Gerbang Aspirasi Generasi Mahir

HomeGen Alpha‘Ayah, mak dan SPM 2003...inilah momen indah yang pasti kekal hingga akhir...
165,358FansLike
4,980FollowersFollow
631FollowersFollow
17,100SubscribersSubscribe

‘Ayah, mak dan SPM 2003…inilah momen indah yang pasti kekal hingga akhir hayat’ – Dr Nurulhuda

Cipta sejarah negara!

Inilah perumpamaan yang dapat diberikan kepada calon-calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2020 yang menduduki peperiksaan penting, baru-baru ini.

Dalam debar kerana pandemik Covid-19 masih melanda negara kita, calon-calon hebat ini tetap melangkah gagah ke dewan peperiksaan demi mencipta kejayaan cemerlang.

Guru-guru, ibu ayah, saudara mara dan semua kenalan, pastinya menjadi tulang belakang, calon-calon tersebut.

Sepanjang masa, mereka berdoa dan memberi kata-kata semangat agar semua pelajar Tingkatan Lima 2020 dapat menjawab peperiksaan dengan baik.

Begitu juga dengan Pensyarah Kanan Astronomi Islam Jabatan Fiqh dan Usul, Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya (UM), Dr Nurulhuda Ahmad Zaki.

SPM yang berlangsung hari ini, turut mencetuskan rasa gementar pada dirinya malah telah mengingatkan kembali momen-momen indah, satu masa lalu.

“Jangan takut ya dik. Hilangkan segala debaran. Berjuanglah sehingga ke saat terakhir…moga kejayaan sentiasa menjadi milikmu,” katanya kepada GPS Bestari.

Terdahulu, Dr Nurulhuda merupakan bekas murid di Sekolah Rendah Padang Menora, Pulau Pinang; bekas pelajar SMK Agama Al irsyad, Pulau Pinang, graduan Ijazah Sarjana Muda (2004-2008) dan juga graduan Ijazah Kedoktoran UM (2009-2013).

Ikuti juga kami di:
Instagram: https://www.instagram.com/gpsbestari/
Twitter: https://twitter.com/GPSBestari
Youtube: https://www.youtube.com/c/GPSBestariOfficial/

Menerusi akaun facebook Nurulhuda Ahmad Zaki UM, pensyarah hebat ini berkongsi kisah yang mungkin dapat dijadikan panduan buat semua.

Kisah berkenaan ‘ayah dan mak’ yang pasti akan menyentuh hati wargamaya yang membacanya.

Ini ceritanya…

IKLAN

*****

Selamat Menduduki SPM buat adik – adik semua.

Saya SPM 2003.

Walaupun dah lama, tapi saya ingat lagi setiap perkara yang saya buat waktu ambil peperiksaan SPM.

Mungkin setiap orang, pengalamannya berbeza waktu duduki SPM.

Apa yang saya rasa dulu, nak ambil SPM ni umpama macam nak pergi berperang. Sebab saya tahu kalau saya kecundang, saya susah nak teruskan perjalanan untuk ke IPTA. Jadi hati sentiasa nervous.

Jadi, buat anak-anak sebelum pergi berperang, cuba dan wajibkan diri solat hajat pada setiap malam sebelum ambil SPM. Sangat baik untuk kuatkan perasaan kebergantungan pada Allah. Hati lebih tenang. Inilah yang saya buat setiap kali nak periksa.

Ya, nak ambil peperiksaan memang usaha kita sepenuhnya. Tapi kita tetap perlukan semangat yang boleh kuatkan hati untuk pergi berdepan dengan perang. Tawakallah sepenuhnya pada Allah. Minta dimudahkan.

IKLAN

Jangan lupa mohon ampun pada mak ayah. Mana tau sebab dosa kita, apa yang kita baca dan ingat ‘dihilangkan’ waktu menjawab soalan peperiksaan.

Pengalaman dan memori indah tentang SPM mestilah mak ayah saya.

Setiap hari ayah saya akan hantar dan ambil sepanjang SPM berlangsung. Dari sini memang terasa sokongan penuh mak ayah.

Pagi-pagi mak siapkan sarapan, lepas tu ayah hantar ke sekolah. Rasa (feel) tu memang lain. Dapat rasa saya pergi masuk dewan peperiksaan bersama dengan harapan mak dan ayah dekat rumah. Jadi rasa ‘mesti berjuang’ dengan cara paling terbaik.

Walaupun tindakan (action) hanya hantar ke sekolah, tapi anak-anak sangat rasa betapa mak ayah beri sokongan moral. Jadi jangan miss mak ayah moment ni. Hantarlah anak hari-hari walaupun dia boleh pergi sendiri.

Percayalah betapa kembangnya hati dia sebab mak ayah hantar hari peperiksaan. Insya-Allah dalam hati, dia akan rasa lebih bersemangat sebab dia akan rasa mak dan ayah ada sekali, ada dalam perjuangan dia, ada dalam hari-hari penting dia.

Hari peperiksaan penting macam ni, biasanya mak saya kat rumah, dia tolong solat hajat dan bacakan yassin untuk saya. Itu usaha mak saya. Katanya supaya anak-anak tenang menjawab soalan. Bermaknan (means) dia buat untuk semua anak-anak dia. Bangganya saya mak tolong solatkan hajat untuk saya.

IKLAN

Ayah saya pula, dia beri 100% sokongan moral.

Seorang ayah mampu jadikan seorang anak hebat sebab nasihatnya. Nasihat dan kata-kata dari seorang ayah akan buatkan anak jadi kuat. Ayah saya kuat sembang tapi sembang yang memberi semangat, jadi kalau dalam kereta hantar anak tu, banyakkan sembang bagi kata semangat. Sangat membantu.

Dan ayah saya satu lagi, sejak UPSR, PMR, SPM…semua ayah saya hantarkan pergi sekolah.

Masa VIVA Phd pun ayah saya datang ke KL, ikut saya, dan duduk di luar bilik VIVA sampai saya habis VIVA tu. Saya keluar je tengok ayah kat luar, tunggu dua jam lebih semata-mata bagi sokongan moral.

Bayangkan perasaan saya sepanjang waktu itu. Mestilah rasa seronok sebab ada mak atau ayah tengah tunggu. Memang lain rasa tu. Tak sama. Tak rasa langsung hadap semua ni sorang-sorang. Memang rasa sepanjang masa ada orang support kuat.

Moral of story, sokongan mak ayah sangat penting waktu macam ni.

Mak ayah jangan anggap SPM hanya sekadar peperiksaan…tapi sebenarnya lebih dari tu. Masa depan anak-anak kita tu. Itulah jambatan yang akan tentukan laluan dia lepas ni. Anggap anak-anak nak pergi berperang. Anak-anak nak pergi berperang, kita mak ayah pun sama-sama kena ‘hidup’ dalam suasana perang anak. Mainkan peranan sama seperti anak-anak sedang mainkan peranannya untuk berjuang. Jadi dia tak akan rasa keseorangan dalam perjuangan ni…dia tahu mak ayah dia pun ada sama.

Akhir sekali, saya doakan semua yang sedang duduki SPM hari ini dan hari seterusnya, dimudahkan segalanya.

Dah usaha jadi serahkan segalanya pada Allah Taala. All the best  Wish you all good luck  Perjuangan masih panjang. Do the best!

Sumber: Facebook Nurulhuda Ahmad Zaki UM

 

Artikel Berkaitan

MESTI BACA