HomeBuletinUKM anjur PRIN dan Hari Matematik 2021
165,219FansLike
4,972FollowersFollow
619FollowersFollow
17,100SubscribersSubscribe

UKM anjur PRIN dan Hari Matematik 2021

Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) akan menganjurkan Pertandingan Rekacipta Inovasi Nasional (PRIN) dan Hari Matematik secara maya pada 7 hingga 9 September ini, bermula jam 8 pagi hingga 4.30 petang.

Program yang akan diadakan di beberapa platform dalam talian termasuklah Facebook, Google Meets, Twitter dan Youtube itu bertujuan mengetengahkan inovasi dan penyelidikan yang dihasilkan oleh pelajar, ahli akademik fakulti dan institusi pengajian tinggi (IPT) serta guru di samping memupuk budaya inovasi dan kreativiti mengikut disiplin masing-masing.

Pengarah PRIN 2021, Dr Haryanti Mohd Affandi, berkata, PRIN merupakan acara tahunan yang dianjurkan oleh Jabatan Pendidikan Kejuruteraan, Fakulti Kejuruteraan dan Alam Bina (FKAB), UKM.

Menurut beliau, PRIN memberi peluang kepada peserta mempamerkan produk dan hasil kajian mereka seterusnya dinilai oleh pakar dari industri.

“PRIN telah diadakan pertama kali pada tahun 2019 yang menerima sebanyak 27 penyertaan dari IPT, kategori guru (28) dan 25 sekolah menengah seluruh negara.

IKLAN

“Pelbagai inovasi dipertandingkan mengikut kategori masing-masing antaranya kategori reka cipta dan inovasi produk fizikal, reka cipta dan inovasi produk digital, reka cipta dan inovasi sistem automasi serta reka cipta dan inovasi produk fizikal dan digital bagi pengajaran dan pembelajaran (PdP),” katanya kepada GPSBestari.

Tahun lalu menyaksikan Universiti Teknologi Malaysia (UTM) dinobatkan sebagai pemenang utama bagi kategori IPT manakala Kolej Vokasional (KV) Tanah Merah, Kelantan pula mengungguli kategori pelajar sekolah menengah dan Fakulti Perubatan UKM dipilih sebagai pemenang pertama kategori guru/pensyarah.

IKLAN

Membawakan sedikit kelainan, PRIN 2021 akan digabungkan dengan penganjuran Hari Matematik 2021 (MathDay 2021) yang juga akan dikendalikan oleh Jabatan Pendidikan Kejuruteraan UKM.

IKLAN

Sementara itu, Pengarah Hari Matematik 2021, Dr Noorhelyna Razali berkata, program itu yang dianjurkan buat kali keempat bertujuan memupuk minat pelajar kejuruteraan untuk menghayati kursus matematik dan kejuruteraan di samping meningkatkan ilmu pengetahuan matematik pelajar dalam kursus kejuruteraan.

Menurut beliau, pertandingan yang diadakan khusus buat pelajar kejuruteraan di FKAB, UKM itu juga diharap dapat mencungkil bakat dan kebolehan mereka untuk digilap ke peringkat seterusnya.

“Hari Matematik juga merupakan platform buat pelajar membincangkan dan membentangkan penemuan mereka mengenai kegunaan matematik dalam kehidupan seharian,” kata beliau.

Hari Matematik yang pertama kali diadakan pada tahun 2017 membawa pembaharuan dalam aktiviti pada tahun ini iaitu pertandingan dipertandingkan secara maya dan pelajar boleh menyediakan bahan dan dimuatnaik ke dalam Facebook, Youtube dan lain-lain.

Artikel Berkaitan

MESTI BACA