Gerbang Aspirasi Generasi Mahir

HomeGen AlphaAktivitiCikgu Ery beri tip bersenam, amal gaya hidup di rumah
165,358FansLike
4,980FollowersFollow
630FollowersFollow
17,100SubscribersSubscribe

Cikgu Ery beri tip bersenam, amal gaya hidup di rumah

Mengimbas kembali sebelum pandemik bermula tahun lalu, setiap kali kelas Pendidikan Jasmani (PJ), pastinya ramai pelajar yang suka. Terutama pelajar lelaki kerana dapat bersenam dan bermain bola di padang bersama kawan-kawan. Murid perempuan pun ada juga yang suka bermain bola jaring.

Namun selepas Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah dilaksanakan, kelas PJ tidak lagi begitu bermakna bagi pelajar kerana tidak dapat mengeluarkan peluh di sekolah.

Memahami keadaan ini, seorang guru dari SK Bukit Tinggi Klang Selangor mengambil inisiatif dengan mengadakan kelas senaman secara dalam talian sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) diperkenalkan.

Mohd Khariri Hj Mohamad Ramli memulakan inisiatif ini kerana beliau berpendapat bahawa amalan gaya hidup sihat ini bukan sahaja dapat dilaksanakan secara bersemuka malahan sesi senaman boleh dijalankan secara maya.

Antara peserta yang menghadiri kelas senaman Cikgu Ery

“Ia juga dapat mengeratkan lagi silaturrahim di samping memastikan semua orang berada dalam keadaan yang positif dan ceria,” katanya.

Bagi guru yang lebih dikenali sebagai Cikgu Ery ini, beliau berpendapat bahawa aktiviti senaman ini amat penting dalam kehidupan bagi mengatasi masalah-masalah kesihatan.

“Dengan melaksanakan senaman dalam waktu kita dilanda pandemik ini, aktiviti senaman yang konsisten ini bermanfaat di dalam meningkatkan lagi stamina dan kekuatan antibodi.

“Oleh itu, saya percaya bahawa aktiviti senaman mampu membantu sesiapa sahaja yang mengalami masalah tekanan emosi, kurang berkeyakinan, kelesuan badan dan banyak lagi.” ujarnya.

IKLAN

Kelas Senaman Cikgu Ery sebelum PKP

Turun 60kg
Bercerita kesan yang dialaminya sepanjang mengamalkan gaya hidup sihat ini. Cikgu Ery mendedahkan telah berjaya mengatasi masalah obesiti yang hadapinya dan tahap kesihatannya juga menjadi semakin baik.

“Berat badan saya pernah mencecah sehingga 135 kg. Namun, sekarang saya telah berjaya mencapai berat badan yang ideal iaitu 75 kg dalam masa dua bulan sahaja.

“Semua ini dapat dilakukan dengan keazaman yang membara dan corak senaman yang konsisten serta kawalan pemakanan yang seimbang.

Ikuti juga kami di:
Instagram: https://www.instagram.com/gpsbestari/
Twitter: https://twitter.com/GPSBestari
Youtube: https://www.youtube.com/c/GPSBestariOfficial/

IKLAN

“Sebelum ini pun saya pernah mengalami obesiti dan penyakit kronik yang lain seperti darah tinggi, kekejangan otot, insomnia dan juga migrain.

“Namun selepas sahaja saya mula memperbanyakkan aktiviti senaman, saya dapati masalah tersebut semakin berkurangan,” tambahnya.

Selain Senaman, ahli bagi Kelab Team Sihat Cikgu Ery boleh terlibat dengan pelbagai aktiviti, seperti dengan kelas ilmiah, kesihatan dan kerja kerja kemanusiaan.

Tumpuan meningkat ketika PdPR
Tidak hanya membantu meningkatkan kesihatan, Cikgu Ery juga berpendapat bahawa aktiviti senaman mampu meningkatkan ketajaman minda pelajar ketika mengikuti kelas PdPR.

“Memandangkan saya mengajar Bahasa Melayu, Pendidikan Moral dan juga Pendidikan Seni Visual, secara tidak sedar senaman ini mampu meningkatkan ketajaman minda dan mengaktifkan jari jemari dan anggota badan agar murid-murid kekal berstamina dalam mengikuti PdPR dan melaksanakan latihan atau kerja rumah yang diberikan oleh guru.

IKLAN

“Malah, mood dan perasaan murid juga menjadi sentiasa ceria dan positif apabila badan dan minda sihat melalui aktiviti senaman pada sebelah pagi,” sambungnya.

Antara peserta yang menghadiri kelas senaman Cikgu Ery

Bercerita tentang teknik yang digunakan untuk kelas PdPRnya, Anak bongsu dari lapan beradik ini memberitahu kepada GPSBestari bahawa beliau menggunakan bahasa yang menarik, serta penuh kasih sayang.

“Saya juga turut mengadakan pertandingan serta ganjaran yang bersesuaian bagi meningkatkan lagi motivasi mereka,” jelasnya.

Bagi orang ramai yang ingin bersenam pada waktu pandemik ini, Cikgu Ery menasihatkan supaya mengenakan pakaian yang sopan dan bersesuaian walaupun hanya dilakukan di rumah serta sentiasa mengutamakan permakanan yang sihat.

“Walaupun hanya bersenam di dalam rumah atau di pekarangan rumah, saya sarankan untuk memakai t shirt berkolar atau bulat beserta seluar track suit dan kasut sukan yang bersih.

“Tentang pemakanan pula..amatlah ditekankan tentang pola pemakanan yang seimbang, lebihkan sayur sayuran dan buah buahan, protein dan karbohidrat serta air mineral yang secukupnya (piramid makanan) di samping makanan tambahan yang bersesuaian,” tambahnya.

Artikel Berkaitan

MESTI BACA