Gerbang Aspirasi Generasi Mahir

HomeGen AlphaPetua anak hebat, cemerlang dan baik budi pekerti, Ustazah Aminah kongsi rahsianya
165,358FansLike
4,980FollowersFollow
627FollowersFollow
17,100SubscribersSubscribe

Petua anak hebat, cemerlang dan baik budi pekerti, Ustazah Aminah kongsi rahsianya

Setiap ibu bapa pasti menginginkan anak-anak yang bijak pandai.

Kerana itu, mereka sanggup buat apa sahaja, asalkan anak-anak menjadi insan yang berguna kepada bangsa dan negara.

Guru Cemerlang, Ustazah Aminah Mat Yusoff menerusi Facebooknya, memuat naik petua melahirkan anak-anak hebat.

Mari ikuti perkongsian beliau.

*****

Lakukan perkara ini pada anak setiap pagi dan petang.

Kesannya subhanallah.

Musim sekarang ini, anak-anak dapat berkumpul bersama ibu ayah.

Jangan lupa follow kami di Instagram!

Saya kongsikan petua daripada ibu ayah yang telah melahirkan anak-anak yang hebat, cemerlang dan sangat baik budi pekertinya.

Ambil peluang ini untuk betulkan akhlak dan bangunkan jiwa anak.

IKLAN

Baca juga Cara mudah menghafal 20 unsur pertama kimia! Gunakan teknik mnemonik yang dikongsikan ini 

Baca juga Anak-anak gagal kuasai 3M? Ibu bapa boleh ikuti saranan ini untuk bantu atasi masalah berkenaan

Caranya sangat mudah tapi yang penting kena istiqamah dan berkekalan. Kesannya sangat bagus terutamanya dalam usaha membentuk jiwa anak-anak.

Setiap pagi (selepas Subuh sehingga sebelum Zohor) dan petang (selepas Asar sehingga senja) ibu ayah dengarkan bacaan ma’thurat kepada anak-anak.

Sama ada melalui rakaman ataupun baca sendiri.

IKLAN

Ma’thurat ada dua jenis yang boleh kita amalkan, Ma’thurat sughra ( lebih ringkas) dan kubra ( lebih panjang).

Kesannya:

1. Akhlak berubah menjadi lebih baik

2. Hati bersih dan kuat.

3. Solat dan mengaji tanpa disuruh

4. Sangat taat pada suruhan

IKLAN

5. Cintakan perkara kebaikan

6. Mempunyai jiwa yang kental dan berani.

7. Rajin.

8. Otak cerdas dan mudah memahami ilmu yang dipelajari.

9. Suka berbakti

10. Cintakan ALLAH SWT dan Rasulullah SAW.

Selamat beramal. Moga dari kita lahirnya khalifah hebat yang cemerlang dan tawaduk.

Sumber: Facebook Aminah Mat Yusoff Yusoff

Artikel Berkaitan

MESTI BACA