HomeGen AlphaCikgu Shazwan kongsikan penggunaan kata nafi yang betul
165,220FansLike
4,972FollowersFollow
619FollowersFollow
17,100SubscribersSubscribe

Cikgu Shazwan kongsikan penggunaan kata nafi yang betul

Penguasaan sistem tatabahasa, bukanlah satu perkara yang mudah. Biarpun telah diajar dan didedahkan berulang kali namun masih ada segelintir pelajar yang tidak dapat menguasai asas tatabahasa dengan baik.

Kesalahan dan kekeliruan dalam sistem penulisan adalah satu perkara yang lazim berlaku. Mungkin ramai yang terlepas pandang atau sengaja bersikap tidak peduli terhadap kesalahan yang ditampilkan.

Namun, sikap ini tidak wajar disemai dalam diri kerana bahasa Melayu adalah bahasa warisan yang perlu dikekalkan dan dimartabatkan bersama.

Penggunaan tatabahasa yang betul adalah salah satu tanda penghormatan dan bukti seseorang itu cintakan bahasa.

Oleh itu, bagi mengelakkan sistem tatabahasa semakin dipinggirkan, didikan dan tunjuk ajar perlulah bermula dari kecil.

IKLAN

Gambar hiasan daripada Pexels.

Susulan masalah ini, seorang guru mata pelajaran bahasa Melayu dan Matematik, Sekolah Kebangsaan (SK) Taman Daya 3, Pasir Gudang, Johor, Cikgu Mohamad Shazwan Sulaiman telah berbesar hati berkongsi mengenai penggunaan kata nafi yang tepat dan betul kepada murid-murid di luar sana.

IKLAN

Berikut antara contoh penggunaan kata nafi ‘tidak’ dan ‘bukan’ yang boleh dipelajari murid-murid:
Kata nafi ‘tidak’
Hadir di hadapan frasa kerja dan frasa adjektif
Contoh:
1) Saya tidak tidur di atas sofa.
2) Amira tidak marah kepada adiknya.
3) Dia tidak pergi ke sekolah hari ini
4) Murid itu tidak menyiapkan kerja sekolah

Gambar hiasan daripada Pexels.

IKLAN

Kata nafi ‘bukan’
Hadir di hadapan frasa nama dan frasa sendi nama
Contoh:
1) Lelaki itu bukan ayah saya.
2) Gadis cantik ini bukan dari Korea.
3) Perabot mewah itu bukan daripada kayu jadi.
4) Buku itu letaknya bukan di atas meja

Berikut adalah perkongsian yang mampu dijadikan panduan oleh murid-murid yang masih belum mahir menguasai penggunaan kata nafi dengan betul.

Cikgu Shazwan berharap, perkongsian ini mampu membantu segelintir murid yang masih tidak dapat membezakan kata nafi dalam sesetengah penggunaan ayat.

Diharapkan dengan perkongsian ini mampu memantapkan lagi penggunaan bahasa dan penulisan murid-murid di sekolah.

Artikel Berkaitan

MESTI BACA