Gerbang Aspirasi Generasi Mahir

HomeBuletinTiga murid bukti kemampuan. Raih pingat emas menerusi inovasi Eco R-Nano Tech...
165,358FansLike
4,980FollowersFollow
630FollowersFollow
17,100SubscribersSubscribe

Tiga murid bukti kemampuan. Raih pingat emas menerusi inovasi Eco R-Nano Tech Filter. Memang hebat!

Inovasi Eco Reuse Nano Technology Waste Water Filter (Eco R-Nano Tech Filter) mencipta sejarah apabila meraih pingat emas pada pertandingan Eco-Green Technology Honourable Innovation Competition (E-THIC 20), baru-baru ini.

Inovasi yang dihasilkan murid Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) Ladang Highlands, Klang itu diketuai Mahaawin Sivamohan, 11 tahun; Thanuja Kumaran, 9 dan Subatheshwin Sivamohan, 10.

Melalui pencapaian tersebut, ia sekaligus telah melayakkan pasukan inovasi SJKT Ladang Highlands menyertai pertandingan International Honourable Special Award 16 November lalu dan berjaya merangkul tempat pertama dalam kategori ‘Best Of The Best’ Award – Primary School.  

Guru Pembimbing, Cikgu Shanthie Krishnan berkata, kejayaan pasukan inovasi tersebut adalah hasil daripada usaha keras semua ahli.

“Pencapaian ini adalah hasil kerja buat dan komitmen tinggi ahli- ahli disamping sokongan padu pensyarah Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara Sepang, Thinakaran Narayanan (mentor), guru besar, Panginiammal Muniandy dan warga sekolah,” katanya.

Inovasi Eco R-Nano Tech Filter adalah inovasi Penapis Air Kitar Semula Eko Hijau berasaskan Teknologi Nano.

Penapis ini merupakan kombinasi bahan kitar semula yang bermanfaat kepada manusia dan alam semulajadi.

“Kos penghasilan inovasi ini sangat rendah kerana hanya menggunakan bahan buangan seperti puntung rokok iaitu salah satu bahan buangan tertinggi dunia.

“Penapis berasaskan Teknologi Nano ini dapat membantu dalam pengitaran semula air. Ia juga dapat membantu dalam usaha penjimatan air dan kos,” kata Cikgu Shanthie.

IKLAN

Sementara itu, Cikgu Panginiammal yakin yang pasukan inovasi sekolah dapat melebarkan sayap mereka hingga ke persada antarabangsa.

“Kami percaya setiap murid mempunyai kemahiran dan kelebihan yang tersendiri.

“Dengan kelebihan yang ada disamping bimbingan guru-guru hebat, sudah pasti inovasi yang dihasilkan akan terus membawa kejayaan,” ujarnya.

IKLAN

Anugerah dan Pencapaian

1) International Summit of Innovation & Design Exposition 2020 (UM InSide 2020) (Emas) – April

2) International Innovation Competition 2020 (INNOCOM) (Gangsa) – Jun

3) CONVENER CHOICE AWARD in 1st International Conference on Multidisciplinary Science and Advance Technologies (ICMSAT) 2020 – Jun

IKLAN

5) Malaysia Young Scientists Conference & Exhibition 2020 (MYSCE’20) (Emas) – Ogos

5) SahasakNimavum International Invention and Innovation Competition (Emas) Sri Lanka – Ogos

6) E-THIC Asia Pasific Innovation Competition 2020 (Emas) – September

7) E-ETHIC Asia Pasific – Special Award – 1st place in Best of The Best Primary

 

Artikel menarik

‘Saya dah siapkan kerja sekolah cikgu, tapi…’ – Air mata warganet tumpah!

‘Bila kali terakhir awak minum air ini?’ – Kisah yang mengundang sebak

Artikel Berkaitan

MESTI BACA