HomeGen Alpha“Lama saya perhati gelagat murid ini, tapi dia tetap tidak perasan kehadiran...
168,577FansLike
4,980FollowersFollow
634FollowersFollow
17,100SubscribersSubscribe

“Lama saya perhati gelagat murid ini, tapi dia tetap tidak perasan kehadiran cikgunya di situ”

“Hebatnya ibu ayah murid ini, melatih anak bersedekah sejak dibangku sekolah rendah lagi”

Itu kata Guru Cemerlang, Ustazah Aminah Mat Yusoff, menerusi laman Facebooknya, baru-baru ini.

Beliau yang kini bertugas di Sekolah Kebangsaan Sungai Petai, Alor Gajah, Melaka berkata, bersedekah adalah amalan mulia malah jika diterapkan pada anak, ia dapat membentuk akhlak mereka dengan sifat-sifat yang baik.

“Saya cukup kagum dengan murid ini.

“Jika awal pagi, murid-murid bersesak untuk ke sekolah, tetapi tidak bagi dia.

“Murid ini menuju ke pekarangan masjid yang terletak di sebelah sekolah dan terus memasukkan beberapa keping wang ke dalam tabung masjid. Subhanallah,” kata Ustazah Aminah.

Mari ikuti perkongsian ustazah ini yang mampu menjentik emosi semua pembaca.

IKLAN

Baca juga Peringatan! Mohon guru-guru hadam 10 petua penting ini sebelum berpindah ke sekolah baharu tahun depan

Baca juga SK Chopin buktikan yang kategori Sekolah Kurang Murid juga mampu cipta kejayaan luar biasa

*****

Ada seorang murid saya yang sangat menyejukkan hati. Segalanya baik. Akhlaknya, percakapannya, sentiasa tenang dalam tindakan dan juga sangat aktif setiap kali proses pembelajaran. Bila buat pentaksiran, markahnya 100 peratus.

Sebagai seorang guru, rasa gembira bersulam bangga kerana ada murid yang boleh jadi role model untuk rakan-rakan dalam kelas.

IKLAN

Satu pagi saya parking kereta depan masjid bersebelahan dengan sekolah.

Kelihatan kereta dan motor ibu ayah silih berganti hantar anak-anak ke sekolah.

Tanpa sengaja, saya terpandang kelibat murid yang saya maksudkan tadi, masuk ke pekarangan masjid dan menuju ke satu tiang. Di tangan ada beberapa keping wang seringgit, dengan hati-hati dia masukkan ke dalam tabung.

Dari jauh saya memerhati, mungkin dia tidak perasan tentang keberadaan gurunya.

IKLAN

Ikuti juga kami di:
Instagram: https://www.instagram.com/gpsbestari/
Twitter: https://twitter.com/GPSBestari
Youtube: https://www.youtube.com/c/GPSBestariOfficial/

Sedekah pagi banyak sangat baiknya, lebih-lebih lagi untuk rumah ALLAH. Kadang jawatankuasa masjid buat kenduri, duit tadi mungkin menjadi rezeki untuk orang-orang yang memerlukan. Subhanallah.

Hebatnya ibu ayah murid ini, melatih anak bersedekah. Membentuk peribadi yang penyayang dan penuh dengan sifat ihsan. Dua perkara ini menjadi faktor utama membentuk jiwa yang kuat dan bersih.

Hari itu, ketika di dalam kelas, saya sampaikan kepada murid yang lain. Jika ada baki duit 20 sen, 30 sen simpanlah untuk hari esok. Datang pagi-pagi ke sekolah jengah dulu rumah ALLAH dan sedekah.

Moga ALLAH jadikan generasi yang hebat dan bertakwa.

Sumber: Facebook Aminah Mat Yusoff

Artikel Berkaitan

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

MESTI BACA