HomeGen AlphaAktivitiTak pandai melukis? Jangan putus asa, bakat boleh diasah
165,219FansLike
4,972FollowersFollow
619FollowersFollow
17,100SubscribersSubscribe

Tak pandai melukis? Jangan putus asa, bakat boleh diasah

Kadang-kadang cemburu apabila melihat orang lain melukis dengan cantik.

Penggunaan warna yang tepat serta hasil yang hampir sama dengan subjek sebenar, semuanya sangat mengagumkan!

Namun, apabila kita sendiri hendak mula melukis, agak mengecewakan! Bagaikan langit dan bumi jika hendak dibandingkan dengan lukisan-lukisan yang popular di luar sana.

 

Gambar hiasan

Akhirnya terus berputus Asa dan menyalahkan bakat semata-mata.

Tapi adakah sebenarnya bakat itu punca seseorang boleh melukis dengan cantik?

Bagi Ahmad Hakym Ahmad Hilmy, 31, sebagai seorang yang sangat meminati bidang seni, beliau berpendapat bahawa tak ada bakat itu bukanlah satu perkara yang boleh menghalang orang daripada menceburkan diri dalam bidang seni lukis ini.

IKLAN

Ahmad Hakym Ahmad Hilmy bersama hasil seni beliau. Kredit gambar: The Malaysian Insider

“Bagi saya bakat ini hanya satu perkara yang menentukan seseorang itu mampu belajar dengan cepat atau lambat.

“Saya bagi satu contoh, semua orang pasti boleh menulis, tak kira lambat atau cepat. Ada orang yang boleh menulis sejak dari umur 4 atau 8 tahun dan ada juga yang lambat seperti umur 13 baru boleh mula menulis,” ujarnya.

Beliau yang juga pengasas KL Sketchnation turut menegaskan bahawa meletakkan jangkaan yang salah merupakan satu perkara yang sering dilakukan oleh orang ramai ketika baru hendak bermula untuk melukis.

“Hanya satu benda sahaja yang menghalang seseorang daripada melukis, iaitu ‘expectation’ sendiri. Walaupun hanya percubaan pertama, mereka seakan-akan mahu lukisan tersebut menjadi seperti pelukis terkenal.

IKLAN

Gambar hiasan

“Jadi perkara tersebutlah yang membuatkan mereka putus asa apabila melihat kualiti jauh berbeza.

“Perlu diingatkan pelukis-pelukis terkenal pun sebenarnya mengambil masa yang panjang untuk mereka capai tahap di mana mereka berada sekarang,” tambah beliau.

Untuk mereka yang baru hendak bermula melukis, Hakym memberikan satu tip berguna.

Hasil seni Ahmad Hakym yang boleh dilihat di Instagram beliau @kymioflario

IKLAN

“Tip yang paling senang nak melukis adalah dengan meniru karya orang lain. Tetapi bila kita meniru itu perlu juga kita beritahu di mana sumber asal gambar tersebut atau pun dari mana lukisan mereka itu diinspirasikan.

“Ini adalah kerana kita perlu rujuk sesuatu benda untuk mendapatkan gambaran yang lebih tepat tentang apa yang hendak dilukis,” katanya.

Tambah Hakym, para pelukis yang sudah lama pun perlu untuk mendapatkan inspirasi untuk membantu mereka menerjemahkan kretiviti di kanvas putih lukisan.

“Artis yang memang sudah lama melukis pun perlu untuk melihat kepada benda lain untuk dijadikan inspirasi.

“Sebagai contoh (di bidang lain) Alexander Graham Bell yang mencipta telefon, beliau tidak mendapat idea untuk mencipta telefon secara tiba . Sebaliknya ia ada daripada inspirasi ciptaan sebelumnya iaitu telegraph,” katanya.

 

Sumber: MLStudio #kymioflario

Artikel Berkaitan

MESTI BACA