Gerbang Aspirasi Generasi Mahir

HomeBuletinUMK terima 2,266 pelajar baharu prasiswazah sesi September 2021/22
165,358FansLike
4,980FollowersFollow
630FollowersFollow
17,100SubscribersSubscribe

UMK terima 2,266 pelajar baharu prasiswazah sesi September 2021/22

BACHOK – Universiti Malaysia Kelantan (UMK) menerima seramai 2,266 atau 95 peratus jumlah pelajar baharu yang ditawarkan untuk melanjutkan pengajian bagi kemasukan sesi September 2021/22.

Proses pendaftaran pelajar telah diadakan secara dalam talian pada 2 Oktober 2021 bermula jam 9 pagi hingga 4 petang.

Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa), Prof Dr Nik Maheran Nik Muhammad berkata, jumlah itu adalah sebahagian daripada 2,380 unjuran pelajar yang setuju menerima tawaran untuk melanjutkan pengajian ke UMK.

Beliau berkata, proses pendaftaran berjalan lancar seperti yang ditetapkan oleh Kementerian Pengajian Tinggi (KPT).

“Alhamdullilah, proses pendaftaran kemasukan telah berjalan lancar malah pihak UMK turut mengambil langkah awal dengan menaik taraf internet termasuklah mempertingkatkan penggunaan internet yang boleh diakses hampir 10,000 pelajar dalam satu masa.

IKLAN

Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa) UMK, Prof Dr Nik Maheran Nik Muhammad.

“Pelajar baharu yang telah mendaftar akan menjalani program Minggu Mesra Mahasiswa (3M) secara dalam talian bermula semalam.

“Pendekatan ini sebagai langkah keselamatan dan kesihatan terhadap pelajar kerana terdapat pelajar dari beberapa buah negeri masih berada di Fasa 2 Pelan Pemulihan Negara (PPN),” kata beliau.

IKLAN

Dalam pada itu, Prof Nik Maheran berkata, pihak UMK bersetuju supaya kaedah pembelajaran dan pengajaran (PdP) bagi Sesi Akademik 2021/2022 dilaksanakan secara hibrid selaras dengan Pekeliling Akademik Bilangan 5/2021-Pemakluman Mengenai Pengajaran Dan Pembelajaran (PdP) Bagi Sesi Akademik 2021/22.

Sementara itu, Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni), Prof Dr Razli Che Razak berkata, program 3M yang disiarkan secara langsung melalui platform Facebook Rasmi UMK dan YouTube membabitkan pelbagai aktiviti seperti forum dan taklimat bertujuan memperkenalkan pelajar baharu mengenai misi, visi dan objektif UMK.

IKLAN

“Program ini amat penting untuk memastikan pelajar turut memainkan peranan serta tanggungjawab ke arah merealisasikan aspirasi universiti.

“Selain itu, pelajar turut didedahkan dengan pelbagai informasi tentang kemudahan dan perkhidmatan yang disediakan di universiti,” ujarnya.

Sesi program 3M dimulakan dengan Forum Tatatertib dan Kebajikan Pelajar serta Perkhidmatan Kebajikan Pusat Islam, Forum Pusat Kesihatan Universiti (PKU) dan Seksyen Kaunseling, Forum Kokurikulum dan Badan Beruniform, sesi taklimat Hal Ehwal Pelajar dan Alumni oleh Prof Razli.

Seterusnya, sesi Kerjaya Mahasiswa dan Alumni, Taklimat Pembangunan dan Pendidikan Keusahawanan (UMKEI), Taklimat Perpustakaan, slot Talent’s Scounting turut diadakan.

Artikel Berkaitan

MESTI BACA