Gerbang Aspirasi Generasi Mahir

HomeGen AlphaAktiviti5 eksperimen sains menarik untuk pelajar cuba di rumah
165,358FansLike
4,980FollowersFollow
627FollowersFollow
17,100SubscribersSubscribe

5 eksperimen sains menarik untuk pelajar cuba di rumah

Dunia kita diselubungi dengan pelbagai jenis keajaiban sains yang benar-benar mengujakan. Sewaktu membesar, aktiviti seperti bermain palang gayut, mencampur adukkan warna untuk projek seni, atau berbual dengan rakan baik menggunakan telefon cawan kertas yang dihubungkan dengan tali, ada elemen sains yang dapat menjelaskan detik-detik ‘ajaib’ ini.

Memandangkan kanak-kanak tidak tahu apa yang mereka tidak tahu, maka ibu bapa, penjaga, dan pendidik perlu menjelaskan dan memupuk minat terhadap sains selain mengisi minda mereka dengan ilmu pengetahuan. Ia juga membantu memupuk sifat ingin tahu mereka mengenai dunia, walaupun mereka terperap di rumah akibat pandemik.

Untuk memastikan apresiasi mereka terhadap sains kekal tinggi, kita perlu terus memupuk sifat ingin tahu dan mendorong golongan muda untuk mencungkil sisi saintis mereka. Menerusi lima (5) eksperimen mudah yang boleh dilakukan di rumah ini, anda boleh membantu STEM agar ia terus berkembang dengan merangsang minda anak anda dan berseronok pada masa yang sama.

5 EKSPERIMEN SAINS | BACA JUGA : Dendangan lagu Sejahtera Malaysia, satukan murid pelbagai kaum dan negeri

5 EKSPERIMEN SAINS | BACA JUGA : Risau anak autism? Cikgu ini kongsi intervensi awal yang dilakukan bagi membantu perkembangan anaknya

Pastikan juga anda mencuba melakukan eksperimen ini sendiri terlebih dahulu sebelum menjalankannya bersama anak-anak kerana aktiviti-aktiviti berikut perlu diselia oleh ibu bapa.

A. Terokai prinsip Bernoulli

prinsip Bernoulli

Bagaimana seekor burung boleh terbang? Bagaimana sebuah kapal terbang kekal menyusuri ruang udara?

Bahan-bahan yang diperlukan: Bola ping pong, pengering rambut, kertas warna, dan pita pelekat.

Untuk menjawab persoalan yang mungkin anda atau anak anda tertanya-tanya, jom lakukan eksperimen mudah ini:

1.Cipta pelancar bola ping pong menggunakan tiga helai kertas. Pertama sekali, gulungkan helaian kertas yang pertama untuk menghasilkan sebuah tiub dan gunakan pita pelekat untuk mengekalkan bentuknya. Pastikan tiub ini cukup besar supaya bola ping pong tersebut boleh menyusurinya dengan mudah. Ulang langkah ini bagi helaian kertas yang kedua, pastikan diameter kedua-dua tiub adalah hampir sama.

2. Sebelum menggabungkan kedua-dua tiub kertas ini, buat keratan lubang yang kecil pada bahagian tengah salah satu tiub kertas tadi. Sekali lagi, pastikan lubang tersebut cukup besar untuk memuatkan bola ping pong itu. Kemudian, gabungkan kedua-dua tiub kertas menggunakan pita pelekat.

3. Potong separuh helaian kertas yang terakhir untuk membuat tiub yang lebih pendek, ia akan dicantumkan pada lubang tengah tadi. Untuk mencantumkannya pada lubang tersebut dengan elok, anda perlu membuat satu keratan berbentuk lengkung pada hujung tiub pendek tersebut. Lihat menerusi lubang tiub yang pendek tadi untuk memastikan tiada halangan yang dapat membatasi pergerakan bola ping pong tersebut apabila ia berada di dalam nanti. Rapikan strukturnya menggunakan pita pelekat dan pastikan tiada lubang udara yang jelas kelihatan.

4. Kemudian, menggunakan pita pelekat, lekatkan pelancar bola ping pong tersebut di atas meja supaya ia tidak bergerak, atau minta pertolongan seseorang untuk memegangnya ketika melakukan eksperimen tersebut.

IKUTI GPSBESTARI DI TWITTER DAN INSTAGRAM

Sekarang, halakan pengering rambut pada rongga hujung tiub panjang yang berhampiran dengan tiub pendek dan hidupkannya. Ia akan menghasilkan aliran udara bertekanan rendah di dalam tiub yang lebih panjang. Kemudian letak bola ping pong pada ruang masuk tiub pendek dan lihat bagaimana tekanan udara di dalam tiub tersebut menyebabkan bola ping pong ini ditarik dari satu sisi kemudian ditujah keluar dari sisi yang lain.

