pun…

Itu cuma kenangan dan tinggal kenangan.

Rozanna telah tiada. Dia telah kembali menemui penciptaNya di suatu saat yang cukup hening lima, enam tahun yang lalu. Bahagian ini biarlah aku simpan. Itu lebih baik buat dia.

Buatmu Rozanna binti…alFatihah nak.

Semoga rohmu sentiasa terpelihara oleh Allah SWT dan janji Allah…jannah buatmu. Aamiin.

Sumber: Facebook Lee

Artikel Berkaitan

MESTI BACA