Gerbang Aspirasi Generasi Mahir

HomeGen AlphaNormal ke anak 5 tahun masih gagal membaca? Guru ini tampil beri...
165,358FansLike
4,980FollowersFollow
630FollowersFollow
17,100SubscribersSubscribe

Normal ke anak 5 tahun masih gagal membaca? Guru ini tampil beri penjelasan

Normal ke jika umur kanak-kanak 4 – 6 tahun masih tak boleh membaca?

Inilah antara soalan yang sering dikemukakan oleh ibu bapa kepada guru-guru.

Untuk menjawab soalan itu, Guru Pendidikan Awal Kanak-kanak yang juga pengetua tadika, Ashikin Hashim tampil memberi penjelasan menerusi telegram Nota Keluarga Ashikin Hashim, baru-baru ini.

Menurut beliau, perkara pertama yang perlu dilakukan oleh ibu bapa adalah periksa situasi anak. Adakah dia tak boleh baca langsung atau boleh sikit-sikit.

“Kemudian, yang dikatakan tidak boleh membaca ini adakah boleh bercakap dan faham pada arahan atau tidak.

“Jika anak boleh bercakap, komunikasi bagus, faham arahan, pandai pakai baju, pandai naik tangga, pandai berkawan dan semuanya, ini bermakna anak itu dalam keadaan yang baik,” katanya.

Cuma, satu perkara sahaja yang anak-anak masih belum boleh iaitu membaca.

“Percayalah, anak anda bukan tak boleh baca, anak anda bukan lambat, anak anda bukan tak pandai.

“Dia hanya berumur 5 tahun. Bukan 25 tahun.

“Dan seorang anak kecil perlukan proses. Dia takkan belajar semua benda dalam satu masa. Nak adapt dengan sekolah baru pun anak ambil masa. Nak berkawan dengan kawan baru pun anak ambil masa. Jadi kita perlu sabar sekiranya anak tidak mampu membaca pada umur sebegini,” jelasnya.

Mak-mak…

Membaca bukan satu-satunya benda yang anak kena belajar.

Saya pernah ada beberapa orang anak murid yang masih belum pandai baca tapi berani berhadapan dengan orang ramai atas pentas, boleh hafal skrip, hormat guru, ada belas ihsan terhadap kawan. MashaAllah.

Ya membaca penting, tapi bukan dengan meminggirkan kemahiran yang lain.

IKLAN

Mari saya bantu anda. Sebelum nak anak pandai baca, kena ada syarat dulu.

Apakah syaratnya? Jom kita tengok.

1) Jangan gopoh atau tergesa-gesa nak anak pandai baca. Anak kita bukan robot. Mereka manusia biasa yang perlukan ruang dan masa untuk belajar.

2) Jangan bandingkan anak kita dengan anak orang lain. Sedangkan di kalangan adik beradik pun dah berlainan inikan pula anak jiran. Anak kita punya upaya dan kekuatannya yang tersendiri. Jadi, bantulah mereka.

3) Jangan tak tahu bahawa membaca ini adalah satu proses. Ia bukan berlaku secara tiba-tiba atau anak lahir terus pandai. Ia juga tidak berlaku dengan pantas saat anak masuk tadika. Proses ini panjang dan kompleks. Berlainan mengikut keupayaan anak. Maka bersabarlah.

4) Jangan ingat tadika anak tempat sepatutnya anak pandai baca. Guru hanya pemudah cara tetapi ibu bapalah guru pertama dan rumah pula sekolah utama. Jadi proses membaca seharusnya bermula dari rumah.

5) Jangan lupa siapa yang bagi kita pandai? Ya…Allah. Setelah kita berhempas pulas nak pandaikan anak, yang bagi pandai sebenarnya bukan kita tapi Allah. Kita minta kepada Allah supaya diberikan kita kekuatan dan ilmu dalam mendidik anak kita. Jika anak kita punya masalah, bawalah kepada yang pakar.