B. Cipta pelancar bola kapas

pelancar bola kapas
pelancar bola kapas

Kita semua pernah melastik gelang getah menggunakan jari kan? Jadi, sahut cabaran ini: Dengan menggunakan gelang getah, lancarkan bola kapas sejauh yang mungkin.

Bahan-bahan yang diperlukan: Pensel atau batang aiskrim yang pendek, dua gelang getah, dua tiub tisu tandas kosong, pita pelekat, gunting, bebola kapas, dan alat penebuk lubang.

IKLAN

Regangkan gelang getah pada tahap kepanjangan yang berbeza untuk melancarkan bola kapas dan lihat bagaimana ia akan mempengaruhi jarak pelancarannya. Caranya adalah seperti berikut:

1. Belah satu tiub tisu secara memanjang, kemudian gulungkannya semula supaya lubangnya dapat dikecilkan (kira-kira separuh daripada diameter asal). Kemudian, gunakan pita pelekat untuk mengekalkan bentuknya.

2. Pada hujung tiub yang kecil tadi, tebuk dua lubang pada sisi yang berlawanan, setengah inci jauh daripada hujung sebelum menyelit pensel menerusi kedua-dua lubang tersebut.

3. Sekarang, ambil tiub tisu yang lagi satu, buat dua belahan pada salah satu hujung tiub tersebut dengan ukuran panjang suku inci serta asingkan kedua-dua belahan tersebut sejauh setengah inci untuk membuat kelepak kecil. Buat dua lagi belahan di seberang belahan yang pertama.

4. Sarungkan setiap satu gelang getah pada kelepak yang berasingan dan tetapkan kelepak ini menggunakan pita pelekat. Dengan itu, tiub anda akan mempunyai gelang getah yang tergantung pada kedua-dua sisinya.

5. Kemudian, pegang tiub gelang getah dengan menghalakan hujungnya yang berkelepak ke atas, selit tiub berlubang kecil ke dalam tiub yang lebih besar dari bawah, jadi pensel dalam tiub berlubang kecil akan berkedudukan di bahagian dasar.

6. Sarungkan kedua-dua gelang getah pada pensel tersebut.

7. Pegang pelancar dengan menghalakan bahagian pensel ke bawah. Masukkan bola kapas ke dalam tiub besar melalui ruang terbuka di atas namun pastikan bola kapas tersebut berkedudukan di atas rongga tiub kecil.

Bersedia untuk berseronok? Bidik bola kapas anda, tarik tiub kecil menggunakan pensel, dan lancarkan bola kapas tersebut.

Dalam aktiviti ini, anda akan menggunakan dua jenis tenaga ketika memuatkan dan melancarkan bola kapas anda. Ketika anda menarik pensel dengan bola kapas yang telah dimuatkan tadi, anda sedang memberi tenaga potensi kepada sistem tersebut. Lebih jauh anda tarik, maka lebih banyak tenaga potensi yang akan terkumpul. Setelah anda melepaskan pensel tersebut, tenaga tadi bertukar menjadi kinetik, dan bola kapas tersebut akan dilancar ke udara!

C. Bunga api cecair

Bunga api cecair

Bilakah kali terakhir anda menyaksikan pertunjukan bunga api? Di musim pandemik ini, sedikit sebanyak telah mengajar kita untuk mengadaptasi. Jadi, jom cipta ‘bunga api’ versi cecair di rumah kita sendiri.

IKLAN

Bahan-bahan yang diperlukan: Mangkuk, susu, pewarna makanan, putik kapas, dan sabun cecair.

Anda boleh menghasilkan pelbagai corak yang berwarna-warni hanya dengan setitis sabun:

1. Isi mangkuk anda dengan susu sehingga separuh sebelum menitiskan 3-4 titis pewarna makanan di sekitar kawasan tengah. Anda boleh menggunakan aneka warna untuk membuahkan hasil yang lebih menarik.

2. Celup pangkal putik kapas dalam sabun cecair.

3. Sentuh lopak pewarna makanan tadi di bahagian tengah menggunakan putik kapas yang telah dicelup dan lihat bagaimana warna tersebut merebak. Jangan gaul atau kacau, saksikan sahaja apa yang berlaku.

4. Cuba gerakkan putik kapas tersebut dan lihat apa yang berlaku pada corak pewarna makanan tadi.

5 EKSPERIMEN SAINS | BACA JUGA : Tak puas hati keindahan kelas di ‘cacatkan’ oleh stor kebun, tengok apa cikgu ini buat. Sangat kreatif!

5 EKSPERIMEN SAINS | BACA JUGA : PU Riz jadi guru sementara, sumbang LCD bernilai RM15,000

Dengan ini, anda berjaya mencipta ‘bunga api’ cecair anda sendiri!

