Gerbang Aspirasi Generasi Mahir

HomeGen AlphaImbau kisah lalu, 4 guru teruja kongsi kenangan terindah sepanjang pengajian di...
165,358FansLike
4,980FollowersFollow
630FollowersFollow
17,100SubscribersSubscribe

Imbau kisah lalu, 4 guru teruja kongsi kenangan terindah sepanjang pengajian di UPSI

Setiap daripada kita pasti mempunyai kenangan terindah ketika berada di alam persekolahan mahupun universiti.

Begitu juga dengan empat graduan Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) yang kini sudah pun bergelar pendidik di pusat pengajian masing-masing.

Cikgu Shamsul Mandisin (UPSI 2005), Cikgu Zamri Palen (UPSI 2005), Cikgu Ahmad Radzi Ab Halim (UPSI 2010) dan Cikgu Muhamad Rosyidi Bakri (UPSI 2017) mempunyai kisah tersendiri sepanjang mengikuti pengajian di universiti tersebut.

“Saya sudah lama memasang impian untuk ke UPSI kerana universiti ini berjaya melahirkan ramai pendidik yang hebat-hebat.

“Walaupun banyak cabaran sepanjang menuntut ilmu, tetapi saya bangga kerana akhirnya cita-cita menjadi seorang guru tercapai juga,” kata Cikgu Shamsul yang berasal dari Anak Kimapuk Papar, Sabah.

Ikuti juga kami di:
Instagram: https://www.instagram.com/gpsbestari/
Twitter: https://twitter.com/GPSBestari
Youtube: https://www.youtube.com/c/GPSBestariOfficial/

Kenangan Cikgu Shamsul bersama tiga rakan guru yang lain ketika belajar di UPSI telah dikongsi menerusi Program Ziarah Kasih Alumni AKSB Labuan anjuran Pusat Alumni dengan kerjasama Persatuan Sahabat Alumni Mahasiswa UPSI, baru-baru ini.

Program Ziarah Kasih Alumni AKSB Labuan yang diadakan secara dalam talian memfokuskan kepada alumni UPSI di Wilayah Kepulauan Kecil iaitu Labuan.

Ia merupakan program keempat yang dianjurkan Pusat Alumni UPSI untuk menyantuni alumni UPSI di seluruh pelosok tanah air.

IKLAN

Turut hadir pada program maya tersebut ialah Pengerusi Majlis Alumni AKSB Kebangsaan, Md Arrif Hairoman.

Sementara itu, Cikgu Zamri yang merupakan graduan UPSI 2005 berkata, peluang ke universiti itu sangat ditunggu olehnya bersama rakan-rakan seperjuangan yang lain.

Ujarnya lagi, pengalaman yang sukar dilupakan adalah pengalaman mengembara dari Labuan ke Tanjong Malim, Perak, di mana mereka menaiki lori untuk memenuhi cita-cita di UPSI dan terkejut kerana terpandang ‘tol’ yang tidak pernah dilihat sebelum ini.

Coretan Cikgu Zamri ini mencuit hati peserta program yang lain dan masing-masing tidak sabar untuk mengetahui kesudahan cerita cikgu berkenaan.

Tidak dilupakan juga, Cikgu Muhamad Rosyidi berkongsi pengalamannya semasa menjadi penuntut kampus.

Ujarnya, ketika di Tahun Akhir universiti, beliau berkesempatan melihat perubahan pembangunan seperti hotel dan kolam renang yang berlaku di kampus baharu di Proton City.

Beliau turut menceritakan tentang ‘Gerai Pak Karim’ sebagai nostalgia hidup di UPSI suatu ketika dahulu.

IKLAN

Seterusnya, perkongsian dalam program tersebut bukan sekadar mengungkap kenangan lama dan mengeratkan silaturahim sahaja tetapi sebaliknya guru-guru ini turut memberi beberapa tip untuk peserta lain.

Baca juga Stres dalam kalangan guru dan pelajar. Ini cara yang perlu anda lakukan daripada terus tertekan!

Baca juga Guru-guru patut tahu, ini cara mudah buat soalan peperiksaan

Antara tip yang dikongsikan adalah

IKLAN

‘Utamakan yang lebih utama dalam apa jua hal’ – Cikgu Ahmad Radzi.

‘Cedoklah pengalaman selagi boleh kerana pengalaman itu guru kepada hidup kita’ – Cikgu Muhamad Rosyidi.

‘Rezeki itu tidak pernah salah alamat’ – Cikgu Shamsul dan Cikgu Zamri.

Dalam perkembangan lain, wakil penganjur iaitu Raizol Ramli mengucapkan terima kasih kepada alumni Labuan kerana sudi meluangkan masa menjayakan program Ziarah Kasih Alumni secara maya ini.

“Walaupun masing-masing mempunyai tanggungjawab dan kekangan tersendiri, namun alumni ini tetap mempunyai kesempatan untuk hadir ke program yang dianjurkan. Terima kasih banyak-banyak,” ujarnya.

Terdahulu, Raizol telah memperkenalkan persatuan baharu kepada peserta program.

Persatuan yang diberi nama Persatuan Sahabat Alumni Mahasiswa (SAM) ini disertai mahasiswa dan mahasiswi yang masih lagi menuntut di UPSI.

Artikel Berkaitan

MESTI BACA