Gerbang Aspirasi Generasi Mahir

HomeGen AlphaHimpunan minit mesyuarat yang lengkap dan teratur. Guru-guru boleh rujuk di sini
165,358FansLike
4,980FollowersFollow
629FollowersFollow
17,100SubscribersSubscribe

Himpunan minit mesyuarat yang lengkap dan teratur. Guru-guru boleh rujuk di sini

Kementerian Pendidikan mengumumkan pembelajaran secara bersemuka akan bermula 3 Oktober depan secara berperingkat, mengikut fasa dalam Pelan Pemulihan Negara (PPN).

Sehubungan itu, setiap sekolah pastinya akan mengadakan mesyuarat (sebelum atau semasa sekolah dibuka) bersama warga pendidik mengikut tarikh yang telah ditetapkan.

Ketika mesyuarat berlangsung, seorang guru akan ditugaskan untuk mencatat segala minit mesyuarat tersebut.

Gambar hiasan daripada Pexels.

Di sini, GPSBestari sertakan sedikit panduan untuk cikgu menghasilkan minit mesyuarat yang lengkap. Pihak berkaitan boleh menjadikannya sebagai rujukan.

Ini panduannya.

*****

Minit Mesyuarat atau Minutes of Meeting (MoM) merupakan satu rekod pembentangan wajib untuk sesebuah mesyuarat dan ia amat penting sebagai panduan kepada semua pihak seperti guru, staf atau pekerja mahupun individu luar yang hadir atau tidak hadir bagi mengetahui hasil perbincangan mesyuarat tersebut.

Sekiranya matlamat asal mesyuarat tersebut berjaya dicapai, maka ia dianggap berjaya dan dapat memberi manfaat kepada semua ahli.

Setiap perkara atau hal terperinci yang dibincangkan di dalam mesyuarat perlu direkod dan diberikan kepada semua ahli untuk langkah selanjutnya.

Minit Mesyuarat

Untuk menghasilkan format minit mesyuarat yang kemas dan teratur, haruslah mempunyai fakta yang tepat, penulisan yang padat dan jelas.

Individu yang bertanggungjawab menulis minit mesyuarat selalunya adalah Setiausaha Mesyuarat atau Urusetia Mesyuarat.

Rekod atau laporan ini penting sebagai sumber rujukan bagi memastikan kelancaran sesuatu mesyuarat itu.

Setiap perkara yang dicatat di dalam minit mesyuarat merupakan hasil keputusan yang telah dibincangkan.

IKLAN

Gambar hiasan daripada Pexels.

Pihak berkaitan seperti Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) atau Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) kebiasaannya akan menghantar wakil Pegawai untuk memantau keadaan sekolah dari semasa ke semasa.

Oleh itu, dengan wujudnya minit mesyuarat ini, pihak berkaitan dapat meneliti dan mengetahui program-program yang telah dijalankan di sekolah anda.

Cara menulis minit mesyuarat yang berkualiti dan teratur

Dalam menghasilkan minit mesyuarat yang kemas, teratur dan berkualiti, beberapa langkah penting perlu dilakukan mengikut urutan.

Format atau template minit mesyuarat

1) Tajuk minit mesyuarat

Tajuk mesyuarat yang akan diadakan pada hari tersebut hendaklah ditulis pada bahagian atas sekali. Setiap pangkal perkataan mestilah huruf besar sebagai contoh “Minit Mesyuarat Panitia Sains Kali Ketiga 2021”

2) Bil/Tahun

Bilangan adalah merujuk kepada mesyuarat tersebut telah diadakan untuk kali ke berapa pada tahun itu. Contoh format penulisannya ialah 08/2020.

IKLAN

3) Tarikh

Tarikh merupakan perkara wajib ditulis untuk sesuatu minit mesyuarat. Penulis minit kebiasaannya adalah Setiausaha boleh menggunakan mana sahaja format penulisan tarikh seperti :-

08 Ogos 2020

08/08/2020

08.08.2020

Baca juga 5 tip menyediakan poster pembentangan yang berkesan, cikgu-cikgu pasti tidak pening lagi

Baca juga Pelajar UTAR cipta inovasi kurangkan kontak fizikal antara pesakit dan doktor di musim Covid -19

4) Masa

Masa adalah tempoh masa mesyuarat diadakan dari mula sehingga ia berakhir. Sebagai contoh, 8 pagi – 10 pagi.

IKLAN

5) Tempat

Tempat dimana mesyuarat diadakan selalunya akan ditentukan oleh urusetia mesyuarat. Oleh itu, Penulis Minit atau Setiausaha perlu menulis lokasi di mana mesyuarat diadakan seperti Bilik Mesyuarat A, Dewan Seminar B dan sebagainya

6) Kehadiran

Menyenaraikan nama kesemua ahli mesyuarat mengikut kedudukan jawatan bermula dengan Pengerusi Mesyuarat.

Menyenaraikan nama urusetia yang terlibat dalam menyusun atur mesyuarat.

Menulis nama pegawai atau individu luar yang diundang khas untuk menghadiri mesyuarat.

Menyenaraikan nama ahli-ahli mesyuarat yang tidak hadir bersebab.

Menyenaraikan nama ahli-ahli mesyuarat yang tidak hadir tanpa sebab.

Ikuti juga kami di:
Instagram: https://www.instagram.com/gpsbestari/
Twitter: https://twitter.com/GPSBestari
Youtube: https://www.youtube.com/c/GPSBestariOfficial/

7) Agenda mesyuarat

  • Pendahuluan atau Perutusan Pengerusi
  • Pengesahan minit mesyuarat yang lalu
  • Isu-isu berbangkit
  • Pembentangan kertas kerja, pelan, laporan bulanan
  • Perkara-perkara lain
  • Penutup

Diharapkan agar perkongsian ini dapat memberikan manfaat dan info yang berguna kepada semua dalam menghasilkan minit mesyuarat yang berkualiti dan teratur.

Namun begitu, diingatkan bahawa setiap negeri mempunyai format berbeza seperti yang telah ditetapkan oleh pihak atasan mengikut negeri.

Sumber: Portal Sistem Guru Online

Artikel Berkaitan

MESTI BACA