HomeGen AlphaAktiviti794 pelajar kurang berkemampuan terima komputer percuma di bawah Program Komputer E-Pembelajaran
164,827FansLike
4,964FollowersFollow
603FollowersFollow
17,100SubscribersSubscribe

794 pelajar kurang berkemampuan terima komputer percuma di bawah Program Komputer E-Pembelajaran

GEORGE TOWN – Seramai 794 pelajar daripada keluarga berpendapatan rendah di Pulau Pinang menerima komputer peribadi secara percuma di bawah Program Komputer E-Pembelajaran yang dilaksanakan kerajaan negeri itu.

Pengerusi pasukan khas program berkenaan Chong Eng berkata, sejak ditubuhkan tahun lepas, kira-kira 1,000 permohonan telah dikemukakan.

“Pasukan khas kami telah menyediakan komputer terpakai kepada 794 pelajar sekolah rendah dan menengah di Pulau Pinang di bawah program ini manakala baki pemohon akan dimasukkan ke dalam senarai menunggu untuk kumpulan pemohon tahun ini,” katanya dalam sidang media di sini.

IKLAN

Pada Mei tahun lepas, kerajaan negeri Pulau Pinang menubuhkan sebuah pasukan khas Program Komputer E-Pembelajaran bagi membangunkan sektor pendidikan dalam norma baharu.

Chong berkata, pasukan khas menjangkakan akan menerima kira-kira 1,500 permohonan tahun ini, dengan keutamaan akan diberikan kepada keluarga berpendapatan rendah dengan ibu atau bapa tunggal dan sebilangan besar adik beradik atau pelajar yang cemerlang dalam pelajaran mereka.

IKLAN

Terdahulu, Ketua Menteri Pulau Pinang Chow Kon Yeow menyaksikan penyerahan sumbangan berjumlah RM150,000 daripada Keysight Technologies Malaysia kepada Penang Science Cluster (PSC), serta penyerahan lebih 70 unit tablet terpakai, komputer dan peranti untuk pelajar kurang berkemampuan – BERNAMA

Artikel menarik

Inovasi penyelidik UTeM luar biasa, rangkul 24 pingat dan 2 anugerah khas pada CITREx 2021

IKLAN

‘Kamu pakai dah cantik, tapi lagi cantik kalau pakai tudung sekolah. Kenapa tak pakai?’


 
 

Artikel Berkaitan

MESTI BACA