Gerbang Aspirasi Generasi Mahir

HomeGen Alpha25 hari PdPR, Cikgu Muhammad Rauf kongsi tip penting untuk mak ayah...
165,358FansLike
4,980FollowersFollow
629FollowersFollow
17,100SubscribersSubscribe

25 hari PdPR, Cikgu Muhammad Rauf kongsi tip penting untuk mak ayah lakukan!

Semalam, Menteri Kanan (Pendidikan), Datuk Dr Mohd Radzi Md Jidin mengumumkan sesi Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) diteruskan sehingga 16 dan 17 Julai depan.

Ini bermakna, guru-guru dan murid akan melalui 25 hari PdPR bermula 13 dan 14 Jun ini mengikut kumpulan negeri masing-masing.

Guru Matematik Sekolah Kebangsaan Seri Suria, Taman Tan Yew Lai, Kuala Lumpur, Cikgu Muhammad Rauf Fathi Hamid Latif menerusi akaun facebooknya, memuat perkongsian berkenaan apa yang perlu dilakukan oleh ibu bapa sepanjang PdPR itu berlangsung.

“Mungkin ada kalangan ibu bapa yang berhadapan dengan masalah anak-anak tidak dapat menguasai asas Matematik dengan baik.

“Jadi di sini, saya kongsikan tip penting untuk mak ayah buat sepanjang 25 hari berPdPR,”katanya.

Mari ikuti perkongsian beliau.

IKLAN

*****

25 hari PdPR, Jadual sekolah membebankan?

Apapun, mungkin ini ibu bapa boleh minta anak buat:

Minggu 1
Hari Pertama: Hafal dan Cek Sifir 2
Hari Kedua: Hafal dan Cek Sifir 3
Hari Ketiga: Hafal dan Cek Sifir 4
Hari Keempat: Hafal dan Cek Sifir 5
Hari Kelima: Hafal dan Cek Sifir 6
Hari Keenam: Hafal dan Cek Sifir 7
Hari Ketujuh: Hafal dan Cek Sifir 8

IKLAN

Minggu 2
Hari Kelapan: Hafal & Cek Sifir 9
Hari Kesembilan: Minta anak tulis Sifir 2 hingga 5 dalam masa 4 minit
Hari 10: Minta anak tulis Sifir 2 hingga 5 dalam masa 3 minit
Hari 11: Minta anak tulis Sifir 2 hingga 5 dalam masa 2 minit
Hari 12: Minta anak tulis Sifir 6 hingga 9 dalam masa 4 minit
Hari 13: Minta anak tulis Sifir 6 hingga 9 dalam masa 3 minit
Hari 14: Minta anak tulis Sifir 6 hingga 9 dalam masa 2 minit

Minggu 3
Hari 15: Minta anak tulis Sifir 2 hingga 9 dalam masa 5 minit
Hari 16: Minta anak tulis Sifir 2 hingga 9 dalam masa 4 minit
Hari 17: Minta anak tulis Sifir 2 hingga 9 dalam masa 3 minit
Hari 18: Buat latihan menukar Pecahan kepada Perpuluhan, contoh 1/5 = 0.2
Hari 19: Buat latihan menukar Perpuluhan kepada Pecahan, contoh 0.25 = 1/4
Hari 20: Buat latihan menukar Perpuluhan kepada Peratus, contoh 0.15 = 15%
Hari 21: Buat latihan menukar Peratus kepada Perpuluhan, contoh 20% = 0.2

IKLAN

Minggu 4
Hari 22: Buat latihan menukar Pecahan, Perpuluhan dan Peratus, contoh 1/4 + 0.25 + 10% = ______
Hari 23: Buat latihan pertukaran unit Panjang, contoh mm ke cm, cm ke m, m ke km dan sebaliknya.
Hari 24: Buat latihan pertukaran unit Jisim, contoh gram ke kilogram dan kilogram ke gram
Hari 25: Buat latihan pertukaran unit Isipadu Cecair, contoh liter ke milliliter dan milliliter ke liter

Lengkap 25 Hari PdPR.

Percaya cakap saya. Kalau anak kita berjaya kuasai kemahiran yang saya kongsikan ini, anak kita sudah menguasai hampir 80% kandungan pembelajaran Matematik sekolah rendah itu sendiri.

Pasti anak-anak kita tak akan ketinggalan!

Sumber: Facebook Muhammad Rauf Fathi

 

Artikel Berkaitan

MESTI BACA