Gerbang Aspirasi Generasi Mahir

HomeBuletinPICK-Remaja secara "walk-in" bermula Khamis ini seluruh negara.
165,358FansLike
4,980FollowersFollow
629FollowersFollow
17,100SubscribersSubscribe

PICK-Remaja secara “walk-in” bermula Khamis ini seluruh negara.

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengumumkan program Imunisasi COVID-19 (PICK-Remaja) secara “walk-in” (jumpa terus) berjadual bermula Khamis (23 September 2021) ini.

Perkara itu diumumkan oleh Timbalan Menteri Kesihatan 1, Dato’ Dr. Hj Noor Azmi menerusi satu kenyataan media sebentar tadi.

“Saya ingin mengumumkan satu lagi pendekatan yang akan dilaksanakan dengan kerjasama Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) bagi memudahkan dan mempercepatkan pemberian vaksin kepada remaja iaitu secara walk-in berjadual.

IKLAN

“CIFT-A (Pasukan Khas Imunisasi Covid-19 – A) telah mengenal pasti 156 PPV Awam dan Integrasi di seluruh negara bagi tempoh peralihan PPV induk (yang dijangka berhenti operasi pada 15 Oktober 2021) untuk meningkatkan kapasiti pemberian vaksinasi PICK-Remaja secara walk-in.

“Pelaksanaan walk-in berjadual ini akan dilakukan mengikut lokasi sekolah dan akan mengikut giliran serta tarikh yang akan dikeluarkan oleh pihak sekolah,” katanya.

IKLAN

Bagi remaja yang tidak bersekolah, Noor Azmi menegaskan mereka dibenarkan hadir ke mana-mana 156 PPV yang berdekatan dengan perumahan mereka.

“Bagaimanapun, sekiranya kuota vaksin di PPV tersebut telah habis untuk hari tersebut, mereka akan diberi janji temu di PPV yang sama keesokan hari atau di klinik kesihatan swasta yang berdekatan,” ujarnya yang juga merupakan Ahli Parlimen Bagan Serai.

IKLAN

Menyebut tentang pelajar IPT yang berumur di bawah 18 tahun, Noor Azmi berkata golongan ini dibenarkan walk-in ke semua PPV yang beroperasi di seluruh negara dengan hanya menunjukan pengenalan diri sebagai pelajar IPT.

“Bagaimanapun, ibu bapa atau penjaga perlu menghadirkan diri untuk menandatangani borang kebenaran vaksinasi mereka,” ujarnya.

Artikel Berkaitan

MESTI BACA