Gerbang Aspirasi Generasi Mahir

HomeBuletinRadzi nafi keluar kenyataan guru boleh dihukum kerana berleter
165,358FansLike
4,980FollowersFollow
627FollowersFollow
17,100SubscribersSubscribe

Radzi nafi keluar kenyataan guru boleh dihukum kerana berleter

SHAH ALAM – Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Dr Radzi Jidin menafikan beliau pernah membuat kenyataan berhubung laporan portal berita bertajuk “Gempar!!! Bermula esok, guru boleh dihukum sekiranya berleter terhadap murid”. 

Beliau menyelar perbuatan portal berkenan yang membuatkan seolah-olah kenyataan tersebut diambil darinya.

“Saya langsung tidak pernah membuat kenyataan sedemikian. Portal itu meletakkan gambar saya seolah-olah saya yang keluarkan kenyataan tersebut.

“Kementerian Pendidikan (KPM) juga tidak pernah mengeluarkan jadual bertajuk “Unit Disiplin KPM: Bentuk-bentuk Hukuman Yang Dilarang” dalam mana-mana dokumen rasmi KPM. 

“Sama-sama kita semak kesahihan sesuatu berita sebelum menyebarkannya,” ujarnya menerusi sebuah hantaran di Facebooknya.

IKLAN

Sementara itu, KPM dalam kenyataannya turut mendedahkan mengenai tatacara pengurusan disiplin yang dikeluarkan oleh mereka.

Antara tatacara tersebut adalah seperti di bawah;

IKLAN

i. Peraturan-Peraturan Pendidikan (Disiplin Sekolah) 1959; 

Ii. Surat Pekeliling Ikhtisas (SPI) Bil.8/1983: Mengenakan Hukuman Biasa Terhadap Murid-murid yang Melakukan Perbuatan Salah Laku Yang Tidak DInyatakan Dalam Peraturan-peraturan Pelajaran; 

IKLAN

Iii. SPI Bil. 7/1996: Tatacara Mengenakan Tindakan dan Hukuman Terhadap Pelajar-Pelajar Sekolah;

Iv. SPI Bil.10/2001: Semua Guru Adalah Guru Disiplin;

V. SPI Bil.7/2003: Kuasa Guru Merotan Murid; dan

Vi. SPI Bil. 7 Tahun 2011: Pelaksanaan Standard Operating Procedure (SOP) 1:3:7 Pelaporan dan Tindakan Menangani Isu Disiplin.

Artikel Berkaitan

MESTI BACA