HomeBuletinSesi persekolahan 2022/2023 akan bermula 21 Mac 2022, ini info lengkap yang...
168,577FansLike
4,980FollowersFollow
634FollowersFollow
17,100SubscribersSubscribe

Sesi persekolahan 2022/2023 akan bermula 21 Mac 2022, ini info lengkap yang perlu guru dan pelajar tahu

Kalendar akademik bagi Sesi Persekolahan 2022/2023 akan bermula pada 21 Mac 2022 hingga 11 dan 12 Mac 2023, menurut kenyataan Kementerian Pendidikan (KPM), hari ini.

Dalam kenyataan tersebut, sesi persekolahan bagi negeri Kumpulan A iaitu Johor, Kedah, Kelantan dan Terengganu akan berlangsung hingga 11 Mac 2023.

Manakala bagi Kumpulan B pula iaitu Melaka, Negeri Sembilan, Pahang, Perak, Perlis, Pulau Pinang, Sabah, Sarawak, Selangor dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya hingga 12 Mac 2023.

IKLAN

Sesi Persekolahan Penggal 3, 2021/2022 pula, akan bermula pada 2 Januari 2022 hingga 20 Mac 2022 bagi sekolah di negeri Kumpulan A dan 3 Januari hingga 20 Mac 2022 bagi Kumpulan B.

IKLAN

Jadual Sesi Persekolahan Penggal 3, 2021/2022 dan Kalendar Akademik Sesi 2022/2023 boleh dimuat turun melalui laman sesawang KPM di pautan https://www.moe.gov.my/takwim bermula pada Isnin.

IKLAN

 

Artikel Berkaitan

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

MESTI BACA