HomeGen Alpha4 kali terima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang, Cikgu Noor Azlan kongsi rahsianya
168,577FansLike
4,980FollowersFollow
634FollowersFollow
17,100SubscribersSubscribe

4 kali terima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang, Cikgu Noor Azlan kongsi rahsianya

Menerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) sebanyak empat kali sepanjang 15 tahun menjadi pendidik, membuatkan Cikgu Mohammad Noor Azlan Idris terharu dan sebak.

Masakan tidak, APC itu bukanlah satu anugerah yang mudah untuk dimiliki melainkan mempunyai pelbagai keistimewaan dan kelebihan ketika bergelar cikgu.

Berkongsi dengan GPSBestari, Cikgu Noor Azlan yang kini merupakan Guru Cemerlang Perpustakaan dan Media serta Guru Pendidikan Islam di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Syed Abu Bakar, Baling, Kedah berkata, tiada sebarang rahsia yang dirinya pegang selama ini.

Cuma katanya, dia mengekalkan momentum semangat dan terus berusaha untuk memperbaiki diri serta membantu orang lain yang lebih memerlukan.

“Sebenarnya semua guru telah melakukan yang terbaik dalam kerjaya mereka. Mungkin masa dan peluang sahaja yang belum ada untuk mereka mendapat pengiktirafan,” ujarnya.

Baca juga Setia mengajar walau ada yang melawan, itulah sikap guru yang buat ramai sebak

Baca juga Sakit belakang ketika menjalani PdPR, ikuti 5 tip ini kekalkan postur badan yang betul

Terdahulu, Cikgu Noor Azlan telah dinobatkan sebagai penerima APC (kali pertama dan kedua) pada tahun 2009 dan 2013 di SMK Kudat, Sabah, kali ketiga pada 2016 di Sekolah Model Khas Baling, Kedah dan kali keempat di SMK Syed Abu Bakar, Baling, Kedah.

Berkongsi serba sedikit mengenai pengalaman menerima dua kali APC di SMK Kudat, menurut Cikgu Noor Azlan , pengiktirafan tersebut benar-benar mengejutkan.

“Saya tak pasti tentang kriteria yang dinilai tapi mungkin beberapa usaha dan penambahbaikan telah dilakukan terhadap sekolah berkenaan.

“Antaranya, ialah menaik taraf Pusat Sumber Sekolah (PSS) yang dulunya dipandang sepi sehingga memperoleh lima bintang dan seterusnya berjaya mendapat anugerah Pusat Sumber Cemerlang Negeri Sabah.

“Selain itu, saya juga berjaya membawa seorang tokoh NILAM dari daerah pedalaman di Kudat ke peringkat kebangsaan.

“Dalam masa sama, saya menghasilkan inovasi Scholar Garden dan Projek Kau Buang Kami Kutip. Kemudian membangunkan PSS secara drastik berdasarkan pengalaman yang ada sebelum ini hingga tersenarai sebagai finalis Anugerah Pusat Sumber Sekolah peringkat negeri Kedah,” katanya.

IKLAN

Sambungnya lagi, APC kali ketiga di Sekolah Model Khas Baling juga mungkin dinilai menerusi pembaharuan yang dilakukan olehnya.

“Saya menghasilkan dua inovasi iaitu Pembelajaran Sirah Melalui Terowong Masa dan inovasi Kad Kupon NILAM (KADKU).

“Inovasi Pembelajaran Sirah Melalui Terowong Masa telah meningkatkan minat pelajar terhadap PSS dan mata pelajaran Pendidikan Islam. Hasilnya 59 daripada 63 calon mendapat A dalam PT3 berbanding hanya empat pelajar sebelum itu. Manakala inovasi KADKU pula berjaya melahirkan Tokoh Nilam sekolah itu hingga menjadi johan peringkat negeri Kedah,” katanya yang telah mengambil Cuti Biasiswa Hadiah Latihan Persekutuan (HLP) pada 2016 hingga 2018 selepas berkhidmat di sekolah ini.

Menurut Cikgu Noor Azlan, usaha keras yang dilakukannya di SMK Syed Abu Bakar hingga melayakkannya menerima APC kali keempat cukup menggembirakan dirinya.

“Usaha seperti membangunkan PSS ke arah konsep Islamik, menghasilkan inovasi Akademi Hafizul Al Quran (ALHAQ) iaitu satu-satunya program tahfiz di Pusat Sumber di Malaysia, menghasilkan inovasi ReMIND Mobile, studio Green Screen Pendidikan Islam pertama di Negeri Kedah dan sebagainya adalah antara yang dinilai.

“Alhamdullilah dan terima kasih banyak-banyak atas kerjasama dan sokongan daripada semua pihak sehingga APC kali keempat ini dalam gengaman saya,” tuturnya.

Baca juga Pelajar menipu dalam resume ketika memohon kerja, ini 5 padah yang menanti

Baca juga Cikgu boleh guna 9 cara kreatif ini untuk tarik minat pelajar suka buku teks. Berkesan!

IKLAN

Peranan warga sekolah

Sementara itu, Cikgu Noor Azlan berkata, peranan warga sekolah sangat penting dalam penganugerahan seseorang guru.

“Kita diibaratkan seperti satu jasad yang saling memerlukan antara satu sama lain.

