Gerbang Aspirasi Generasi Mahir

HomeGen Alpha“Andai terbaca tulisan ini, hubungilah cikgu, cikgu tak sabar nak tahu perkembangan...
165,358FansLike
4,980FollowersFollow
627FollowersFollow
17,100SubscribersSubscribe

“Andai terbaca tulisan ini, hubungilah cikgu, cikgu tak sabar nak tahu perkembangan kamu semua.”

“Mana mungkin cikgu lupa pada anak-anak murid.

“Kamu akan tetap dalam ingatan cikgu sampai bila-bila,” kata Cikgu Muhammad Suffi Yusof yang pernah mengajar di Sekolah Kebangsaan (SK) Kumpulan Ganda, Teluk Intan, Perak, beberapa tahun lalu.

Menurutnya, kenangan manis bersama murid-murid sekolah itu akan tetap dikenang hingga ke akhir hayat.

“Walaupun kini saya sudah berkhidmat di SK Pangkalan TLDM, Lumut, Perak, namun saya sangat berharap agar hubungan dengan mereka tidak terputus begitu sahaja.

“Kalau boleh, murid-murid hubungilah cikgu jika ada masa terluang,” ujarnya.

Kerana rindu yang mendalam terhadap anak-anak didiknya, Cikgu Muhammad Suffi menukilkan catatan indah buat mereka.

Ini perkongsiannya.

IKLAN

Baca juga Tiga langkah mudah berhadapan kritikan, guru-guru boleh jadikan ini sebagai panduan

Baca juga Perpustakaan terima buku dipinjam 73 tahun lepas, tengok berapa denda yang dikenakan. Sangat mengejutkan!

*****

Semasa majlis perpisahan yang dianjurkan oleh pihak sekolah, cikgu tersentuh hati dengan kamu yang masih ingat kepada cikgu walaupun ketika itu, kamu berada dalam kesakitan apabila gigi baru sahaja di cabut.

Masih ingat lagi tentang pesanan kamu kepada Cikgu Shahrol.

IKLAN

“Cikgu Shahrol, ambillah gambar kami tunjuk dekat Cikgu Suffi.”

Terima kasih kerana mengingati cikgu walaupun telah dua bulan cikgu meninggalkan kamu (ketika itu) untuk berkhidmat di sekolah lain yang jauh lebih besar dan ramai muridnya…sampai tidak mampu cikgu hendak hafal nama mereka sehingga sekarang.

Tetapi nama kamu? Jujur, semua kekal dalam ingatan cikgu.

Tasya, Ikhman, Faizal, Jaja, Rizal, Shamila, Rosnaldio, Melinza Monica, Jeslina, Denish Irwan @ Syadiq, Syahirah, Ain, Razuil, Rahafizan @ Ah Heng, Ikhwan, Akmal Ahdan @ Medan, Husna, Alya, Dayah, Haikal, Ayuni, Anum, Jamariah, Arif Shafi @ OP dan Daniel Ikmal @ Awang.

IKLAN

Cikgu tulis agar kamu tahu bahawa cikgu tidak pernah lupa nama-nama kalian. Begitu juga dengan kamu setelah dewasa…andai terbaca tulisan ini, hubungilah cikgu, cikgu ingin tahu perkembangan kamu dalam perjalanan hidup pada masa sekarang.

Cikgu doakan kamu semua berjaya dalam perjalanan ini. Insya-ALLAH.

Ikuti juga kami di:
Instagram: https://www.instagram.com/gpsbestari/
Twitter: https://twitter.com/GPSBestari
Youtube: https://www.youtube.com/c/GPSBestariOfficial/

Seperkara lagi, kamu menangis ketika cikgu melangkah meninggalkan kamu. Begitu juga dengan cikgu yang turut merasa kehilangan seperti yang kamu rasa. Semoga perasaan itu dapat mengukuhkan janji-janji kamu terhadap cikgu iaitu mahu belajar rajin-rajin, menjadi insan berguna kepada agama, bangsa dan negara.

Walaupun suatu masa dahulu, rumah kita tiada elektrik, tiada air dan tiada apa yang orang lain ada di luar sana, tapi ALLAH tetap bagi kita peluang dan akal fikiran sepertimana mereka yang berada di negara maju.

Usaha dan terus usaha menggapai cita-cita…itu kekuatan untuk kita keluar daripada apa yang kita ada sekarang. Cikgu yakin kamu boleh!

Artikel Berkaitan

MESTI BACA