Gerbang Aspirasi Generasi Mahir

HomeGen AlphaAktivitiDendangan lagu Sejahtera Malaysia, satukan murid pelbagai kaum dan negeri
165,358FansLike
4,980FollowersFollow
629FollowersFollow
17,100SubscribersSubscribe

Dendangan lagu Sejahtera Malaysia, satukan murid pelbagai kaum dan negeri

“Dengan tekad untuk berjaya,
Berbakti pada nusa dan bangsa,
Kami junjung cita cita luhur,
Perpaduan seluruh negeri…”

Demikianlah antara bait-bait lirik lagu Sejahtera Malaysia yang telah menyatukan lapan orang murid dari pelbagai kaum dan negeri dari Semenanjung Malaysia dan juga Sabah.

Idea untuk membuat kolaboratif nyanyian semula ini dicetuskan oleh lapan alumni IPG Kampus Darul Aman (IPDA) iaitu Cikgu Nurul Izni, Cikgu Nurhanis, Cikgu Amira, Cikgu Nurul Izzah Syazwani, Cikgu Nurathirah, Cikgu Siti Hasaniah, Cikgu Ilya Adira, dan Cikgu Ilina.

Matlamat para guru ini adalah untuk menekankan kepentingan sambutan Hari Malaysia kepada generasi muda kini.

IKLAN
Dhyan Adelia Qaleesya Bt Mohd Fazuli (SK Seafield, Selangor) 16:0
Nur Afrina sofea binti Mohamad Sawal (SK LKTP Pemanis 1, Segamat, Johor)

Menurut guru dari SK Dato Demang Hussin, Cikgu Nurathirah Shamsuddin, beliau menjelaskan bahawa nyanyian semula lagu Sejahtera Malaysia ini telah dihasilkan bersempena dengan sambutan Hari Malaysia yang disambut setiap tahun pada tanggal 16 September.

“Lagu patriotik seharusnya perlu tersemat dalam hati dan perlu diingati selalu bagi memberi impak yang luar biasa dalam mengekalkan semangat kenegaraan.

“Pemilihan murid dan lagu dibuat secara bersama rakan guru, hasil perbincangan mengambil masa lebih kurang seminggu untuk memastikan pilihan lagu yang sesuai dan menepati tema hari Malaysia, dan bukannya bertemakan kemerdekaan semata-mata,” ujarnya mewakili guru-guru yang lain.

IKLAN
Sharvesh a/l Jeyabalan (SK Wellesley, Pulau Pinang)
Nur Aurora Raiyshah binti Mohd. Erfie Zulrizan (SK Seri Kenanga, Johor Bahru)

Sementara itu, bagi Cikgu Siti Hasaniah, penghasilan video juga dihasilkan sangat teliti dan memenuhi tema Hari Malaysia yang ingin disampaikan.

IKLAN

“Murid juga dikehendaki memakai pakaian tradisional menggambarkan kesepaduan serta keharmonian kaum yang ada di Malaysia.

“Lagu patriotik juga merupakan nadi pencetus semangat patriotisme dalam kalangan murid-murid yang pelbagai kaum di negara ini.

“Diharapkan dengan usaha ini akan dapat menyemarakkan lagi semangat cintakan negara dalam kalangan generasi muda serta rakyat Malaysia,” tambahnya.

Penghasilan video nyanyian secara maya ini adalah gabungan dari guru-guru dan murid murid yang merupakan dari SK LKTP Pemanis 1, SK Taman Universiti Selangor, SK Seafield, SK USJ 2, SK Dato Demang Hussin, SK Wellesley Pulau Pinang, SK Ulu Sapi Telupid Sabah, SK Seri Kenanga, Johor.

Muhammad Adam Faris bin Mohd Fadli ( SK Taman Universiti, Selangor)
Nurul Syafiqah bt Nor Azman (SK Dato Demang Hussin, Bukit Katil Melaka)

Artikel Berkaitan

MESTI BACA