“Sokongan pihak pengurusan dan pentadbir, rakan setugas, seluruh staf sekolah termasuk keselamatan dan pembersihan, para ibu bapa serta seluruh pelajar adalah amat diperlukan dalam membangunkan sesebuah sekolah

“Guru tidak akan mampu bergerak seorang diri tanpa sokongan daripada semua pihak. Saya amat bersyukur kerana dikurnikan pihak pentadbiran serta rakan setugas serta seluruh warga sekolah yang sangat bersikap saling membantu antara satu sama lain tanpa ada perasaan dengki dan iri hati malahan saling memberikan sokongan dan semangat,” ujarnya.

Akhir sekali, cikgu ini sempat menitipkan sedikit nasihat kepada semua guru-guru di luar sana yang mungkin mengimpikan APC sebelum berakhirnya kerjaya sebagai pendidik.

“Sebenarnya sebagai guru kita tidak mengimpikan penghargaan daripada sesiapa tetapi dari segi psikologinya, penghargaan akan memberikan impak yang sangat baik terhadap penerimanya.

“Saya sendiri tidak pernah mengejar APC tetapi apabila memperoleh sesuatu penghargaan pastilah kita menghargainya malahan akan mencuba untuk memberikan yang terbaik selepas ini.

“Apa-apa pun kita semua perlu ingat, kita bekerja kerana ALLAH dan tanggungjawab. Apa yang dapat dan tidak dapat jangan kita terlalu persoalkan kerana kita perlu yakin segala rezeki itu milik ALLAH dan Dia berhak memberikan kepada sesiapa yang dikehendakiNya.

IKLAN

“Insya-ALLAH saya optimis semua guru di Malaysia adalah sangat cemerlang cuma menunggu masa dan ruang untuk mendapat penghargaan. Marilah kita memberikan yang terbaik dalam hidup kerana kita yakin ALLAH sentiasa memberikan yang terbaik lebih daripada apa yang kita impikan seperti APC. ALLAH memberikan kita kesihatan, keselamatan, ketenangan dan seronok bekerja itulah ‘APC’ yang paling mujarab sebenarnya,” jelasnya.

Ikuti juga kami di:
Instagram: https://www.instagram.com/gpsbestari/
Twitter: https://twitter.com/GPSBestari
Youtube: https://www.youtube.com/c/GPSBestariOfficial/ 

PROFIL

Nama: Mohammad Noor Azlan Idris

Asal : Kg Becah Sawa , Mukim Siong, Baling, Kedah

Tahap Pendidikan:

  • SK Siong, Kedah
  • SMA Yayasan Al Khairiah, Kupang, Kedah
  • Pusat Bahasa Arab Nilam Puri, Kelantan
  • Diploma Pendidikan IPG Keningau, Sabah
  • Ijazah Sarjana Muda Usuluddin Universiti Al Azhar (Hadis)
  • Master of Education (Islamic Specialization), Universiti Utara Malaysia

Penglibatan

  • Jurulatih Utama Mimbar Daie Kebangsaan
  • Jurulatih Utama Pendidikan Islam Negeri Kedah
  • Ketua Hakim Mimbar Daie Negeri Kedah
  • Penulis Skrip Pendidikan ASTRO
  • Panelis SPM Ntv7 Didik TV
  • Tik Tokker Pendidikan & YouTuber Pendidikan
  • Ketua Hakim Pemilihan Tokoh Nilam Daerah
  • Jurulatih Nilam Kebangsaan
  • Fasilitator GPM Baling/ Fasilitator GPM Kudat
  • Fasilitator GPM Kedah
  • Hakim NILAM Negeri Kedah
  • Jurulatih NILAM Negeri Kedah

Anugerah dan pencapaian

  • Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) 2009, 2013, 2015 dan 2020
  • Anugerah Guru Inovatif Sekolah Menengah Daerah Baling 2021 (Inovasi Akademi Hafizul AL Quran PSS)
  • Finalis Guru Inovatif Peringkat Negeri Kedah 2021
  • Anugerah Senarai 3 Teratas Ikon Guru Teknologi Pendidikan 2021
  • Anugerah PdPR Terbaik Daerah Baling 2020
  • Senarai 3 Teratas Ikon GPM Negeri Kedah 2020
  • Anugerah IFLA 3.0 Johor Bharu 2019
  • Anugerah Guru Inovatif PPD Baling / Sik 2016 (Inovasi Terowong Masa PSS)
  • Johan PSS Cemerlang Negeri Sabah 2013
  • Johan PSS Kudat 2010, 2011, 2012 dan 2013
  • Johan Pidato Guru MTQ Negeri Sabah
  • Anugerah iqPSS 5 Bintang 2013 dan 2014

Nama sekolah terkini: SMK Syed Abu Bakar, Baling, Kedah

Jawatan: Guru Cemerlang Perpustakaan dan Media serta Guru Pendidikan Islam

Nama isteri: Masitoh Zakaria

Nama anak:

  • Irfan Amzar
  • Irdeena Sofeya
  • Iqramiey Amzar
  • Ieysha Sofeya
  • Ieynas Sofeya
  • Ieylmi Sofeya
  • Ieymani Sofeya

Individu yang banyak memberi inspirasi dan sokongan

  • Mantan pengetua, Teh Seng Chai
  • Pengetua Sekolah Model Khas Baling, Mohd Yusop Taib
  • Mantan pengetua SMK Syed Abu Bakar, Mohd Noor Saad
  • Pengetua SMK Syed Abu Bakar, Mohamad Razis Mat Din
  • Ayah, ibu, isteri, anak-anak dan keluarga
  • Dua adiwira yang sentiasa membantu, Cikgu Norhailmi dan Ustaz Asrul Nizam

Artikel Berkaitan

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

MESTI BACA