Gerbang Aspirasi Generasi Mahir

HomeBuletinUNIMAS anjur International Bornean Frog Race 2021 kali ke-9, pupuk rasa cinta...
165,358FansLike
4,980FollowersFollow
630FollowersFollow
17,100SubscribersSubscribe

UNIMAS anjur International Bornean Frog Race 2021 kali ke-9, pupuk rasa cinta terhadap alam sekitar

Kota Samarahan – Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) telah melancarkan The Ninth International Bornean Frog Race (IBFR) pada 1 September 2021 di Kuching, Sarawak dengan kerjasama Kementerian Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan, Sarawak.

IBFR  yang akan berlangsung selama 90 hari tersebut adalah merupakan sebuah gerakan untuk menarik minat orang ramai terhadap diversiti biologi yang ada di Sarawak dan Borneo.

Menteri Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan Sarawak, YB Datuk Haji Abdul Karim Rahman Hamzah, ketika merasmikan program tersebut berkata beberapa pertandingan akan diadakan sepanjang program ini berlangsung untuk mendorong orang ramai untuk berkunjung ke Taman Nasional dan kawasan pendalaman lain di Sarawak

Menteri Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan Sarawak, YB Datuk Haji Abdul Karim Rahman Hamzah

IKLAN

“Komponen utama program ini adalah pertandingan fotografi, iaitu untuk memikat peserta untuk mencari dan memotret katak dan amfibia lain, di sepanjang hutan dan ladang di mana-mana lokasi di Borneo.

“Selain itu akan juga diadakan beberapa aktiviti lain, yang merangkumi ceramah, bengkel, pameran, pemeriksaan dokumentari dan lain-lain,” katanya.

IKLAN

Naib Canselor UNIMAS, Datuk Prof Mohd Kadim Bin Suaidi menjelaskan bahawa program ini diadakan secara tahunan bermula sejak tahun 2012 dan program kali ini adalah merupakan edisi kesembilan.

Datuk Prof Mohd Kadim Bin Suaidi

IKLAN

“Program ini bermula sebagai acara pemuliharaan yang kecil pada tahun 2012. Namun, saya dengan senang hati menyatakan bahawa International Bornean Frog Race kali telah berjaya menarik minat para peserta dari seluruh dunia.

‘Pelbagai tujuan acara ini adalah untuk mempromosikan pemuliharaan amfibi di kalangan masyarakat melalui pertandingan fotografi yang inovatif, mensasarkan warga sekolah rendah untuk mendedahkan mereka kepada idea dan konsep pemuliharaan alam dan juga mempromosikan ekopelancongan,” ujarnya.

 

Artikel Berkaitan

MESTI BACA