Gerbang Aspirasi Generasi Mahir

HomeGen AlphaKeseimbangan antara sukan dan akademik. Ini pandangan Cikgu Mohd Nasir
165,358FansLike
4,980FollowersFollow
630FollowersFollow
17,100SubscribersSubscribe

Keseimbangan antara sukan dan akademik. Ini pandangan Cikgu Mohd Nasir

Kejayaan diri atau individu bergantung pada watak dan tingkah lakunya daripada kebolehan semula jadi.

Tidak perlu membandingkan keupayaan diri sendiri dan bezakannya dengan orang lain di mana akhirnya akan kecewa.

Apatah lagi dengan membuat perbandingan tersebut, diri sendiri terasa rendah diri, malu atau sebagainya.

Guru Sekolah Kebangsaan Putrajaya Presint 8 (2), Putrajaya, Cikgu Mohd Nasir Zakaria berkata, setiap individu terutamanya murid mempunyai potensi yang berbeza baik dalam bidang sukan mahupun akademik.

Bagaimanapun, jika mereka (murid) bekerja keras, hasil kejayaan tersebut dapat dilihat dalam kedua-dua bidang berkenaan.

Menurut Cikgu Mohd Nasir, salah satu aspek yang paling mencabar dalam diri murid adalah mencapai keseimbangan antara pembelajaran dan kehidupan sosial.

IKLAN

“Menguruskan masa dengan betul membolehkan mereka memanfaatkan sepenuhnya sesi pembelajaran malah pelajar ini juga dapat meluangkan masa dengan bersukan bersama rakan-rakan.

“Pokok pangkalnya adalah pengurusan masa yang baik dan bukan hanya mengeluh,” katanya.

Kesihatan mental dan fizikal

Apabila murid atau pelajar berasa sihat dan bertenaga, dia akan dapat memanfaatkan sepanjang masa dengan belajar dan juga bersukan.

Salah satu cara untuk mendapat badan yang bertenaga adalah dengan mendapatkan tidur yang mencukupi.

Doktor mengesyorkan tidur antara tujuh hingga sembilan jam setiap malam agar badan dan minda dapat berfungsi sepenuhnya dan fokus pada keesokan harinya.

Orang yang mengalami tidur yang tidak mencukupi lebih mudah marah dan cenderung berjaga-jaga.

IKLAN

“Cuba tidur dan bangun pada waktu yang sama setiap hari, walaupun pada hujung minggu.

“Menjaga badan mengikut jadual yang teratur bermakna anda terutamanya pelajar akan lebih senang tidur dan bangun serta bersedia untuk menyelesaikan semua tugas yang akan datang.

“Menjaga diet juga penting untuk kekal sihat melalui pemakanan membekalkan tenaga, vitamin dan mineral yang diperlukan oleh badan,” katanya.

IKLAN

Tambahnya, kanak-kanak dan orang dewasa yang terlibat dalam persekitaran yang sihat secara fizikal atau mental selalu menunjukkan sikap positif dan lebih baik.

Kesihatan dan akademik sama penting

Cikgu Mohd Nasir berkata, kesihatan sangat berharga, begitu juga prestasi akademik.

“Justeru, penglibatan dalam aktiviti sukan dan rekreasi secara konsisten dapat memberikan perlindungan kepada tubuh badan dan peredaran darah yang betul untuk menjaga kesihatan.

“Nasihat saya, jaga kesihatan dan kemudian perolehi kejayaan dalam bidang akademik dan sukan,” ujarnya.

Dalam pada itu, suasana yang kondusif di rumah, bilik darjah dan penglibatan aktif dalam kokurikulum mampu melahirkan murid yang seimbang dan berfikiran positif.

Amalan bimbingan yang menjurus kepada kesihatan mental dan minda yang sihat adalah perlu pada masa kini terutamanya dalam keadaan negara menghadapi keadaan Covid-19.

Artikel Berkaitan

MESTI BACA