Gerbang Aspirasi Generasi Mahir

HomeGen AlphaBaiknya cikgu ini, macam-macam reward yang beliau bagi. Bertuah sungguh siapa yang...
165,358FansLike
4,980FollowersFollow
630FollowersFollow
17,100SubscribersSubscribe

Baiknya cikgu ini, macam-macam reward yang beliau bagi. Bertuah sungguh siapa yang jadi anak muridnya!

Baru-baru ini, guru bahasa Melayu dan Pendidikan Seni, Sekolah Kebangsaan Taman Scientex, Pasir Gudang, Johor, Cikgu Nur Fatin Hussin ada memuat naik perkongsian mengenai reward untuk anak muridnya.

Posting yang mendapat lebih 4,000 tanda suka (likes), 611 komen dan 1,000 perkongsian itu benar-benar menarik perhatian portal GPSBestari untuk dikongsi dengan semua pendidik di negara ini.

Ketika ditemu bual, Cikgu Nur Fatin berkata, apa yang dilakukannya itu adalah sebagai penghargaan untuk murid-murid yang memberi tumpuan penuh sepanjang proses Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) berlangsung.

“Ini adalah reward PdPR untuk anak-anak murid saya sepanjang Julai hingga Ogos.

“Kebanyakan reward ini saya beli dan bungkus sendiri kerana saya seorang yang suka buat goodies.

“Biasanya, hadiah-hadiah ini saya beli di Mr Diy, Ninso dan Noko. Ada juga yang beli di Shopee seperti mainan Octopus,” katanya yang akan meletakkan semua reward berkenaan di dalam laci PdPR di sekolah dan ibu bapa perlu datang ke sekolah untuk mengambilnya sendiri.

Sebahagian reward untuk murid-murid yang diletakkan di dalam laci PdPR di sekolah.

Sementara itu, Cikgu Nur Fatin berkata, semua hadiah berkenaan dibeli menggunakan duitnya sendiri.

Baca juga Mohon guru baca dan hadam 6 tip penting tarik minat kanak-kanak belajar. Mak ayah pun boleh cuba juga

IKLAN

Baca juga Stres dalam kalangan guru dan pelajar. Ini cara yang perlu anda lakukan daripada terus tertekan!

“Ini adalah inisiatif saya sebagai guru dan penghargaan buat anak-anak didik yang disayangi.

“Saya tidak pernah mengira berapa kos yang telah dikeluarkan cuma doakan saya dan juga guru-guru lain dilimpahkan rezeki berterusan untuk menggembirakan anak-anak murid semua,” ujarnya.

Menjengah pula di ruangan komen, rata-rata warganet memuji usaha yang dilakukan oleh Cikgu Nur Fatin ini dan jom kita tengok antara komen yang dihantar.

IKLAN

“@Roslina Brahim: Usaha yang berhati mulia.

“@Akmal Shah: Tahniah buat semua cikgu yang sehabis baik mencari idea untuk menarik minat anak-anak join kelas PdPR, dengan keadaan sekarang mood anak-anak yang makin lama makin kurang berminat untuk menjalani PdPR sedikit sebanyak dengan oleh-oleh dari cikgu membangkitkan semangat anak-anak.

Ikuti juga kami di:
Instagram: https://www.instagram.com/gpsbestari/
Twitter: https://twitter.com/GPSBestari
Youtube: https://www.youtube.com/c/GPSBestariOfficial/

IKLAN

“@Tiena Hayati: Semoga murah rezeki cikgu.

“@Fathi Maleb: Seronoknya jadi anak murid cikgu, mesti ibu ayah pun teruja support anak untuk PdPR. Anak suka, ibu bapa gembira. Tahniah cikgu kerana memberi sambil beramal.

“@Nursuzana Syakira: Seronoknya kalau anak-anak dapat hadiah macam ni dari cikgu, bersemangat nak siapkan tugasan yang diberi sepanjang PdPR.

“@Siti L Zaini: Semangat luar biasa cikgu. Saya doakan Allah gantikan dengan rezeki tanpa hisab.

Akhir sekali, GPSBestari mendoakan semoga Cikgu Nur Fatin dan guru-guru lain sentiasa dimurahkan rezeki dan dipermudahkan urusan dalam memberi ilmu pengetahuan kepada murid.

Artikel Berkaitan

MESTI BACA