Gerbang Aspirasi Generasi Mahir

HomeGen AlphaDwibahasa penting untuk perkembangan minda pelajar
165,358FansLike
4,980FollowersFollow
627FollowersFollow
17,100SubscribersSubscribe

Dwibahasa penting untuk perkembangan minda pelajar

Kewujudan buku-buku dwibahasa di kedai-kedai buku adalah satu perkembangan yang baik bagi membantu tahap perkembangan dan pemahaman para pelajar baik di  pra-sekolah mahupun sekolah rendah.

Inisiatif yang digunakan oleh pihak penerbit dalam menerbitkan buku-buku terjemahan berbentuk buku cerita kanak-kanak secara tidak langsung menarik minat anak-anak untuk membaca sekali gus mendorong otak mereka memahami lebih daripada satu bahasa.

Seiring dengan kemajuan dunia, kepelbagaian genre buku terjemahan cerita kanak-kanak seperti kisah teladan, kisah Nabi, cerita rakyat, kisah dongeng dan sebagainya telah memberi ‘warna’ kepada kehidupan kanak-kanak dalam usaha menarik minat mereka mempelajari sesuatu bahasa.

Penguasaan terhadap pelbagai bahasa sangat sesuai diterapkan kerana pada peringkat umur ini, minda anak-anak akan lebih terbuka dan mudah untuk menerima maklumat.

Sehubungan itu, kemunculan pelbagai genre buku cerita kanak-kanak ini juga, mendorong mereka untuk memahami makna-makna perkataan baharu yang tidak difahaminya.

Berikutan itu, kepelbagaian buku cerita kanak-kanak, turut memberikan keseronokan semasa membaca.

IKLAN

Ini kerana, proses pembelajaran kanak-kanak akan menjadi lebih santai tanpa tekanan seperti harus membaca buku yang berunsur akademik semata-mata.

Secara amnya, ramai pelajar yang kurang berminat untuk mempelajari bahasa-bahasa lain selain bahasa Melayu.

Kesukaran memahami sesetengah perkataan dan ayat menjadikan mereka malas untuk mengambil tahu mengenai bahasa lain.

Ini kerana, mereka berasa bahawa bahasa lain tidak penting untuk dipelajari. Oleh itu, kewujudan buku-buku terjemahan pelbagai bahasa ini mampu meningkatkan daya pemahaman mereka sekali gus membantu kanak-kanak ini dalam proses pembelajaran.

IKLAN

Bak kata pepatah, ‘melentur buluh biarlah dari rebungnya.’ Oleh itu ibu bapa perlu bertindak hari ini dalam memastikan anak-anak menerima ilmu pengetahuan yang sewajarnya.

Tidak salah untuk mengeluarkan duit lebih demi membeli buku-buku terjemahan sebagai bahan bacaan anak-anak.

Pada tahap inilah, mereka perlu didedahkan dengan kepelbagaian bahasa agar mereka mampu membesar sebagai individu yang luar biasa.

IKLAN

Hari ini kemahiran dalam penguasaan pelbagai bahasa bukan sahaja mampu membawa seseorang pelajar itu mencapai kejayaan dalam bidang pendidikan malah ia akan berguna sewaktu di alam pekerjaan kelak.

Melihat mereka membesar dengan pemikiran yang cerdas adalah satu kejayaan yang tiada nilai gantinya.

Oleh itu, ibu bapa perlu sedar bahawa bekalan ilmu pengetahuan sangat penting bagi jaminan masa depan anak-anak.

Artikel menarik

Euphemisme sebagai usaha pengekalan kesantunan berbahasa dalam pertuturan pelajar

Pupuk minat Matematik usia muda, pendekatan SoroTouch unik

Artikel Berkaitan

MESTI BACA