Gerbang Aspirasi Generasi Mahir

HomeBuletinUMK uruskan penghantaran pulang pelajar sempena cuti semester
165,358FansLike
4,980FollowersFollow
630FollowersFollow
17,100SubscribersSubscribe

UMK uruskan penghantaran pulang pelajar sempena cuti semester

KOTA BHARU – Pejabat Hal Ehwal Pelajar dan Alumni (HEPA), Universiti Malaysia Kelantan (UMK) mengambil inisiatif menyediakan Subsidi Pembayaran Perkhidmatan Sewaan Bas dan Tiket Penerbangan berjumlah hampir RM20,000 kepada pelajar yang pulang ke kediaman masing-masing dalam tempoh Pelan Pemulihan Negara (PPN).

Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni), Prof Dr Razli Che Razak berkata, pemberian subsidi tersebut adalah antara usaha yang diambil oleh UMK bagi meringankan beban pelajar untuk pulang bercuti sempena berakhirnya sesi akademik bagi semester Februari 2020/2021.

Beliau berkata, operasi penghantaran pulang pelajar pada kali ini turut mendapat kerjasama dari Malaysia Relief Agency (MRA) Kelantan yang menyumbangkan makanan bernilai RM10,000 kepada pelajar UMK.

“Pelepasan pulang pelajar Fasa 1 pada hari ini (16 Julai 2021) melibatkan seramai 142 orang merangkumi pergerakan ke Zon Utara (Perlis, Kedah dan Perak) dan Zon Timur (Terengganu dan Pahang) menggunakan empat buah bas.

IKLAN

“Sementara itu, pergerakan pulang pelajar Sabah dan Sarawak yang menggunakan penerbangan awam, telah bermula pada 15 Julai 2021.

“Pelajar institut pengajian tinggi (IPT) dibenarkan pulang ke rumah masing-masing sempena cuti semester 2020/2021 bermula 12 Julai 2021 selaras dengan keputusan oleh Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) pada 9 Julai 2021 yang membenarkan pelajar IPT pulang selepas Mesyuarat Sidang Khas Majlis Keselamatan Negara (MKN) ” katanya pada Proses Penghantaran Pulang Pelajar UMK, di UMK Kampus Kota, Pengkalan Chepa, Kota Bharu, Kelantan, semalam.

Turut hadir, Presiden MRA, Dr Rosemi Salleh.

IKLAN

Menurut Dr Razli lagi, HEPA telah diamanahkan untuk memastikan pergerakan pelajar UMK pulang ke rumah masing-masing dengan mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang telah ditetapkan.

Katanya, kaedah penghantaran pulang pelajar yang dibenarkan hanyalah menggunakan bas yang diuruskan oleh IPT, kenderaan pelajar sendiri dan penerbangan awam.

IKLAN

“Jumlah pelajar UMK yang dibenarkan hadir ke kampus untuk Semester Februari sesi pengajian 2020/2021 adalah seramai 860 orang membabitkan ketiga-tiga kampus.

“Namun, hanya 811 pelajar sahaja yang memohon untuk pulang ke rumah manakala selebihnya memilih untuk terus berada di kampus khususnya pelajar di UMK Kampus Jeli, yang menjalankan kerja penyelidikan dan melengkapkan tugasan makmal,” jelas beliau.

Sementara itu, pergerakan Fasa 2 (1 hingga 2 Ogos 2021) pula melibatkan 254 pelajar menggunakan bas, kenderaan universiti dan kenderaan sendiri pelajar.

Pelajar yang terlibat adalah pelajar yang akan balik ke kediaman yang tamat Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) dan pelajar yang menunggu dos kedua vaksin di UMK.

Artikel Berkaitan

MESTI BACA