Gerbang Aspirasi Generasi Mahir

HomeBuletinUMK dan Microsoft anjur program Code; Without Barriers, transformasi sosio-ekonomi digital di...
165,358FansLike
4,980FollowersFollow
629FollowersFollow
17,100SubscribersSubscribe

UMK dan Microsoft anjur program Code; Without Barriers, transformasi sosio-ekonomi digital di Kelantan

KOTA BHARU – Selaras dengan usaha agenda pendigitalan pendidikan negara, Universiti Malaysia Kelantan (UMK) dan Microsoft serta 13 lagi organisasi lain berkerjasama dalam menganjurkan program Code; Without Barriers (Atur Cara Kod: Tanpa Sempadan), di sini, baru-baru ini.

Program ini dianjurkan dengan matlamat untuk merapatkan jurang jantina pengkomputeran awan (cloud computing), Kepintaran Buatan (Artificial Intelligence) dan teknologi digital.

Felo Institut Kepintaran Buatan dan Data Raya (AIBIG) yang juga Pensyarah Kanan Jabatan Sains Data UMK, Dr Hasyiya Karimah Adli berkata, majlis pelancaran program tersebut telah diadakan secara dalam talian pada 30 September lalu dengan penyertaan dari Singapura, Malaysia, Indonesia, Vietnam, Thailand, Filipina, Korea Selatan, Sri Lanka dan Bangladesh,

Menurut beliau, program ini turut menerima sokongan dan kerjasama baik daripada pelbagai industri antaranya institusi pendidikan, tenaga, perkhidmatan kewangan, sektor awam dan teknologi.

“Program ini turut mendapat kerjasama daripada 21 komuniti pembangun (developers) di seluruh negara di Asia Pasifik dengan capaian lebih daripada 407,000 pembangun dan pengaturcara dalam bidang data, AI, DevOps, Java, JavaScript dan Python.

IKLAN

“Melalui program ini, pihak Microsoft menyediakan latihan kemahiran dan pensijilan dalam bidang awan (cloud) dan AI dengan menyertai seminar siri perkongsian bersama mentor di setiap organisasi bersama Microsoft.

“Turut diadakan pameran kerjaya serta penganjuran hackathons dalam memupuk dan membangunkan bakat kumpulan teknikal serta usahawan wanita di negara Asia Pasifik,” katanya.

Sementara itu, program Code; Without Barriers di peringkat UMK ini turut menyediakan platform dalam merapatkan jurang jantina dalam ekosistem Revolusi Industri (IR4.0)

IKLAN

Ujar Hasyiya lagi, sebagai sebuah universiti keusahawanan, UMK juga akan memainkan peranan dalam transformasi sosio-ekonomi era digital di negeri-negeri Pantai Timur, khususnya Kelantan.

“Menerusi penubuhan IR4.0 Competence Centre di UMK, ia berfungsi sebagai pusat latihan persijilan profesional untuk melahirkan lebih ramai graduan yang berkemahiran digital dalam bidang teknologi dan AI,” katanya.

IKLAN

Tambah beliau, dengan menghadiri latihan ini, graduan berpeluang untuk memperoleh sijil Profesional Microsoft untuk memanfaatkan teknologi terkini seperti AI, Internet of Things, Cloud Computing, Big Data Analytics.

“Selain itu, para pelajar turut diajar dan diterapkan dengan aspek inovasi dan mampu menyelesaikan masalah industri sebenar seterusnya meningkatkan kebolehpasaran graduan UMK.

“Ini membolehkan pembangun, pakar pengaturcara, dan bakat teknikal lain dalam kalangan wanita menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi yang inklusif,” jelas beliau.

Menurut Hasyiya, dengan penganjuran program ini, bidang kurikulum akademik berasaskan teknologi dapat diperkemaskan dan hubungan universiti-industri-komuniti juga dapat diperkukuhkan.

“Program ini akan melahirkan lebih ramai graduan UMK berkemahiran digital sekali gus membantu merapatkan jurang digital dalam kalangan masyarakat,” katanya.

Artikel Berkaitan

MESTI BACA