Baik. Ini langkah-langkah yang perlu kita ambil dan mulakan seawal mungkin.

Saya pernah bertanya kepada seorang OCCUPATIONAL THERAPIST, pada umur berapakah kita perlu risau jika anak masih belum tahu membaca langsung? Beliau berkata pada hujung tahun Darjah 1.

Jadi, jika anak sekarang baru 4 tahun dan masih belum tahu membaca, itu normal.

IKLAN

Jika anak sekarang 5 tahun dan masih belum tahu membaca, ini juga masih normal.

Jika anak sekarang 6 tahun dan masih belum lancar membaca, ini juga normal.

Cuma bila anda atau guru mereka mendapati yang anak anda perlukan pemeriksaan pakar kerana sebab-sebab kesihatan dan masalah pembelajaran contohnya, bawalah berjumpa pakar.

Jom kita mula ajar anak membaca cara santai dan tidak stres.

Mulakan dari bayi lagi. Bagaimana? Komunikasi dan interaksi dengan anak. Jangan mulakan dengan skrin. Maksudnya jangan perkenalkan gajet. Belum tiba masa.

Ajar anak membaca bukan hanya dengan tunjuk buku semata-mata. Bila kita sempitkan skop membaca hanya dengan buku maka kita tak banyak dapat nak bantu anak kita.

Sebenarnya banyak sangat sumber yang boleh bantu dia. Seperti bercerita atau bacakan buku (bacakan buku ya bukan suruh anak baca buku sebelum dia tahu membaca. Beza tu). Dengan cara ini, ia dapat membantu anak meningkatkan kosa katanya.

Bila kosa kata anak banyak, maka bila belajar baca akan jadi mudah. Sebab dia dah kenal banyak bunyi huruf dan banyak kenal benda.

IKLAN

Komunikasi dengan anak sekerap yang mungkin. Walaupun bayi, biasakan bercakap dengannya. Bila anak dah semakin besar berbuallah dengan mereka ketika membeli belah, ketika pakaikan baju, ketika bermain, ketika memasak, ketika bawa kereta. Komunikasi akan jadi terbantut atau terhalang jika kita hanya berikan anak gajet.

Main, main, main. Berilah peluang dan ruang secukupnya untuk mereka bermain. Bila main, anak akan belajar banyak benda termasuklah mengumpul kosa kata, membina ayat, menyoal, menjawab soalan, berinteraksi dengan orang sekeliling. Inilah antara kunci bagi memudahkan proses membaca.

Bacakan buku. Bacakan buku ini sangat Powerful. Selain boleh tambah kosa kata anak, ia juga dapat tambah ilmu pengetahuan am anak. Dan yang paling best dapat rapatkan hubungan kita dengan anak.

Manfaatkan waktu sebelum anak tidur. Iaitu sebelum anak sampai ke peringkat deep sleep atau tidur lena. Berbuallah dengan anak. Masa ini sangat bagus untuk nak menasihati anak. Anak dalam keadaan paling relax dan mudah dengar kata.

Inilah peringkat pertama untuk anak-anak membaca. Tiada guna apa-apa metod nak bagi anak pandai baca. Mulakan dengan komunikasi dengan anak.

Kita belajar fun-fun je. Jangan stres. Janganlah guna buku 24 jam. Anak-anak belajar secara hands-on dan bermain.

Belajarlah juga membaca dari tanda jalan, tajuk akhbar, label, senarai barang, poster dan sebagainya.

Insha-Allah jika anak kita tiada masalah kesihatan dan pembelajaran, anak kita pasti boleh baca. Kuncinya sabar dengan proses ini, konsisten dengan usaha dan yakin dengan hasilnya nanti.

Selamat mendidik dengan kasih sayang.

Sumber: Telegram Nota Keluarga Ashikin Hashim

 

Artikel Berkaitan

MESTI BACA