Gerbang Aspirasi Generasi Mahir

HomeBuletinTular keluhan mengenai layanan terhadap guru enggan vaksin, Dr Maszlee mohon KPM...
165,358FansLike
4,980FollowersFollow
627FollowersFollow
17,100SubscribersSubscribe

Tular keluhan mengenai layanan terhadap guru enggan vaksin, Dr Maszlee mohon KPM jalankan siasatan

KUALA LUMPUR – Baru-baru ini tular di media sosial mengenai layanan buruk terhadap guru-guru yang enggan menerima suntikan vaksin COVID-19.

Dikatakan ada sebilangan guru telah ditempatkan di tempat terpencil dan kurang menyenangkan seperti tandas.

Ahli Parlimen Simpang Renggam, Dr Maszlee Malik mengutarakan kebimbangan beliau terhadap aduan yang tular mengenai layanan diterima cikgu yang tidak menerima vaksin.

“Sementara menunggu arahan daripada Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) untuk tindakan selanjutnya terhadap ‘mereka’, janganlah dilayan dengan layanan tidak berperikemanusiaan kerana mereka juga manusia yang mempunyai harga diri dan seorang pendidik.

IKLAN

BACA JUGA: 279 guru di Perak tolak vaksin COVID-19

BACA JUGA: Penjawat awam Kementerian Pendidikan paling ramai belum terima vaksin COVID-19

IKLAN

“Jadi apapun keputusan yang diambil oleh sistem pentadbiran sekolah, perlulah berpaksikan sifat kemanusiaan. Perbincangan mereka yang terlibat bersama-sama sistem pentadbiran serta persatuan ibu bapa dan guru harus dilakukan,” katanya.

Sementara itu, persoalan yang dikemukakan Dr Maszlee telah dijawab Timbalan Menteri Pendidikan, Datuk Dr Mah Hang Soon.

IKLAN

Beliau berkata, sememangnya menjadi keutamaan pihak Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) untuk menjaga kebajikan kesemua warga pendidikan di Malaysia.

“Jika terdapat sebarang kes sebegini atau mana-mana pihak yang mempunyai maklumat, sila salurkan aduan kepada KPM dan kami akan mengambil tindakan lanjut,” jelasnya.

Sumber: YouTube Parlimen Malaysia

Artikel Berkaitan

MESTI BACA