HomeGen AlphaAktivitiGuru SK Beruas gigih buat kejutan untuk murid, siap ada paluan kompang...
168,577FansLike
4,980FollowersFollow
634FollowersFollow
17,100SubscribersSubscribe

Guru SK Beruas gigih buat kejutan untuk murid, siap ada paluan kompang dan bunga manggar lagi!

Beberapa siri kejutan telah dilakukan oleh pihak sekolah dalam menyambut kehadiran semula murid-murid, baru-baru ini.

Ada yang membawa masuk Ultraman, Spiderman, Iron Man dan Transformer ke sekolah semata-mata untuk memberi kelainan pada sesi kali ini.

Tak kurang juga, ada yang berpakaian ala-ala pelakon Squid Game untuk menyambut murid di pintu pagar sekolah.

Bagi Sekolah Kebangsaan (SK) Beruas, Perak, guru-gurunya telah menampilkan kejutan yang sangat menarik di mana masing-masing berpakaian tradisional Melayu bertujuan menyambut anak-anak didik pada hari pertama pembukaan sekolah 22 November lalu.

Kelihatan guru-guru lelaki memakai baju Melayu dan bertanjak, manakala guru-guru perempuan berpakaian songket.

Murid-murid yang datang telah diarak dengan paluan kompang dan diiringi dengan bunga manggar. Cukup unik dan kreatif sekali.

IKLAN

Baca juga “Kamu pakailah kasut tu elok-elok, nanti rosak kalau pijak bahagian belakang macam tu” – Sebak

Baca juga Nak mohon guru cemerlang, ini fail-fail yang cikgu perlu sediakan!

Guru Besar, Shahril Othman berkata, idea untuk menonjolkan kemeriahan dan menaikkan semangat murid ke sekolah tercetus ketika mesyuarat guru, sebelum pembukaan sekolah yang lalu.

IKLAN

“Guru-guru yang terlibat telah membuat persiapan dalam masa seminggu sahaja dengan berlatih bermain kompang, menyiapkan bunga manggar dan kelengkapan pakaian songket bagi guru-guru perempuan.

“Komitmen tinggi yang ditunjukkan guru dan kakitangan sekolah telah menjadikan program ini berjalan dengan lancar dan begitu baik sekali,” katanya yang berharap aura positif yang ditonjolkan pada hari pertama persekolahan akan menaikkan semangat murid untuk belajar di dalam kelas.

Terdahulu, beberapa ahli jawatankuasa Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) turut serta dalam membuat kejutan tersebut. Mereka berharap agar usaha yang dilakukan SK Beruas ini dapat memberikan kegembiraan dan semangat yang berterusan untuk murid-murid terus ke sekolah.

IKLAN

Ikuti juga kami di:
Instagram: https://www.instagram.com/gpsbestari/
Twitter: https://twitter.com/GPSBestari
Youtube: https://www.youtube.com/c/GPSBestariOfficial/ 

Untuk rekod, SK Beruas telah ditubuhkan pada tahun 1913. Ia merupakan sebuah SK yang terletak di Jalan Parit, Beruas, Perak.

Pada masa itu, guru besarnya ialah Panjang Leman Kulub Umar. Semasa sekolah ini mula-mula dibuka, murid-muridnya terdiri daripada murid lelaki sahaja iaitu seramai 60 orang.
Pada tahun 1917, guru besarnya telah bertukar dan diganti pula dengan Ismail Abdullah.

Ketika itu bangunan sekolah hanya bangunan kosong yang tidak mempunyai bilik darjah. Lantainya diperbuat daripada kayu, dindingnya daripada tepas dan beratapkan nipah.

Menjelang tahun 1918, bangunan-bangunan ini telah diperbesarkan untuk menampung keramaian murid. Pada tahun 1941, keadaan sekolah semakin sempit akibat pertambahan murid seramai 250 orang. Pada masa itu guru besarnya ialah Chik Jaafar.

Artikel Berkaitan

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

MESTI BACA