HomeBuletinYayasan Didik Negara ditubuh, galak penglibatan masyarakat bantu pendidikan
165,220FansLike
4,972FollowersFollow
619FollowersFollow
17,100SubscribersSubscribe

Yayasan Didik Negara ditubuh, galak penglibatan masyarakat bantu pendidikan

Sungai Buloh – Kementerian Pendidikan Malaysia telah mengumumkan penubuhan Yayasan Didik Negara melalui satu kenyataan Menteri Pendidikan, Dr Mohd Radzi Jidin di laman Facebook miliknya semalam (15 Julai 2021).

Menurut beliau yayasan yang ditubuhkan bakal meningkatkan lagi kualiti pendidikan melalui penglibatan pelbagai lapisan masyarakat di dalam negara.

“Yayasan Didik Negara berperanan sebagai badan rasmi yang bertanggungjawab menggembleng kerjasama dan komitmen pelbagai lapisan masyarakat untuk meningkatkan lagi kualiti pendidikan negara,” katanya.

IKLAN

Kenyataan Menteri Pendidikan di Facebook beliau

IKLAN

Setiausaha KPM telah dilantik bagi menerajui yayasan ini bersama-sama empat wakil daripada pelbagai kementerian dan agensi.

IKLAN

“Sebagai pengasas Yayasan Didik Negara, saya telah mengamanahkan yayasan ini kepada Ketua Setiausaha KPM selaku Pengerusi Lembaga Pemegang Amanah bersama pemegang amanah lain termasuk Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia dan wakil daripada empat kementerian dan agensi.

“KPM yakin penubuhan yayasan ini akan membolehkan setiap lapisan masyarakat bersama-sama bergabung tenaga demi masa depan generasi pewaris negara,” katanya.

Artikel Berkaitan

MESTI BACA