Mengapakah pewarna makanan tersebut menjauhi putik kapas itu? Susu mengandungi lemak dan air, dan lemak tidak larut dalam air. Sabun diperbuat daripada molekul khas yang boleh berinteraksi dengan lemak dan air, jadi apabila sabun tersebut mula bertemu dengan molekul lemak dalam susu, maka ia dapat larut dalam air dan akan bergerak. Molekul sabun akan mencari molekul lemak untuk bersambung, dan ketika ia menyusuri mangkuk yang berisi susu tersebut, ia akan menolak pewarna makanan tadi. Lambat-laun proses ini akan berhenti setelah semua molekul sabun menemui molekul lemak untuk disambungkan, jadi ia tidak perlu bergerak lagi. Sebab itulah sabun pencuci pinggan amat efektif dalam menanggalkan minyak. Molekul sabun akan berpaut pada molekul minyak dan menjadikannya lebih mudah untuk larut dalam air, lantas ia boleh dibasuh dengan lebih mudah.

D. Bina menara dengan marshmallow

Bina menara dengan marshmallow

Juadah yang dinikmati oleh semua golongan tanpa mengira usia. Manisan yang menjadi igauan penggemarnya. Apa yang kami maksudkan adalah spageti dan marshmallow. Tapi tunggu dulu, makanan bukan sahaja boleh memuaskan selera makan kita, malah ia juga boleh memuaskan selera ilmu dan kreativiti kita! Setinggi manakah struktur yang anda mampu bina dengan hanya menggunakan marshmallow dan spageti mentah?

IKLAN

Bahan-bahan yang diperlukan: Sepaket spageti mentah, sebungkus marshmallow, dan pembaris atau pita pengukur.

Sebelum kita mulakan, mari kita bayangkan dahulu bagaimana kita dapat membina sebuah menara yang stabil lagi kukuh. Bebaskan kreativiti anda sambil mengikuti langkah-langkah berikut:

1. Cari ruang yang kosong untuk melakukan eksperimen ini.

2. Dengan menggunakan marshmallow sebagai sendi, dan spageti sebagai tulang, cuba bina menara yang tertinggi.

3. Setelah selesai, gunakan pembaris atau pita pengukur untuk mengukur ketinggian struktur binaan anda.

Dengan bereksperimen menggunakan pelbagai jenis struktur dan binaan, anda dapat memerhatikan bagaimana menara yang paling efektif lazimnya mempunyai tapak yang luas dan kukuh, serta yang menggunakan bentuk segitiga dan piramid sebagai struktur sokongan. Struktur segi tiga adalah ideal kerana ia merupakan satu-satunya bentuk yang tidak boleh diubah sudutnya tanpa mengubah panjang sisi bentuk tersebut. Maka ia menjadikannya sangat kukuh serta berupaya untuk menampung objek dengan baik. Tapak yang luas meningkatkan stabilitas menara anda selain mewujudkan distribusi berat yang lebih ideal.

E. Terbang tinggi dengan roket kertas

roket kertas

Menyediakan anak-anak kita untuk pelbagai proses peringkat kehidupan mungkin kelihatan rumit, tetapi marilah kita menikmati dan meluangkan masa bersama dengan beberapa projek kertas sains ini.

Bahan-bahan yang diperlukan: 2 helai kertas, gunting, straw minuman, dan pita pelekat.

Dalam subjek sains, kita akan mempelajari tentang pembolehubah yang dapat mempengaruhi hasil sesebuah eksperimen. Jadi, mari kita teroka bagaimana faktor reka bentuk yang berbeza boleh mengubah corak pacuan roket anda:

1. Lipat sehelai kertas kepada empat bahagian lalu hasilkan empat keratan segi empat yang kecil.

2. Ambil sekeping keratan segi empat kecil tadi dan gulungkannya mengikut bentuk straw untuk membuat tiub (jangan terlalu ketat). Tampal tiub tersebut dengan pita pelekat supaya ia kekal tergulung.

3. Kemudian, cubit dan tampal hujung tiub tersebut untuk membuat muncung roket berkenaan.

4. Ambil satu lagi keratan segi empat dan hasilkan keratan segi tiga bersudut tepat untuk dijadikan sirip sebelum melekatkannya pada tiub tersebut.

5. Ulang langkah tersebut untuk menghasilkan sebilangan roket dengan saiz tiub berbeza dan/atau jumlah sirip yang berbeza.

Sarungkan roket tersebut pada straw dan tiup untuk melancarkannya. Ketika menjalankan eksperimen, anda mungkin dapat memerhatikan bagaimana ciri roket yang berbeza dapat membuahkan hasil yang berbeza. Setelah anda dapat mengenal pasti ciri-ciri yang paling penting bagi anda, cuba cipta roket yang dapat terbang paling jauh, atau yang dapat terbang dengan tahap ketepatan yang tertinggi.

Jom cuba eksperimen-eksperimen di atas, eksperimen yang dikongsikan ini dapat memberi ilham kepada anak anda serta mencungkil minat mereka terhadap sains dan ilmu pengetahuan.

 

Kredit: 3M

Artikel Berkaitan

MESTI BACA