Gerbang Aspirasi Generasi Mahir

HomeGen AlphaAktivitiTak puas hati keindahan kelas di ‘cacatkan’ oleh stor kebun, tengok apa...
165,358FansLike
4,980FollowersFollow
627FollowersFollow
17,100SubscribersSubscribe

Tak puas hati keindahan kelas di ‘cacatkan’ oleh stor kebun, tengok apa cikgu ini buat. Sangat kreatif!

Bagi seorang guru, pastinya suka jika persekitaran di dalam kelasnya berada dalam keadaan yang cantik dan kondusif. Namun sebenarnya tidak cukup di dalam kelas sahaja, persekitaran di luar kelas turut perlu sedap mata memandang, barulah suasana pembelajaran menjadi seronok dan kreatif.

Baru-baru ini, seorang guru dari Sekolah Kebangsaan (SK) Pak Ba, Setiu, Terengganu, Cikgu Nordin Ismail berkongsi akan usahanya membuat ‘make over’ di kawasan luar kelasnya menjadi sebuah halaman yang sangat cantik.

Baca juga: Kolaborasi kreatif guru secara maya, semarakkan semangat patriotisme murid

Baca juga: Kemahiran ICT kunci utama kendali murid-murid, guru prasekolah perlu kreatif laksana PdP

Menurut beliau, kedudukan sebuah stor kebun yang berada betul-betul di depan kelasnya menyebabkan kelas berkenaan mendapat jolokan “luar setinggan dalam kondo” daripada komuniti di sekolahnya.

Oleh itu, mari kita lihat apakah idea kreatif Cikgu Nordin dalam membuat tranformasi persekitaran luar kelas beliau dalam perkongsian di bawah.

**
Memandangkan semua anak murid dah nak masuk sekolah tak lama lagi. Sebagai motivasi buat aku dan anak didik untuk hadir ke sekolah.

Aku kira ini amukan aku yang terakhir untuk tahun 2021 yang penuh dugaan dan cabaran ini. Aku ambil keputusan untuk buat make over stor tukang kebun sekolah.

IKLAN

Kenapa stor tukang kebun sekolah? Pelik kan, ini namanya tiada kerja cari kerja, haha. Stor tukang kebun sekolah ini betul-betul depan [email protected] PAK 21 aku dan sebab stor ini la [email protected] aku dapat jolokan “luar setinggan dalam kondo”.

#Kreatif | keadaan stor sebelum ditukar wajah

#Kreatif | lihat bagaiaman keadaan sebelum kawasan luar kelas

Aku tak nafikan kalau korang tengok gambar sebelum make over pun korang pun bersetuju dengan jolokan tersebut. Jadi aku nak ubah persepsi itu dan tak mustahil stor yang ala setinggan ini boleh jadi ala-ala laman kondo.

So [email protected] aku dan stor tukang kebun sekolah akan seiring sejalan. Win-win situation. Hehe. Dan aku namakan LAMAN STUDIO PAK 21 SK Pak Ba Setiu.

IKLAN

Jangan lupa ikuti kami di twitter dan Instagram

Konsep make over lebih kepada minimalis, guna semula (reuse) dan sedap mata memandang, kebetulan ada tayar lebih.

Teruskan je la sementara kerajinan ni tengah ada. Hehe. Bajet sendiri je dan aku banyak berhabis untuk beli rumput tiruan dan cat.

Baca juga: Berbekalkan RM350, cikgu ini tukar kolam terbiar jadi kolam air terjun yang sangat cantik

Baca juga: Hazieque Aqashah suka cabaran dan kreatif bangunkan inovasi

IKLAN

Aku ok berhabis sebab make over kali ni untuk halaman depan kelas sendiri dan aku yang nak kena hadap hari-hari. Hehehe.

#Kreatif | keadaan selepas

#Kreatif Cikgu Ismail Nordin bersama pelajar pra sekolah yang sudah kembali ke sekolah

Terima kasih yang tidak terhingga juga buat individu belakang tabir yang banyak membantu aku untuk merealisasikan idea menjadi satu kenyataan iaitu pengawal keselamatan sekolah, Ku Luqman dan Saifol Mizan, akak kerani Kak Yah Zamaliah Asma , tukang kebun Mohd Rizal Mohd Rizal, akak cleaner Kak Junaidah dan bekas murid SK Pak Ba, Hamdi Yaacob.

Aku juga sangat berterima kasih kepada Guru Besar yang kacak lagi bergaya, Ustaz Ghani Ali dan rakan-rakan guru yang sangat memberikan sokongan.

Cikgu Nordin Ismail | kredit fb Nordin Ismail

Apa yang aku dapat daripada make over kali ini ialah, jangan melihat kekurangan yang ada pada setiap perkara/benda/orang lain, tapi sebaliknya berusaha tonjolkan kelebihan yang ada pada perkara/benda/orang lain kerana di sebalik kekurangan pasti ada kelebihan.

Artikel Berkaitan

MESTI BACA