Gerbang Aspirasi Generasi Mahir

HomeGen AlphaAktivitiKolaborasi kreatif guru secara maya, semarakkan semangat patriotisme murid
165,358FansLike
4,980FollowersFollow
630FollowersFollow
17,100SubscribersSubscribe

Kolaborasi kreatif guru secara maya, semarakkan semangat patriotisme murid

Umum mengetahui bahawa sesi pembelajaran dan pengajaran secara maya sudah tidak asing lagi di Malaysia sekarang ini dek kerana pandemik Covid-19.

Namun begitu, situasi ini tidak menjadi penghalang untuk pihak sekolah mengadakan program sambutan kemerdekaan di sekolah masing-masing.

Terbaru, empat buah sekolah dari negeri yang berbeza iaitu Sekolah Kebangsaan (SK) Pendidikan Khas Ipoh, Perak, SK Dato Demang Husin, Melaka, SK LKTP Pemanis 1, Johor dan SK Taman Universiti, Selangor, mengambil inisiatif mengadakan kolaborasi kreatif rakaman video nyanyian lagu patriotik untuk menyemarakkan perasaan cintakan negara dalam kalangan murid.

Projek jaringan sempena Bulan Kebangsaan Tahun 2021 diilhamkan oleh empat orang guru dari sekolah-sekolah terbabit yang juga graduan Institut Pendidikan Guru (IPG) Kampus Darulaman, Kedah iaitu Cikgu Nurhanis Zamshah, Cikgu Nurul Izni Ishak, Cikgu Nurul Nadiah Mohamad Azizan dan Cikgu Nurathirah Shamsuddin Samya.

Ikuti juga kami di:
Instagram: https://www.instagram.com/gpsbestari/
Twitter: https://twitter.com/GPSBestari
Youtube: https://www.youtube.com/c/GPSBestariOfficial/

Projek ini merangkumi penghasilan video rakaman nyanyian lagu Malaysia ciptaan Faizal Tahir dan telah melibatkan tiga orang murid daripada aliran perdana dan seorang murid pendidikan khas masalah pendengaran.

IKLAN

Video pelajar sebelum disunting

Menurut Cikgu Nurul Nadiah, projek ini menunjukkan status sebagai murid-murid pendidikan khas bukanlah penghalang buat mereka untuk turut bersama-sama melibatkan diri bagi menonjolkan semangat patriotisme.

Sementara itu, Cikgu Nurhanis menjelaskan bahawa kesemua proses rakaman ini hanya dilakukan secara maya dan tiada sebarang pertemuan fizikal dilakukan.

“Proses rakaman dan penyuntingan video nyanyian ini sebenarnya hanya dilakukan di kediaman masing-masing secara maya.

IKLAN

Video pelajar selepas disunting

“Para murid yang terlibat juga hanya merakam dari rumah mereka dan memuatnaik video nyanyian tersebut kepada guru secara dalam talian menerusi aplikasi Whatsapp untuk digabung menjadi sebuah montaj video nyanyian lagu Malaysia secara beramai-ramai,” jelas Cikgu Nurhanis.

Rakaman video nyanyian yang telah dimuatnaik di Youtube dan Facebook sekolah ini memaparkan gabungan suara serta disulami dengan bahasa isyarat oleh pelajar-pelajar cilik, iaitu Chua Chee Kian, Halisya Zuyyin Mohd Hazril, Ahmad Naufal Adie dan Nur Elysha Qaisara Jurairizan.

Baca juga: Sebagai sumber masa depan, ini yang dilakukan USIM sebagai penghargaan buat alumni mereka. Menarik!

IKLAN

Baca juga: Pendidik perlu pamerkan contoh yang baik kepada murid – Sheikh Mohd Zaki

Bagi Cikgu Nurul Izni pula, beliau menzahirkan penghargaan kepada semua pihak yang terlibat dalam penghasilan rakaman ini.

“Kami sangat bertuah kerana proses penghasilan ini menjadi lebih mudah apabila ibu bapa kepada empat orang murid ini turut serta memberi galakan dan sangat bersungguh-sungguh dalam memberi kerjasama sepanjang projek dihasilkan” ujar Cikgu Nurul Izni.

Saksikan rakaman pelajar-pelajar ini di bawah:

Artikel Berkaitan

MESTI BACA