Gerbang Aspirasi Generasi Mahir

HomeGen AlphaInilah KisahkuCacat penglihatan tak halang Siti Aisah raih Anugerah Guru Cemerlang
165,358FansLike
4,980FollowersFollow
627FollowersFollow
17,100SubscribersSubscribe

Cacat penglihatan tak halang Siti Aisah raih Anugerah Guru Cemerlang

Hendak seribu daya, tak nak seribu dalih. Itulah pepatah tepat untuk penerima Anugerah Guru Cemerlang sempena Majlis Sambutan Hari Guru Peringkat Negeri Terengganu yang tidak pernah menjadikan masalah penglihatan sejak di bangku sekolah sebagai penghalang untuk menjadi guru cemerlang.

Guru Sekolah Kebangsaan (SK) Rhu Rendang, Marang, Siti Aisah Jamaludin, 42, berkata, ia merupakan anugerah tertinggi sepanjang berkecimpung selama 18 tahun dalam bidang pendidikan dan paling bermakna kerana tidak pernah terfikir untuk menerima penghargaan berkenaan.

“Saya bersyukur, kerana usaha yang dilakukan selama ini mendapat penghargaan. Saya akan terus berusaha dalam mendidik anak bangsa,”ujar guru mata pelajaran Sejarah itu.

Ibu kepada tiga cahaya mata itu mengakui, kekurangan yang ada menyebabkan beliau sukar berhadapan dengan murid tetapi bertuah kerana suaminya, Mohd Shukri Mamat, 36, banyak memberikan sokongan walaupun turut mengalami masalah yang sama.

IKLAN

“Suami banyak membantu kerana saya perlu menggunakan bahan bercetak dan bertulis untuk mengajar.

“Sebelum masuk kelas saya perlu memastikan semua bahan-bahan siap dicetak dan ada seseorang untuk membantu membaca bahan tersebut sebelum diberikan kepada murid.

“Suami juga mengalami masalah sama tetapi masih boleh melihat sekiranya berada di tempat yang terang tetapi tahap penglihatannya agak terhad dan kabur,” ujarnya.

IKLAN

Menurut Siti Aisah, beliau mula mengalami masalah penglihatan sejak berusia lapan tahun dan penglihatannya terus hilang ketika berusia 15 tahun.

Ditanya cabaran mengajar ketika tempoh pelaksanaan Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR), katanya kaedah itu memudahkannya untuk berinteraksi dengan murid.

IKLAN

“Pada saya, mengajar secara bersemuka agak sukar berbanding secara maya. Ini kerana PdPR membuatkan saya lebih mudah mengawal serta menyampaikan maklumat kepada pelajar.

“Medium itu juga memberi manfaat kepada individu seperti saya kerana pergerakan agak terbatas,” tuturnya.

Pada majlis itu, Siti Aisah menerima wang tunai RM500 dan sijil penghargaan bagi Anugerah Guru Cemerlang Guru Kelainan Upaya (OKU) yang disampaikan Exco Pelaksanaan Syariah, Pendidikan dan Pengajian Tinggi negeri, Satiful Bahri Mamat.

Artikel Berkaitan

MESTI BACA