Gerbang Aspirasi Generasi Mahir

HomeGen Alpha5 tip menyediakan poster pembentangan yang berkesan, cikgu-cikgu pasti tidak pening lagi
165,358FansLike
4,980FollowersFollow
629FollowersFollow
17,100SubscribersSubscribe

5 tip menyediakan poster pembentangan yang berkesan, cikgu-cikgu pasti tidak pening lagi

Poster ialah suatu bentuk rekaan grafik yang melibatkan tipografi, ilustrasi, warna dan reka letak yang digubah untuk menyampaikan maklumat secara mudah.

Ia merupakan satu elemen dalam bentuk promosi, kempen dan lain-lain lagi. Kebiasaannya, reka bentuk poster bersifat 2D meliputi bahan yang dilukis, dicat, ditulis atau dicetak.

Bagaimana pula dengan poster pembentangan yang sering digunakan oleh warga pendidik?

Adakah fungsinya sama dengan jenis-jenis poster yang lain?

Cikgu Muhammad Sabiq Mohd Noor dari Sekolah Kebangsaan Senibong, Johor berkata, poster pembentangan merupakan salah satu dokumen yang perlu disediakan oleh guru-guru apabila menyertai seminar atau program inovasi.

“Poster pembentangan ada peranannya yang tersendiri dan ia memerlukan penyediaan khusus dalam memastikan gerak kerja kita (cikgu) lancar,” katanya.

Gambar hiasan daripada Unsplash.

Menerusi Cikgu Bique Blog, Cikgu Muhammad Sabiq menulis lima tip berkenaan poster pembentangan.

Cikgu-cikgu, mohon hadamkan ini.

1) Semak keperluan poster pembentangan

Kebiasaannya pihak penganjur menyediakan templet dan panduan seperti isi kandungan dan saiz poster. Isi kandungan biasanya terdiri daripada sinopsis, penyataan masalah, objektif, maklumat intervensi dan dapatan data yang perlu dipaparkan dengan jelas dan padat.

Dari aspek jenis tulisan dan saiz pula, Cikgu Muhammad Sabiq memilih jenis tulisan Berlin Sans FB Demi, saiz 28 untuk setiap tajuk dan jenis tulisan Biome, saiz 20 untuk setiap subtajuk. Gunakan warna yang kontra bagi warna tulisan dan warna latar poster.

IKLAN

Baca juga Sistem mata wang yang pernah digunakan di Malaysia 

Baca juga Bidang fesyen dan tekstil janji peluang cerah, pelajar perlu lengkapkan diri dengan pelbagai kemahiran

2) Sync maklumat pelaporan dengan poster

Seterusnya, rakan-rakan perlu mengenal pasti maklumat dalam dokumen laporan terlebih dahulu sebelum dipindahkan dalam poster. Kebiasaanya, laporan ditulis dalam bentuk ayat kenyataan dan mengandungi beberapa perenggan.

Oleh yang demikian, dicadangkan rakan-rakan membuat draf ringkasan maklumat mengikut isi kandungan poster dengan jelas dan padat terlebih dahulu. Perkara ini penting supaya maklumat yang dipaparkan dalam poster tidak tersasar daripada dokumen laporan disamping mengelakan pertikaian oleh pihak panel penilai.

Gambar hiasan daripada Unsplash.

3) Susun dan nomborkan maklumat

IKLAN

Selepas melaksanakan dua proses tersebut, rakan-rakan boleh mempamerkan maklumat menggunakan aplikasi seperti Canva, Photoshop atau Microsoft Publisher.

Bagaimana pun, guru-guru perlu tahu susunan isi kandungan poster untuk memudahkan penonton membaca maklumat.

Sebagai cadangan, mulakan dengan sinopsis yang berfungsi sebagai gambaran kepada keseluruhan projek atau kajian.

Susunan maklumat pula mengikut pergerakan mata ketika membaca iaitu dari kiri ke kanan. Bagi mengelakan kekeliruan, suka dicadangkan rakan-rakan meletakkan anak panah dan nombor pada setiap tajuk.

Ikuti juga kami di:
Instagram: https://www.instagram.com/gpsbestari/
Twitter: https://twitter.com/GPSBestari
Youtube: https://www.youtube.com/c/GPSBestariOfficial/

4) Gunakan Infografik

IKLAN

Penggunaan infografik sangat digalakkan kerana melibatkan penggunaan simbol-simbol yang menarik. Tetapi, jangan gunakan pada keseluruhan bahagian kerana ia menyebabkan poster menjadi terlalu padat dan tidak teratur.

Infografik lebih sesuai digunakan untuk menunjukan proses atau data bernombor khususnya pada bahagian proses pembangunan dan analisis data. Rakan-rakan boleh menggunakan carta alir bagi menunjukan proses pembangunan manakala analisis data pula boleh menggunakan carta pai, carta palang atau graf.

Gambar hiasan daripada Unsplash.

5) Lampiran sebagai sokongan

Lampiran adalah bahagian yang berfungsi sebagai maklumat sokongan dalam poster pembentangan.

Pada bahagian ini, rakan-rakan boleh mempamerkan gambar produk, aktiviti bersama murid atau dokumen-dokumen tambahan seperti dokumen MyIPO. Bahagian ini sedikit sebanyak mampu meningkatkan motivasi dan keyakinan diri rakan-rakan apabila perlu membuat pembentangan.

Dengan sedikit tip ini, semoga rakan-rakan dapat gunakan dalam menyediakan poster pembentangan dalam seminar yang akan disertai kelak.

Semoga bermanfaat kepada semua.

Sumber: Cikgu Bique Blog

Artikel Berkaitan

MESTI BACA