Gerbang Aspirasi Generasi Mahir

HomeGen Alpha‘Alhamdulillah, bagi saya yang penting dia lulus. Berapa dapat pun tak kisah’...
165,358FansLike
4,980FollowersFollow
630FollowersFollow
17,100SubscribersSubscribe

‘Alhamdulillah, bagi saya yang penting dia lulus. Berapa dapat pun tak kisah’ – Pengetua sebak!

Pada Jun lalu, keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2020 telah diumumkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia.

Ketika ini, masing-masing (calon SPM) berkongsi kegembiraan dengan semua orang tentang keputusan cemerlang yang diperolehi.

Bagi Pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) Miri, Sarawak, Ahmad Fauzi Yaakob, di sebalik pengumuman SPM itu, dirinya ada cerita yang sangat bermakna untuk dikongsi dengan semua pembaca portal GPSBestari.

“Kisah ini akan saya kenang sampai bila-bila. Ia meninggalkan satu pengalaman yang cukup berharga buat saya sebagai seorang pendidik,” katanya.

Mari ikuti coretan indah Cikgu Ahmad Fauzi seperti yang dikongsi menerusi hantaran Facebooknya baru-baru ini.

Moga ia memberi manfaat.

*****

Ini merupakan catatan kisah benar aku bersama anak murid pada Jun 2021 lalu.

Mungkin pengalaman kita berbeza.

Hari ini keputusan SPM generasi tertangguh telah diumumkan.

Nikmatnya menjadi pendidik di Sarawak

Baca juga Nur Aina Yasmine, Muhamad Alif antara permata negara 

Baca juga Pengetua kelapan SSBJ kongsi formula lahirkan atlet murid bertaraf dunia, tak sangka ini rahsianya!

Kisah awal pagi tadi

Pengetua: “Cikgu, tolong semak keputusan pelajar saya, si AT tu kejap, saya yakin dia belum semak online lagi tu sebab kawasan kampung beliau belum tentu ada line telefon tu.

Cikgu: “Alhamdulillah, Alhamdulillah…lulus semua dia…”

IKLAN

Pengetua: “Alhamdulillah, bagi saya yang penting dia lulus. Berapa dapat tak kisah.

Ini salah seorang pelajar yang saya kawal sejak dari Tingkatan Satu lagi.

Masih ingat lagi, hampir enam tahun yang lepas, seorang bapa datang merayu untuk kemasukan anaknya ke Tingkatan Satu.

Bapa AT: “Maaf pengetua, saya harap anak saya dapat masuk sekolah ini, walaupun keputusan UPSR dia semua D”.

Dengan pelat orang Ulu, beliau merayu…

Pengetua : “Kenapa encik nak pilih sekolah ini?”

Bapa AT: “Kami ini dari keluarga mualaf, kalau di kampung sana tiada siapa yang ajar kami agama, al-Quran tidak pandai baca, jawi pun sama, kalau saya mati nanti, harap ada juga anak saya boleh sembahyangkan saya nanti, kalau balik cuti sekurang-kurangnya boleh dengar dia azan dan ajar saya sembahyang, saya sendiri tidak pandai semua itu…” ujar beliau sebak.

(‘dalam hati ada taman’…air mataku tanpa sengaja berlinang di kelopak mata).

Tanpa ragu aku terus buat keputusan.

IKLAN

Pengetua: Ok, insya-ALLAH, bawa dia masuk minggu ini ke asrama, nanti pihak sekolah akan tolong urus semua urusan dengan JPN.

Aku mengarahkan guru-guru dan warden memantau dia dan beberapa pelajar lain yang mempunyai latar belakang yang hampir sama dari segi kekurangan penguasaan agama atau pencapaian akademik semasa UPSR.

Kemasukkan pelajar Tingkatan Satu ke sekolah kami tidak terlalu rigit dengan kecemerlangan semasa UPSR seperti SMKA lain, ia lebih kepada tanggungjawab sosial kami kepada masyarakat.

Dengan kumpulan ini saya ‘berkawan’, ‘keakraban’ kami lebih terserlah semasa mereka di Tingkatan Empat 2019.

Kumpulan ini saya asuh dengan dengan pelbagai skil terutama sekali kemahiran tangan dan mereka begitu pandai bertukang, berkebun dan lain-lain.

Hampir semua simenfero (simen yang diukir menjadi seperti kayu misalnya paip wuduk surau) di sekolah hasil kerja tangan mereka yang saya terapkan.

Longkang ikan di sekolah juga adalah kerja buat pelajar-pelajar ini.

IKLAN

Hampir setiap hari minggu (sebelum Covid-19), saya bersama mereka di sekolah untuk melakukan perkara berfedah (jika mereka tiada kelas tambahan).

Setiap kali bekerja dengan anak-anak ini, saya akan selitkan cerita-cerita motivasi, cerita kenapa mereka perlu berjaya dan sebagainya.

Ada juga saya bertanyakan tentang kerja rumah, tanya tentang prestasi akademik pelajar ini.

Harapan saya, sekurang-kurangnya mereka pandai baca al-Quran, solat tak tinggal dan mempunyai akhlak yang baik serta beradap walaupun akademik tidak seberapa.

Alhamdulillah, tak disangka-sangka, hari ini ALLAH anugerahkan kepada mereka kecemerlangan dalam SPM (Haza Min Fadli Rabbi)

From ZERO, kini mereka dah pandai baca al-Quran, ada yang pernah jadi khotib, hafal surah Al-mulk dan Al-kahfi.

Jangan lupa follow kami di Instagram!

Petang mereka dihiasi dengan bacaan Hizb Bahr.

Sebelum tidur, anak-anak ini akan baca Al-Mulk dan kini mereka menjadi HERO.
Insya-ALLAH didoakan mereka akan menjadi manusia yang dapat berbakti kepada agama, bangsa dan negara.

Nikmatnya menjadi seorang guru di Sarawak.

***Sekadar catatan kenangan sebagai tanda ingatan kepada mereka yang pernah berada dalam diari perjuanganku.

Artikel Berkaitan

MESTI BACA