HomeBuletinSiswa UMP wakili Malaysia dalam Chinese Bridge Competition
165,219FansLike
4,972FollowersFollow
619FollowersFollow
17,100SubscribersSubscribe

Siswa UMP wakili Malaysia dalam Chinese Bridge Competition

Mahasiswa Fakulti Komputeran, Universiti Malaysia Pahang (UMP), Syahirah Syazwani Shamsudin memenangi tempat pertama dalam Chinese Bridge Competition Malaysia Preliminary 2021 yang diadakan secara maya, baru-baru ini.

Kejayaan ini membolehkan Syahirah mewakili Malaysia untuk berentap dalam pertandingan di peringkat antarabangsa pada penghujung tahun ini bersama calon-calon yang mempelajari Bahasa Mandarin sebagai bahasa asing dari benua Asia, Eropah, Afrika, Amerika dan Australia.

Pengarah Institut Konfusius UMP (CI UMP), Yong Ying Mei, berkata Pertandingan Chinese Bridge ialah pertandingan tahunan antarabangsa yang dianjurkan oleh Kementerian Pendidikan China.

Menurut beliau, Kedutaan China dengan kerjasama Institut Kongzi Universiti Malaya (UM) bertindak sebagai penganjur bagi pertandingan di Malaysia yang mana penilaian dibuat berdasarkan ujian, persembahan, soal jawab dan pengucapan awam.

IKLAN

“Walaupun berdepan dengan pandemik Covid-19, ia tidak menghalang program ini dijalankan secara dalam talian malah peserta juga mampu menyampaikan persembahan dengan baik.

“Bagi pihak CI UMP, kami akan terus melatih pelajar dalam persediaan Pertandingan Chinese Bridge di peringkat antarabangsa supaya dapat mengharumkan nama Malaysia di persada dunia. ,” katanya.

IKLAN

Tambah beliau, buat kali keduanya UMP bakal mewakili negara pda tahun ini setelah kejayaan pelajar Fakulti Komputeran, Jamunaa Patchappan yang berjaya menempatkan diri dalam pertandingan sama pada tahun 2013.

“CI UMP ingin mengucapkan penghargaan terima kasih kepada pihak universiti kerana memberikan sokongan berterusan terhadap penglibatan pelajar dalam pertandingan bahasa di peringkat UMP mahupun peringkat kebangsaan dan antarabangsa.

“Kewujudan CI UMP berjaya memanfaatkan pelajar UMP untuk meningkatkan kemahiran bertutur dalam Bahasa Mandarin malah mampu memahami budaya masyarakat Cina melalui penganjuran aktiviti, pertandingan Bahasa Mandarin, pameran kebudayaan, program mobiliti dan program kerjasama,” ujar beliau.

IKLAN

Pelajar yang menyertai Pertandingan Chinese Bridge pernah dilatih oleh Volunteer Language Teacher (VLT) serta mendapat sokongan Pengarah CI UMP (China), Profesor Dr Guo Fuliang.

Berkongsi debaran untuk mara ke peringkat antarabangsa, Syahirah berkata dia akan menggunakan cuti semester ini sebagai persiapan akhir.

Selain Syahirah, turut sama menyertai pertandingan Chinese Bridge Competition Malaysia Preliminary 2021 kali ini adalah Adelia Febriani Zaid, Panita A/P Prepan, Muhammad Hasraf Aikal Khairul Ihsan and Khazimah Damia Rosfauwizamzamar.

Artikel Berkaitan

MESTI BACA