Gerbang Aspirasi Generasi Mahir

HomeGen AlphaAktivitiSK Hakim Teh harum nama negara, raih Anugerah Emas dalam IYSIE’21
165,358FansLike
4,980FollowersFollow
627FollowersFollow
17,100SubscribersSubscribe

SK Hakim Teh harum nama negara, raih Anugerah Emas dalam IYSIE’21

Sekolah Kebangsaan (SK) Hakim Teh, Jitra, Kedah, mengharumkan nama negara apabila berjaya merangkul Anugerah Emas untuk kategori Conference Presentation (Pembentangan Persidangan) dalam International Young Scientists Innovation Exhibition 2021 (IYSIE’21) yang berlangsung baru-baru ini.

Pertandingan yang berlangsung selama enam hari secara dalam talian itu turut disertai beberapa sekolah dan institusi pendidikan dari luar negara seperti SMA Santo Antonius, Jakarta Indonesia; Thai Binh Duong Primary Middle Highschool, Vietnam; Princess Ubolratana Rajakanya’s College Phatthalung, Thailand; Universidad Tecnológica De Campeche, Mexico; Philippine Science High School Main Campus, Filipina dan Colegio Anglo Americano, El Salvador.

Pasukan yang diwakili lima murid iaitu Nur Iman Sorfina Ahmad Tarmizi, Nurqistina Izzati Azizan, Hadier Yusri, Muhammad ‘Ali Mohd Irwan dan Muhammad Afiey Reezqin Shohaizee mengetengahkan projek Pulau Timbul Guppy Fish (Ikan Gapi Pulau Timbul).

Menurut Guru Penolong Kanan Kokurikulum SK Hakim Teh, Ahmad Syamil Abdul Rahim, menerusi projek itu, para peserta telah bertanding dalam kategori Conference Presentation (Pembentangan Persidangan), domain Environmental Science (Sains Alam Sekitar).

Katanya, projek berkenaan telah dijalankan dalam masa tujuh minggu membabitkan proses pembiakan, tumbesaran dan cara-cara menjaga ikan gapi.

IKLAN

Peserta dari SK Hakim Teh yang mengambil bahagian dalam IYSIE’21.

“Projek ini adalah tentang kehidupan ikan gapi iaitu ikan air tawar tempatan yang boleh didapati dengan mudah di kawasan sekitar Pulau Timbul. Ikan gapi mempunyai prosedur dan spesifikasi tertentu semasa proses mengawan.

IKLAN

“Memandangkan ikan gapi mempunyai peluang yang besar untuk dikomersialkan kerana sangat menarik dan menjadi salah satu ikan hiasan popular di kawasan Pulau Timbul berdekatan dengan sekolah, kami membuat keputusan menjalankan projek ini,” katanya.

Harga biasa untuk seekor ikan gapi adalah sekitar RM5 hingga RM15 manakala sesetengah baka yang sangat cantik dan sukar ditemui pula boleh mencecah sehingga RM300 seekor.

IKLAN

Pembenihan ikan gapi yang dilakukan oleh murid-murid SK Hakim Teh.

Ujar Ahmad Syamil lagi, pihaknya tidak menjangkakan kemenangan berkenaan kerana penyertaan julung kali itu dibuat sebagai sebahagian daripada aktivti kokurikulum sekolah secara dalam talian.

“Bagaimanapun, selepas projek menunjukkan kesan positif dan ada dalam kalangan murid yang mampu dapat menjana pendapatan sampingan dengan menjual ikan gapi, pihak sekolah melihat ia berpotensi untuk diketengahkan.

“Meskipun pertandingan sudah berakhir, projek ikan gapi ini masih teruskan oleh pihak sekolah apabila mendapat perhatian penduduk setempat dan institusi pendidikan seperti universiti dan kolej matrikulasi untuk menjalinkan kerjasama,” jelasnya.

Artikel Berkaitan

MESTI BACA