Gerbang Aspirasi Generasi Mahir

HomeGen AlphaJadi cikgu jiwa kena besar: 5 kata-kata motivasi Ustazah Aminah untuk pendidik
165,358FansLike
4,980FollowersFollow
629FollowersFollow
17,100SubscribersSubscribe

Jadi cikgu jiwa kena besar: 5 kata-kata motivasi Ustazah Aminah untuk pendidik

Dunia pendidikan pada zaman dahulu dengan zaman sekarang cukup berbeza.

Satu ketika dulu, kerjaya guru sangat dihormati oleh semua orang. Tidak kira setinggi mana darjat seseorang, bila mereka bertemu dengan cikgu, nilai hormat itu tetap menjadi keutamaan.

“Sebab itu, bila jadi cikgu, jiwa kita kena besar,” kata Guru Cemerlang Sekolah Kebangsaan (SK) Seri Puteri, Batu Pahat, Johor, Ustazah Aminah Mat Yusoff.

Melihatkan senario itu, Ustazah Aminah menyelitkan sedikit nasihat kepada mereka yang bergelar pendidik.

Mari ikuti nasihat beliau…

1) Kita sekarang hidup zaman fitnah, buat baik kena fitnah, hulur bantuan kena fitnah, hasilkan bahan yang baik untuk anak didik kena fitnah, kita duk diam tak buat apa-apapun kena fitnah. Jadi, bila hidup zaman ini kita kena bersedia mendengar, kena juga bersedia hadap, kena bijak mengawal emosi, berusaha tingkatkan lokus kawalan dalaman dan kena pandai pujuk hati sendiri. Pesan pada diri kita, jangan cepat terasa.

2) Cikgu dulu disanjung tinggi. Ibu bapa hormat, kalau boleh nak suruh anak cium kaki. Anak yang balik cerita negatif tentang cikgu siap kena balun dengan mak ayah. Sekarang lain, zaman dah berubah. Kita tidak boleh lagi mengharapkan pujian, sanjungan, penghargaan dan penghormatan. Selalu sahaja wujud prasangka, rasa sangsi, cemburu, iri hati dan sakit hati. Itulah situasi yang harus kita tempuhi.

IKLAN

3) Besarkan hati kita, pandang jauh ke hadapan. Kita sedang mencetak generasi. Peranan kita sangat penting dalam membina tamadun manusia. Kepakaran kita bukan takat ajar baca kira tapi lebih jauh daripada itu. Jika usaha kita terhenti dengan kemarahan ibu bapa, tersungkur dengan tekanan dari pelbagai pihak. Kita sebenarnya belum bersedia menjadi cikgu yang berhati besar.

4) Jangan fikir anak siapa yang kita ajar, bayangkan mereka amanah Allah. Ajar sehabis baik, kelak mereka pula akan meneruskan legasi. Kita meninggalkan warisan yang baik, bermakna kita akan nikmatinya untuk hayat yang akan datang.

5) Guru yang berhati besar, orang marah kita maafkan, orang mengata kita diam, orang fitnah kita bersabar, orang perlekehkan kita kembali kepada Allah. Itulah kunci hidup tenang, tiada lagi rasa kusut.

IKLAN

Besarkan jiwamu guru,

Tolak yang tak perlu,

IKLAN

Tujuan kita masih berbatu-batu,

Itu orang tak tahu

Yang pasti Allah sentiasa tahu…

Sumber: Facebook Aminah Mat Yusoff Yusoff

Artikel Berkaitan

MESTI BACA