Gerbang Aspirasi Generasi Mahir

HomeGen AlphaLuahan hati seorang guru, buat warganet sebak. Moga urusan semua cikgu, dipermudahkan!
165,358FansLike
4,980FollowersFollow
627FollowersFollow
17,100SubscribersSubscribe

Luahan hati seorang guru, buat warganet sebak. Moga urusan semua cikgu, dipermudahkan!

“Cikgu-cikgu seperti kami ini, tidak pernah dilatih mengajar secara dalam talian. Namun, kami tetap berusaha dengan gigih dalam memastikan anak-anak didik tidak ketinggalan dalam pelajaran.

Demikian kata Guru Cemerlang Pendidikan Islam, Sekolah Menengah Sains Pasir Puteh, Kelantan, Dr Salbiah Mohamed Salleh.

Menurut beliau, kaedah Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) adalah satu perkara baru buat warga pendidik.

“Kami harap, apa yang kami lakukan ini, dapat diterima dengan hati yang terbuka terutamanya buat ibu bapa.

“Janganlah kecam kami selaku warga pendidik. Kami sudah buat yang termampu dan akan sentiasa memperbaiki kekurangan yang ada. Mohon sokong kami dan tegurlah secara berhemah,” ujarnya.

Mari ikuti luahan hati Dr Salbiah ini seperti dipetik menerusi laman facebooknya, baru-baru ini.

*****

Buat ibu-bapa yang dihormati,

Kami memahami sekarang ini adalah saat sukar untuk kita semua. PdPR yang dijalankan ini adalah satu benda baru seiring dengan pandemik yang baru menyerang kita bahkan seluruh dunia. Bukan kita sahaja bahkan seluruh tempat di seluruh dunia berhadapan dengan situasi yang sama.

Pihak Kementerian berhempas pulas menukar strategi dan takwim persekolahan. Memikirkan suatu yang terbaik supaya anak-anak kita tidak ketinggalan. Sudah berapa kali perancangan yang diatur terpaksa ditukar, diubahsuai bahkan dibatalkan. Namun mereka tetap sahaja mencari penyelesaian terbaik untuk menjaga kebaikan semua pihak.

IKLAN

Begitu juga cikgu-cikgu. Kami berhempas pulas menyesuaikan diri dengan gaya pembelajaran baharu. Murid hanya perlu menerima. Tetapi guru terpaksa mereka dan mencipta pelbagai teknik pengajaran. Menyediakan pelbagai sumber yang paling sesuai untuk anak-anak.

Cikgu-cikgu ini tidak pernah dilatih mengajar secara dalam talian. Guru lama zaman 60-an bahkan fresh graduate yang baru posting sekali pun tidak pernah diajar bagaimana cara mengendalikan kelas dalam talian. Tiada pedagogi khusus tentang kelas online. Namun, semuanya berusaha dengan  pelbagai cara untuk memastikan setiap anak-anak tidak ketinggalan dalam pelajaran. Tanya sahaja apa gajet baru yang dibeli oleh guru-guru semuanya berebut membeli. Tanpa peruntukan dari mana-mana, semua dari poket sendiri.

Kami tahu ibu bapa juga punya autoriti dan peluang untuk memberi komen secara terbuka.

Menegur dan mengkritik cara pengajaran guru adalah suatu yang positif sekiranya dilakukan dengan baik.

Namun, kita perlu ingat  mencadang dan melaksanakan adalah dua perkara yang berbeza. Ibu bapa perlu faham memberi cadangan itu tidak semudah melaksanakan. Hakikatnya,tiada satu skema khusus yang wajib diikuti oleh mana-mana guru untuk mengajar sepanjang PdPR. Hanya mereka mengetahui apa yang paling sesuai untuk murid-murid mereka. Google Meet untuk murid bandar tidak semestinya sesuai untuk murid di desa. Memberi pengajaran melalui video Youtube sahaja untuk murid tidak semestinya sesuai untuk murid lemah.

IKLAN

Sekiranya ada ibu-bapa memerhatikan video pengajaran yang cikgu hasilkan membosankan, tak catchy, tak terang atau tidak jelas. Saya juga ingin mencadangkan agar mana-mana ibu bapa yang pakar membuat satu studio khas, peralatan yang lengkap untuk guru-guru mengajar. Boleh juga ajak cikgu ni buat shooting supaya rakamannya hebat setanding filem Hollywood.

Sekiranya nampak latihan atau nota yang cikgu berikan tu hitam putih saja tanpa warna. Boleh minta soft copy dengan guru dan bantulah guru ini design secantiknya. Supaya sedap mata memandang nota itu. Anak-anak pun lebih mudah faham.

Andai ada latihan nampak tidak bertanda, cubalah duduk sebelah anak-anak dan buka buku rujukan. Carilah jawapan bersama-sama juga supaya hubungan antara ibu bapa dan anak lebih erat.

Sesekali elok juga ibu bapa anjurkan kelas tuisyen online percuma dari ibu bapa untuk anak-anak satu Malaysia. Kerana nampaknya ibu bapa sangat memahami apa yang anak-anak mereka perlukan berbanding guru-guru. Sentuhan daripada guru tua yang telah ditatap berulangkali kadang kala membosankan. Jadi sentuhan baru dari ibu bapa pasti memberi idea lebih segar. Anak-anak suka, guru pun gembira.

IKLAN

Begitulah, sekiranya kita saling mencari kesempurnaan maka kita akan sentiasa bertemu kelompangan.

Carilah titik persamaan maka kita akan bertemu ketenangan.

Ingat pesan saya…

Jangan biarkan perahu hanyut tak berpenghuni nanti hanyutnya tidak singgah ke pelabuhan.

Begitulah luahan hati daripada Dr Salbiah.

Moga apa yang diluahkan itu, dapat membuka mata pihak berkaitan bahawa guru-guru di Malaysia sebenarnya sedang dan akan sentiasa berusaha memberi yang terbaik buat semua pelajar.

Sumber: Facebook Salbiah Salleh

 

Artikel Berkaitan

MESTI BACA